Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Dugaan

Hidup kita ni banyak asam garamnya. Rasa manis, masam, pahit kelat semua bercampur baur. Kejap kang rasa gembira. Kejap lagi rasa macam hiba lah sedih lah..

Macam hidup berumahtangga juga. Kdg2 rasa mudah. Kdg2 rasa senang je. Orang lain saya tak tahulah. Tapi, pada saya... Ada masa rasa mcm di awangan. Ada masa rasa kat tepi jalanraya yang panas bahang takde payung pokok teduh semua. Rasa membara dan rasa dah melahar je. Hahaha.. Itu namanya asam garam berumahtangga kan...

Kena lah byk sabar. Letakkan kasih sayang dan cinta Allah kat paling atas. InsyaAllah kita akan rasa cukup. Peringatan buat semua lah terutama diri sendiri. Cakap kat org tak baik ... Cakap diri sendiri lah..

Ustaz Kazim kata, kalau kita rasa nak marah sgt kat pasangan kita, kita kena padamkan rasa marah tu cepat2. Secepat mungkin. Marah tu syaitan, kan.. Kita ingat yg baik-baik aje. Kita gali yg sweet sweet dia pernah buat kat kita sebelum ni. Mustahil sangatlah kalau kata takde kan...

Kdg2 heran juga. Duk canang buruk pasangan sendiri kat org lain. Tetiba, eh...tambah anak lagi. Hehehe.. Maaf cakaplaaaa. Pastu korang sambung perang balik eh? Ke macamana ni? Serius tak paham.. Maaflah, kalau ada yg terasa. Tapi, menyebar buruk pasal org lain adalah tak baik. Inikan pulak pasangan kita. Teman susah senang kita. Hujung2 kau cari dia juga buat teman tido..

Yelah, ujian rumahtangga tak sama kan. Kena sabar byk2. Dalam masa bertahun-tahun bersama, takkan ada perkara baik, manis yg dia buat utk kita. Please.... Kesal kan kalau mahligai yg dibina hancur musnah begitu sahaja. Sedangkan kita boleh bawa bincang. Kalau dah tak boleh blah, nak buat macamana lah kan. Move on je laa..

Tapi, sangat tak adil lah. Kalau dulu masa tgh sayang, semua pun sweet. Semua pun comel. Kentut pun sanggup hidu. Wangi sampai ke tekak katanya. Bila dah kawin, Allah dah halalkan semua... Kita duk canang kat semua kata dia dah gemuk, tak btggjawab, dah boroi, kepala dah botak, blablabla... Kok ye pun betul, agak-agaklah... Semua tu boleh dibawa berbincang.

Taktaulah... Saya bukan nak judge sesiapa. Cuma, saya sedih bila tgk kisah percintaan zaman dulu yg skrg bila dah kawin ada masalah rumahtangga pulak. Sedih.. Kalau boleh, bawalah berbincang....

Sabarlah.... InsyaAllah ada ganjarannya...

Wednesday, October 23, 2013

Bubur Ayam dan Wanita Bubur

Masa tengah online, terpandang orang buat bubur ayam. Saya pun tiba-tiba teringinlah. Terus pi rendam beras dua cawan. Arghhhhh.. banyak! Terpaksa bahagi dua.

Resepinya mudah. Ala-ala campak-campak. Bahan-bahan memang yang dah ada kat dapur. Korang google ajelah cara nak masak bubur ayam.

Isnin bubur ayam

Selasa bubur kosong dengan lauk daging masak merah. 
Daging kurban adik ipar kasi duk bertapa dalam peti ais. Baiklah kita masak sebelum apa-apa terjadi terhadap daging tersebut. Dek kerana penat teramat, tengah masak boleh tertidur dan bangun pukul 10 malam untuk makan apa yang dimasak petang. Ahai...



Saya sangat tabik pada emak emak yang berkerjaya. (Yang surirumah pun hebat juga) Yang balik lewat petang. Memasak. Sambil layan anak-anak kecil. Layan suami. Nak kemas rumah. Nak basuh baju. Adui.. Saya yang melayan diri sendiri ni je pun dah tak berapa nak larat. Kadang-kadang nangis dalam hati. Mujur lah cik abang rajin membantu. Kalau tidak aku yang lembik macam bubur nasi ni memang tak dapat harungi semua ni. Aku kan wanita bubur. Lembik.

Bulan 3, (kalau jadi) cik abang kena transfer kerja kat lain. Maybe Kedah or may be Penang. Atau mungkin KL. Maka, akan bermulalah kembali episod PJJ kami. Saya rasa saya sudah cukup dewasa untuk harungi  kejauhan. Sudah cukup kuat untuk berdikari. Tak macam dulu lah kan baru kahwin. Lepas tu, ngada tahap gaban lagi. Sekarang, nak mengada pun tak de orang nak layan. Hahaha. Tapi, tak nak pk lagi. Biarlah. Belajar redho. Pujuk hati perlahan-lahan. 

