Ada seorang jiran di hadapan rumah telah bertanya kepada saya semasa saya baru pulang dari kerja...Dengan loghat orang Setiu yang sangat pekat..
"Ni kete gapo dio ni?"
Saya kerut2 dahi..Pertama nya sebab saya kurang memahami.. Keduanya, kerana saya agak pelik bila dia merasakan yang kereta saya adalah sebuah kereta yang pelik..
"Toyota Vios ke? Nak kato MyVi buke..nak kato Viva pung buke.."
Saya seperti nak marah sebab dia seolah-olah memerli kereta comel saya..AHAHHAHAHHA Dan nak tergelak kerana kakak ini seorang surirumah yang sangatlah tidak peka pada perkembangan semasa...HAHAHAHHAHHAHA
((surirumah zaman IT sekarang ni sememangnya takde yang begini.. Kebanyakannya,lebih up-to-date dari saya. Tapi, kakak depan rumah saya ini...aduih...))
"Ke kete gapo dio ni mek?.. Pelik dok oh pulok kak kelih.. Bakpo mek beli keto lagu ni? dok rajin kelih pun..."
Aduh..kakak ni ape yang dia tahu? Dari pagi masa aku nak keluar pergi kerja, dia dah duk melangok kat depan rumah dia duk mengagah anak..Aku balik kerja pula, dia duk kat depan rumah jugak duk mengelek anak...
Dia tak pernah keluar rumah ke sejak Perodua lancarkan model VIVA?
Takkan laaaa sikit punye banyak VIVA kat atas jalan tu dia tak perasaan langsung?? Ke macamana?
Saya cuma tersenyum dan buat-buat tak dengar soalan dia sambil mengagah2 anak dia.. Berpura-pura bertanya nama anaknya itu.. hahahahha..kemudian, saya menukar topik perbualan kepada sesuatu yang lebih logik daripada soalan kereta apakah itu..
Sekarang ni saya yang menjadi keliru..
Adakah.. kereta saya pelik? ATAU.. kakak itu yang pelik??
2 comments:
alahai kak..viva pun tak kenai ka..susah la cam ni...
kak eila... memang susah laaa kalau macam ni...
Post a Comment