Saya tak nak paksa cik abang berhenti dari company sekarang dan kerja sekitar sini aje hanya kerana saya nak bersama dia. Saya tak nak jadi kejam dan pentingkan diri. Saya tengok semenjak cik abang kerja dengan company sekarang, dia nampak lebih gembira dan bersemangat. Kenapa kita nak cantas keseronokan itu, kan? Saya kena beri peluang cik abang meningkatkan kerjaya dan pengalamannya. Mana tahu satu hari nanti bila hidup dia dah senang, saya boleh menumpang.Kalau masa tu dia lupakan saya pun, tak mengapalah. Apa boleh saya buat. Saya hanya mampu berdoa, agar sayang dia pada saya takkan berubah sampai hujung nyawa.


~Sekian sahaja bebelan dari wanita bubur.

Sunday, September 23, 2012

Merajuk Garang

Ada jenis orang yang kuat merajuk, kan? Sikit nak merajuk... Salah cakap sikit nak merajuk. Tarik muncung panjang sedepa. Emak saya cakap, kalau muka macam tu 'muka empat belas'. Tah kenapa nombor 14 jadi mangsa, saya pun tak tahu. heheh...

Baru-baru ni, saya ada tengok drama apa tah. Sekali cik abang cakap, "eh.. kuat merajuk betul pompuan ni" ~ merujuk watak perempuan dalam drama tu lah.

Saya pun tanya kat cik abang, 

Abang, orang kuat merajuk tak?

Tak.... 

Ye ke? 

Ye.. Dah lama sayang tak merajuk. Dulu masa baru kahwin, sayang kuat merajuk. Suka nangis. Kuat sensitif. Sekarang, dah tak macam tu.

Ye? Sekarang apa?

Sekarang ni garang. Garang gila. Salah sikit, mesti abang kena marah..

Hahahaha.. Sebelum ni, abang tau tak orang ni garang? (sambil fikir, iye ke ek aku ni garang beno sampai gitu sekali??)

Tak. Tapi, dari dulu lagi abang tahu sayang ni panas baran. 

Saya fikir balik. Memang saya ni baran lah. Nasib baik cik abang jenis cool. Kadang kadang saya membebel beribu patah perkataan, dia diam je. Tapi, kadang-kadang dia lawan juga, Saya rasa panas baran saya ni dah kurang lah sejak kahwin. Saya ada banyak bertolak ansur dengan suami. Kadang-kadang dia mengada, saya sabar je. Dan kadang-kadang saya mengada, dia pulak sabar. Berkahwin ni kena banyak tolak ansur. 

Oh, ya! Cakap fasal kahwin.. Raya haji nanti emak datang rumah saya sebab nak meminang anak dara orang untuk adik saya. Bulan 3 nak kawin sekali dengan yang no. 3 tu. Makwe dia orang Terengganu pulak kali ni. Arwah ayah dah minta tolong Uncle Gemuk (abang emak) tolong jadi wakil sebab masa tu arwah kata dia tak sihat nak jalan jauh. Raya haji ni cik abang pulak buat korban sikit untuk diri dia, jadi raya kedua tu takleh ke mana.. Moklong (ipar emak) pun nak datang meminang anak dara untuk anak lelaki sulung dia. Pun makwe orang Terengganu.

Haaaaaaaaaiii.. laku ek wanita Terengganu ni? wakakaka

Ok, bai!

Monday, August 27, 2012

Bekwoh Sepupu

Lepas salam-salam, 
mohon ampun maaf
memberi duit raya kepada anak anak sedara bertuah
menziarahi pusara
ambil gambar kenangan satu keluarga, 
kitorang pi majlis akad nikah sepupu cik abang. 
Majlis diadakan di sebuah masjid di Jerteh. 
Tak ingat nama masjid. Saya tak masuk masjid sebab uzur. 


Ini gambar semua cilok dari FB diorang.
Akad nikah lepas zuhur raya pertama. 
Kenduri belah pengantin perempuan raya ketiga.
Kenduri sambut menantu (rumah sepupu cik abang) raya kelima.



 Ini gambar pengantin sekeluarga. 
Pakcik (baju batik biru) ialah bapa saudara cik abang. 
Masa kenduri ni kitorang tak de sebab balik Melaka.


Apa-apapun, semoga berbahagialah wahai saudaraku. 
Semoga kehidupan rumahtangga akan dirahmati dan diberkati Allah.
Moga bunga-bunga cinta akan  mekar mengharumi hidup kalian selamanya... 


Ewah... 
Ayat nak jiwang-jiwang jugak 
Tak mau kalah... 
haha

Tuesday, June 12, 2012

Perang Tak Berapa Dingin

Hai..


Hari ni tak de gambar masakan malam semalam sebab ada perang dingin sikit. hahaha


Cik abang masukkan data OT dia dalam laptop, lepas tu dia suh saya tolong kirakan berapa jumlah sebab dia kurang mahir nak total guna formula Excel. Saya baru bangun tidur masa tu. Tengah mamai-mamai.. Dipaksa, "Cepatlah, Yang.... Kira ni.. Nak tekan mana ni..." Argh... tetiba tension aku. Saya cakap, "Kejap lagi boleh. Tengah sinoneng ni. Nak pk apapun tak boleh ni." Lepas tu, dia tetiba mengamuk.. ahahha.. Apa da?


Saya pun diam jelah. Malas lah nak layan orang tengah mengamuk. Sambung baring tengok tv, tertido lagi.. Sedar-sedar bau ikan goreng kat dapur, plus bunyi orang blender lada. Hahaha.. Ada orang dah lapar lah tu. Saya pun bangun lah layankan orang kat dapur tu. Masakkan sambal kerang je. Yang lain semua dia dah buat. 


Heheh.. Bila dah siap makan, memasing senyap je. Kata perang dingin, kan? Takde mood nak ambil gambar bagai. Sekali diingat macam lucu pulak, Benda kecik, takde apa sebenarnya. Boleh jadi dingin sepanjang malam. Tah apa-apa kan. Kalau dia tunggu kejap kepala senoneng ni, kejap je saya boleh totalkan amount OT tu. Lepas tu, kalau saya tak layan sangat senoneng kepala ni, sekejap je hal boleh settle. Apa da....


Itulah... Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pula suami isteri.. Biasalah tu kan. Korang tak yah nak sangka buruk. Tak yah nak pening-pening hal rumahtangga orang yang gaduh-gaduh manja ini.. huahuauuah.. Korang pun mesti pernah, kan gaduh2 manja?


Tetiba pagi tadi, dia kejut saya Subuh, macam biasa je. Macam tak de perang dingin pun semalam... hahahahha


Abang sayang! I always love u......

Thursday, May 10, 2012

Pertama vs Kedua


Hai...

Hari ni saya MC laa sebab kepala teleng. Eh, bukan! Belakang tengkuk ada bisul besar baru nak tumbuh. Sakit sampai naik atas kepala. Semalam sakit gila. Telan panadol kejap ok sambung buat report case study. Best sebab dah pandai buat sikit sikit. Takde ditenungnya si case study sampai tembus kertas. hehe


Berbalik fasal bisul tu.. adoi! Sakit tau.. Nyut nyut rasa dia. Takleh nak pandang kiri sebab urat urat area tengkuk mcm kena efek sekali. Over je kan ko ain.. Eh, taklah. Memang sakit. Tak tipu... Kejap lagi mcm kena telan pain killer lagi. Tapi, nak kena siapkan satu je case study daripada 4 yang Prof. suh buat. esok kena submit.


Tadi, walaupun kepala teleng sebab kena bisul.. cik abang ajak jugak pi hantar WUH kat bengkel. Semalam, pad brek ke apa tah bunyi nyit nyit kat tayar depan. So, bimbang juga kan kot apa apa rosak serius ke. Saya drive slow slow tanpa pandang kiri sebab urat ditarik bisul tu.. hahah .. Tinggal WUH kat bengkel. Balik naik TAU.


On the way balik tu.. kat radio adalah cite fasal caller tu. Dia ada mak tiri cemburu abah dia ngan mak dia. Padahal emak tiri tu 2nd wife.


Pastu, cik abang cakap... "Macamana pun, wife pertama memang kena lebih.." Pastu saya cakap.."alaaa.. mesti sayang bini baru, kan.... lawa.. muda.. comel.. lote.." Then, dia jawab, " Kalau abang, abang sayang yang first laaa"- sambil gatal gatal dia gosok gosok peha aku.


Pastu saya pun cakap laa, "Dah tu.. kalau sayang bini no satu kenapa pi kawin ngan bini nombor dua? Cissss betul!"


Lepas tu, dia bantai gelak laaaa apa lagi. "Hahahah susah betul dapat bini bijak ni.."


Nasib laaaa....

Friday, April 13, 2012

Jangan diabaikan

Dah hari Jumaat dah ni haaa. Sekejap lagi nak kena bangun (nak bangun macamana? Tidur pun tak lagi) nak gerak pi Dungun. Kelas modul baru.. Marketing kot kalau tak silap. Cik suami dah tidur dari tadi lagi. "Yang, abang tido dulu ye..." Cam comel je.


Bila difikir, walaupun kadang-kadang cik abang suka bebel-bebel.. tapi, mana nak cari suami macam dia. Sanggup kasi saya peluang sambung belajar yang mana turut membabitkan masa dia. Kerja hujung minggu dia semua diabaikan. Demi siapa? Demi saya.. Hari tu, saya cakap biarlah saya pi sendiri ke Dungun. dia buatlah kerja dia kat sini. Tapi, dia tak kasi. Saya duk fikir, kesian dia tunggu dalam kereta sebelum check in hotel. Sabar betul. Takda apa lah dapat saya bagi kat dia kecuali penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Sesungguhnya, saya tak akan dapat lalui semua ini tanpa dorongan dan sokongan dari dia. Alaaa.... ada jugak dia bebel fasal rumah tak berkemas laaa apa laa. Tapi, dia jugak yang tolong saya selesaikan kebanyakan urusan rumah ni. Basuh baju dia buat, jemur pun dia.. angkat pun dia..buang sampah, pergi pasar... cuci pinggan periuk.. Mana lah aku nak cari suami baik macam tu, kan?


Ini apa daaa entri puji laki sendiri? Tah.. tadi tengok Semanis Kurma. Tetiba terdetik dalam hati. "Aku ni mentang-mentang suami baik, selalu abaikan suami..."- Abaikan macamana tu, takyah cite kat sini. cukuplah tau yang bila kita banyak kerja, banyak perkara nak kena fikir, kdg2 terlepas pandang perkara kecil-kecil pun. So, tersentuh jugak laaa.. Rasa macam nyesal. Jangan sampai nanti suami tak de baru nak hargai. Barulah rasa betapa bertuahnya ada suami macam tu. blablablabla.. Saya tak cakap org lain. Saya kata diri saya sendiri.. 


Tadi, saya balik lewat sbb jaga exam. Balik rumah mmg lapar ding dong sebab tak sempat lunch. Cik abg siap masak bagai. Terharu.. Sambal sotong! Teruja ahkak.. Selama ni dia tahu goreng kunyit je.. hihi.. Sedap.. walaupun sotobg terkeras banyak. Terlebih masak. Eh... skrg musim sotong. Meh aaa makan sutong! 


Itulah.. Siapa tak syg suami kan? Suami adalah anugerah Allah yg sgt berharga untuk kita sbg wanita. Ada kata anak anugerah ternilai, tp tanpa suami celah mana dtg nya anak?.. Ada org, sblm ada anak kemain jaja fasal suami. Bola ada anak, entri fasal suami setahun sekali je keluar kat blog. Nampak? Pengabaian yang tidak disengajakan.  


Dah.. dah.. stop bebel! Jomlah korang.. hargai apa yang kita ada selagi ada. jgn nyesal nanti.. Jom! Nak pi mana? Pi peluk suami masing-masing.. cakap i love you kat dia...


tata...


Wednesday, March 11, 2009

Kenapa sensitif sangat?


Malam tadi panas ya amat...
Saya beriitahu pada suami saya,

Tahu dia buat ape??

Dia bangun tidur kat bawah..

Sedih je saya tau..

Dalam hati saya berkata,"Apahal mamat ni sensitip sangat? Aku cuma bagitau je, bukan suruh dia tidur bawah pun. Bukan dia yang buat aku panas..."

Blur betul saya malam tadi.. Bengang pun ada juga.
Tapi, saya senyap aje lah sebab dah malam-malam malas laaa nak gaduh kan..
Lagipun, mata masing-masing ngantuk.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bangun pagi pukul 6.30..
"Yang.. dah subuh..subuh.. bangun..bangun.."

"Hmm.." hati saya masih terkesan dengan tindakan nya malam tadi.

Dalam hati saya berkata, "Saja je lah tu nak kacau orang tidur," Kemudian saya buat tak tahu aje.

Dia kata, "Kang kalau masuk neraka, jangan ajak abang sekali,"

Sekali lagi, mamat ni nyakitkan hati aku.
"Cuti.."
(buat-buat lupa pulak kan.. saya malas nak bertekak pepagi buta ni)

"Oh, sorry. Abang lupa.. Jangan marah,"

"Yelah..Nak suruh owang masuk neraka plak kan"
(~bunga-bunga nak gaduh dah keluar dah.. Tapi, saya masih sabar...)

"Yang, malam tadi abang jatuh dari tilam ke?"

"Ntah.. Tak perasan pulak. Kenapa?"
(saya pun mulai confuse) ~bukan dia ke yang turun malam tadi.. Tapi, saya pasti saya tak bermimpi..

"Abang bangun je abang tengok abang ada kat bawah. Nak kata jatuh, siap ada selimut alas lantai ni dan ada bantal juga.." Berkerut-kerut dahinya berfikir untuk merungkaikan misteri..

Tapi, bagi saya..tak pelik lah gitu.. Dia memang suka mengigau. Saya pasti dia mengigau juga malam tadi. Dia pernah mengigau bercakap tentang pelan bangunan asrama lah, tentang JKR yang selalu kacau site dia lah, tentang rangka pintu yang mesti ikut pelan la...

Alah... saya dah biasa dah dengar...
Tapi, malam tadi kebetulan pula bila saya beritahu padanya yang saya rasa panas, dia turun ke bawah. Sebenarnya, tindakan dia turun itu, tak ada kena mengena dan kaitan langsung dengan pemberitahuan saya itu.

Mujur saya tak marah-marah dan ajak dia bergaduh malam tadi.
Kalau tidak, rugi masa tidur saya saja..

Sunday, March 8, 2009

Double Meaning ke?

"Abang, abang marah ke?"

"Tak lah, kenapa pulak nak marah? ok lah tu tandanya syg sihat lah tu,"

"Abang tak frust ke?"

"Tak lah.. tak frust pun,"

"Betul la.."

"Terima kasih tau, abang sebab abang sangat memahami..."

"Alah, abang bukan nya fikir sangat pun. Lagipun, kita baru lagi try kan. Orang lain lagi lama tak dapat-dapat lagi,"

"Dari dulu-dulu kan kita dan try. Maknanya dah lama laaa kan, bang?"

"Maksud abang, sejak baru-baru ni je kita mula start try dengan serius dan bersungguh-sungguh,"

"Heheheh" dalam hati aku, "Ada ke start try dengan serius dan bersungguh-sungguh?"

"Ye lah, dulu kita jumpa hujung minggu je. Baru 3 bulan lebih aje kita duduk sesama.. Mana sempat kan? Lagipun, kalau belum dapat lagi, kita bleh usaha lagi. Bukannya sakit pun nak usaha. Cuma penat sikit je, tapi bukannya tak best... So, bagi abang kita usaha je lah lagi sampai dapat,"

"Lagipun, masa time sekolah2 dulu walaupun kita dah dapat A semua, cikgu masih juga tulis di report card "Teruskan usaha anda dengan lebih gigih lagi". Maknanya, walaupun kita dah dapat kita mesti usaha lagi.. Usaha mesti diteruskan"....

"Double meaning ke?"

"Mana ada," (sambil beliau buat muka selamba lagi~ dia nak sengih tapi nampak nau dia tahan...)

.... I love you....

Sudah baca entri ini??

Suami saya sudah pandai mengagak laaa password blog saya.. dan secara senyap beliau telah 'menumpang entri' dalam blog saya ini..

Saya tanya dia,

"Abang, dah ada blog ke??"

Selamba saja muka beliau menjawab, "takde"

"Abang tulis apa dalam blog owang?"

Sengih-sengih beliau menjawab, "takde apa-apa"

"Ok, takpe..takpe.."

~beliau menulis saya pandai masak untuk menggantikan saya malas masak..
~beliau menulis saya pandai layan dia.. oh.. terharu..terharu.. walaupun saya ni kan pemalas skit kan..
~beliau menulis manjeeee... apa lah makna manjeeee bagi dirinya?
~dan best... ahahahahah.. ini no komen..!! saya memang best laaa kot kan kan kan..

Nota Kaki: Tulis lah apa pun yang abang nak tulis.. Tapi, yang sepatutnya disensor tetaplah harus disensor .. ok?? hehehe

Tuesday, March 3, 2009

Tag: Marriage

Saya di tag..

all you married people out there! Tag your married friends that you want to know about.
(Don’t forget to tag the person that tagged you)

1. When was your engagement? —>
19 Aug 2006
2. When is your marriage anniversary? —> !4 March 2008
3. How long have you known your spouse? —> coming 10 years
4. How long did you date before you got engaged? —> 8 years
5. Where did you meet your spouse? —> secondary school
6. What is your spouse’s full name? —> Mohd Fazrul Hisyam bin Mohd Yusof
7. Do you have any children? —> Not yet
8. How many? —> ...
9. Do you have any pets? —> No
10. Do you own or rent? —> still rent
11. Do you live in the country, city/town? —> apa beza city and town
12. What is your favorite activity you do together? —> Sleep hahahahah
13. Do you have a favorite vacation spot? —> tempat-tempat yang sejuk
14. How many siblings do you have including in-laws? —> 17 including my biras2
15. What mosque / church do you attend? —> mcm2 masjid dah singgah bila bermusafir
16. Is this the mosque / church you got marrried in? —>No
17. What town is your current address? —> Permaisuri
18. Do you work or stay home? —> Working
19. Where did you go for your honeymoon? —>Kota bharu.. hahahah
20. Leave a piece of marriage advice: —> Tolerance, Patient and Love

Sape nak buat, bleh laa buat..

terutama..

ena

kak eila

sha

dan sesiapa yang dah kawin laa..

Tuesday, February 10, 2009

Menangis Dalam Hati...


Saya nak cerita ni u olss... (sambil menangis dalam hati)

Saya dan suami sudah merancang nak mengikuti rombongan tempat kerja saya ke sebuah pulau di Indonesia pada awal bulan March nanti..

Dengan tambang dan penginapan sekali ngan pasport berkelompok cuma RM300 saja (selebihnya ditanggung oleh pihak Kolej), saya dah terover excited. Barang-barang di indon bukannya mahal sangat kan.. Saya ada lah simpan sikit2 + duit2 selit2.. Boleh lah shopping sket2 (+ misi mencari fridge magnet)...

Lagipun, sejak kami kawin belum pernah lagi g jenjalan jauh-jauh.. g bercuti makan angin...

Namun, di saat-saat akhir, cuti suami saya dibekukan... Makanya, tak jadi lah kami turut serta dalam trip itu.. Sedih tau saya!!!! huhuhu... Tapi, saya menangis dalam hati saja lah...

Satu hal lagi, oleh kerana memang dah sah sah kami takleh nak g trip tu, peruntukan untuk kami sepanjang trip, telahpun digunakan beli sport rim yang baru untuk kereta saya. Persoalannya di sini, ada ke saya pernah minta nak sport rim baru?? Ada ke??? Ada ke??? ((Saya tengah dok menyentap dengan dia ni. Harap-harap dia tak godek blog saya sekarang!!)) Katanya, untuk kepuasan saya... Saya lebih puas kalau dapat bercuti ke tempat-tempat yang tak pernah saya pergi..

Sedih saya tau, u olss.. Tapi, saya menangis dalam hati aje lah.. sebab pekerjaan penting untuk dia mencari nafkah, komitmen kerja lebih penting dari saya.. dan sememangnya...saya memang seorang yang sabar....

Kalau u olss jadi saya, apa yang u olss buat?? apa?? (sambil menangis dalam hati)

Sunday, February 1, 2009

Kalau ikutkan hati, saya nak berhenti kerja.....

Tapi, kalau saya berhenti...

-sape nak bayar ansuran kereta saya? Suami saya duk sibuk ngan kete dia aje..

-sape nak layan keinginan saya terhadap perkara kegemaran saya?.. baju, kasut,
tudung? Suami saya boleh lah nak tanggung sikit-sikit.. Tapi, mana cukup?... hihihihi..harga barang mahal oooo sekarang...!!!!!

-sape nak isi akaun cimb saya dengan jumlah sama dengan yang saya dapat sekarang? silap-silap cimb saya akan tidak aktif nanti..!!!

-sape nak mencarum untuk saya dalam KWSP? suami saya?? huh....

-apa saya nak buat duk rumah pagi ke petang dan membawak ke malam? Semalam saya MC sehari pun, saya dah bosan tahap cipan kene strok... Haduh laaaa.... macamna pula kalau saya memang tidak bekerja? Saya akan keras kebosanan di rumah.

-sape nak tolong saya mengemas rumah, masak dan lain-lain.. Suami saya sekarang rajin menolong sebab saya pun bekerja membantu dia menambah pendapatan keluarga. Kalau saya tak kerja, saya rasa ada potensi beliau akan menyerahkan semua tanggungjawab di rumah kepada saya 100%, sebagaimana saya menyerahkan 100% urusan mencari pendapatan kepadanya sekiranya saya tidak bekerja..

-sape nak sponsor saya menunaikan fardhu haji sekiranya saya tidak ada wang simpanan KWSP? Saya berkira-kira saya akan menunaikan rukun Islam itu dengan menggunakan simpanan KWSP saya. Walaubagaimanapun, saya berdoa agar dimurahkan rezki supaya saya dapat pergi sebelum 50 tahun... ~Amin..

-Yang paling penting sekali, apa gunanya saya belajar penat-penat, habiskan duit mak ayah, perabis sumber kerajaan menaja biasiswa saya kalau saya duk melangok jadi surirumah kat rumah?? Bak kata kawan saya yang tidak bekerja, "aku gantung ijazah aku kat dapur aje laaaa, ain!!" Mungkin bagi kawan saya itu, dia bahagia dengan kehidupannya, tapi...saya tidak begitu...

Walau suami saya mampu mengadakan segala yang saya minta pada hari ini, saya TIDAK AKAN berhenti kerja kerana contoh sudah ada depan mata. Bagaimana kehidupan yang indah dan bahagia tidaklah selamanya kekal.. Masa depan nanti kita takkan tahu apa akan terjadi.

Walau saya letih, terpaksa bekerja dan membebel setiap hari di depan pelajar2 yang entah kah faham entahkan tidak apa yang saya bebelkan, saya tetap akan cekalkan hati...Wanita juga perlu ada kerjaya di zaman ini.. Kerja dapur bukan tugas mutlak wanita, tetapi, tugas mencari nafkah untuk keluarga adalah tugas mutlak lelaki.Wanita hanya sebagai pembantu..

Jangan dah terhantuk baru nak terngadah...

Wednesday, January 14, 2009

Ain dan Syam

Apabila saya search image di google "ain dan syam"

maka akan keluar lah....





ini saja yang berkenaan.. yang lain lain nya.. hampeh...
ntah gambar ape tah yang kuar..

Nota Kaki: Ini ialah antara gambar2 yang diambil oleh jurugambar perkahwinan kami

Ini dah betul2 tak de kerja namanya ni!!!!! ahhahhahaa

Monday, January 12, 2009

Mahu ke pasar....

Saya masih mengamalkan masak dan makan di rumah buat masa ini..

((saya...sangat..berharap... kerajinan..ini..berkekalan.....)) hehehehe

Hasilnya, pelbagai resepi telah saya cuba..

I have to g now.. saya nak ke pasar.. beli ikan ayam bla bla bla...

Tghari je ada masa, petang nanti balik .. pasar dah tutup...


p/s:..bukan pasar seperti dalam gambar ini yang saya nak pergi..
Saya hanya ke pasar yang kecil dan ada lebih kurang 10 penjualnya saja..

Wednesday, January 7, 2009

Makan di rumah

Oleh kerana saya sekarang sedang rajin masak di rumah... maka, saya sudah jarang mengeluarkan duit di bank.. hehehhe

Bagus laaa angin rajin ini..

Suami saya mencabar saya, beliau akan menjadikan "makan di rumah" sebagai polisi rumahtangga kami..beliau mahu lihat berapa lama saya boleh bertahan..



Waaaaahh.. jimat..jimat..
Sudah seperti watak kartun Hagemaru yang selalu disiarkan di Astra Ceria..
Astro Ceria saluran 611 kegemaran adik bongsu saya...
Keluarga yang sangat jimat..!!!


Dan untuk meyahut cabaran suamiku itu..
Saya nak pergi pasar kejap lunch hour ni..
Saya nak beli lauk basah dan sayur-sayuran..

Semoga saya kuat menempuh cabaran dan dugaan...
Doakan saya kuat semangat untuk rajin..
((rajin pun perlukan semangat yang kuat kah?))

Sunday, December 28, 2008

Dulu lain..Sekarang dah lain.....

Kita mulakan entry dengan sesuatu yang hebat....

Adik bongsu saya..
Dulu....


sekarang...pipinya sudah bulat.. ayah gelarkan nya budak bulat dan ayah bimbang dia akan jadi obes sebelum waktunya (ada waktu yang sesuai kah untuk jadi obes?)


Kemudian, gambar adik bongsu perempuan saya beberapa tahun dahulu..


Kini, dia sudah lebih anggun dan sedikit remaja dengan fesyen terkini.. tetapi, saya ikhlas untuk mengatakan yang adik saya memang manis..hikhikhik


Ini pula gambar sepupu saya di majlis pertunangannya dengan gadis pilihan...


Dan ketika beliau berkahwin dengan majlis yang penuh gilang gemilang...Tak lama lagi dah nk dapat anak kembar dah pun.. hihihhi..


Sahabat saya, ketika saya menghadiri majlis pertunangannya di Temerloh sekitar 2004, lihatlah gamabr ini, saya bertudung putih ala-ala ustazah dan suami(masa tu belum apa-apa lagi, masih bercinta munyet)~~sila jangan gelak melihat ke "humble" an kami.. kahahkahakahak.. (malanganya, saya sendiri yang tergelak)


Kemudian, setelah sahabat saya itu berkahwin pada 2005.. beliau telah dikurniakan sepasang cahayamata. Salah seorang darinya.....


Ini pula kami, semasa sedang hangat bercinta.. Masa ni saya, boyfriend saya(alangkah poyonya), dan rakan serumah sewa di UiTM Shah Alam (erni, mas, zura, aishah, yanti) bersiar-siar di Petrosains.. diikuti dengan gambar-gamabr kami beberapa bulan selepas berkahwin..

Sila fokuskan pada bentuk badan kami dan pipi saya..











Ada sebarang komen?? hehehhe

Friday, December 19, 2008

Saya ingin kongsi

Apa yang saya ingin kongsikan pada hari ini ialah….

Gambar kahwin saya.
Saya banyak upload gambar kahwin saya di Friendster dan beberapa keping di Fotopages saya selepas selesainya majlis yang sangat membahagiakan itu. Tapi, saya seakan sudah bersara dari mengupdate Friendster dan Fotopages saya itu setelah saya jatuh cinta dengan blog... Ahakssss…..

Hari ni tanpa membuang masa lagi….















Marilah.. saksikan… saya bagi tengok sebahagiannya sahaja. Kalau nak tengok semua, meh laaaaaaaaaaa datang rumah!!! Hiks…



Nota Kaki: Cantik tak saya??? Hiks hiks….

Musim Orang Kahwin!!

Gambar pertama ini adalah untuk Idot.. Sori idot di atas keterlanjuran ku...




Memandangkan sekarang ini musim orang kahwin, saya juga tidak ketinggalan menerima beberapa undangan perkahwinan.. Dayah, wawa, kak akma, wahida, kak aslam.. dukacitanya, saya masih belum dapat memenuhi walau satu pun undangan disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.

Saya tiba-tiba saja teringatkan memori semasa majlis perkahwinan saya..

Saya sering membelek album perkahwinan saya dan tidak jemu-jemu tersenyum. Suami saya menggelarkan senyuman itu sebagai senyuman angau. Biarpun saya sedar saya tidak lah begitu cun ketika kedua-dua majlis pernikahan dan kenduri, namun saya tetap bahagia.



Saya bahagia kerana saya tidak akan menjadi “andartu” kerana saya sudah pun berkahwin. Berapa ramai orang yang cun melecun masih belum berkahwin kerana belum sampai seruan jodoh.



Saya juga bahagia kerana walaupun saya tidak secantik dan se cun orang lain, suami saya yang hebat itu tetap memilih saya sebagai isterinya. Beliau tidak memilih orang yang lebih cun dari saya kerana saya sudah cukup cantik dan lulus spesifikasi cun yang telah beliau standard kan. Heheheh…



Saya bahagia walaupun suami saya itu seorang yang sederhana, tidaklah kaya raya dan tidaklah sehensem mana..namun, mak ayah dan seluruh ahli keluarga merestui perkahwinan kami. Jadi, kami tidak perlulah kawin lari ke Selatan Thai.. hiks..hiks…

Walaupun kehidupan kami selepas kahwin tidaklah semewah mana tapi, belum pernah lagi saya diberi makan maggi rebus kerana tidak ada wang untuk beli nasi. Suami saya memberi makan pakai yang cukup kepada saya sebagai isterinya.

Walaupun saya tidak disirami dengan barangan berjenama yang mewah-mewah dan tidak pernah sekali pun bercuti ke luar negara saya tetap ada substitute untuk itu. Suami ajak saya terapi minda dan jogging2 di pantai apabila tiba hujung minggu. Saya sudah cukup seronok. Bila tiba masa, suami ada wang lebih sikit, beliau akan bawa saya shopping2. Tidaklah secara yang bermewah-mewah, cukup sederhana.



Walaupun kami masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki “Nur ‘Ain” namun kami tetap terus berdoa meminta yang terbaik dari-Nya. Semoga Dia berkenan mengurniakan kami zuriat yang soleh solehah bila-bila tiba masa yang dikehendaki-Nya.



Walaupun saya berjauhan dengan keluarga, namun saya bersyukur kerana mertua saya sangat baik dan melayan saya seperti anaknya sendiri walau saya ini hanya lah menantunya yang biasa sahaja. (rindu abah.. semoga abah selamat sampai dari Mekah 4 Januari ini)

Walaupun adakalanya saya merasa sedih dan bengang dengan suami saya kerana ada beberapa perangai dia yang tak bleh blah,hehehe tapi..biasalah kan itu proses penyesuaian diri. Saya terima suami saya seadanya sepertimana beliau menerima saya pacar yang hina ini sebagai suri hatinya.



Nota Kaki: Panjang pula celoteh saya hari ni kan.

Wednesday, November 26, 2008

Babak Demi Babak...




BABAK PERTAMA
Cik La: Ain, takde apa-apa lagi ke?
Ain @ Saya: Apa-apa apa? ((dengan muka yang serius blur~~ untuk situasi pertama ini, saya memang benar-benar blur @ tidak dapat memahami maksud Cik La sebenarnya))
Cik La: Alaaaa.. apa-apa je la... wek wek...
Ain @ Saya: Oooo... belum lagi.. (sambil tersengih-sengih..)
Cik La: Cik La dulu pun lambat juga.. 5 tahun baru dapat Amirul.. Amirul umur 7 tahun baru dapat Hanah..
Ain @ Saya: Hmm... Ooooo..
Dalam hati Ain @ Saya: aduh... dah start dah tanya pasal ni..


BABAK KEDUA
Sambil bersalam-salam:
Moklong: Sihat ke? oooo..ingatkan Abang Sop (Bapa mertua ku) nak tambah cucu sorang lagi...hehehe.. ~tergelak-gelak orang tua ni, sambil matanya memandang dan memerhati ku atas dan bawah...

Moklong Batu Arang ni, memang terkenal dengan "mulut nya" yang b*s*k..

Ain @ Saya: Sihat...Alhamdulillah.. Belum lagi, kalau dah ada MokLong nak buat kan kenduri doa selamat ke?...

Moklong: Tak lah.. kalau belum ada, baik lah usaha cepat-cepat. Abang Sop tu bukan muda lagi..
Dalam hati Ain @ Saya: Haku dah agak dah....Mesti itu maksud dia!!!! Kalau Abah aku bukan muda lagi, ada kene mengena ke dengan MokLOng?? hehehe


BABAK KETIGA
Jumpa Moksu Yana semasa di Kelana Jaya:
Moksu: Hai..dah ada ke belum?
Ain @ Saya: Belum ada lagi Moksu..
Moksu: Tak pe.. enjoy puas-puas dulu.. Jalan-jalan berdua dulu.. Nanti dah ada anak payah nak jalan-jalan. Ada laa tu tak lama lagi.. Rajin usaha la...
Ain @ Saya: Ye lah..Akan datang laa MOksu.. Coming Soon!!
Moksu: Moksu doakan..
Dalam hati Ain @ Saya: Aku tengah usaha laaa ni!!! Apa-apa pun, terima kasih...Terima kasih Moksu.. Ini lah kata-kata semangat yang sangat memberangsangkan..

Andainya mereka tahu....................

dan..

Andainya aku boleh membuat mereka tahu..........