Pembaca Blog Ini...

Tuesday, March 17, 2009

Tak perlu rasa pelik..

Saya berjumpa Encik Irwan (EI) untuk urusan silibus DDE yang ada sedikit kekeliruan..

Selepas berbincang, EI suruh saya tutup pintu biliknya, ada hal dia nak bincang dengan saya.. Hal peribadi..

Oh.. no... no.. no.. Jangan lah korang ingat yang EI itu meluahkan perasaannya pula ye.. Tidak, tidak.. tidak sama sekali.

Rupa-rupanya, ada student saya yang mengadu kepada EI yang dia tak faham bila saya mengajar!!

Oh, ok.. EI tanya saya macamna cara saya mengajar. Saya jawab laa nota yang diterjemah dalam BM, slide, latihan, soalan kuiz... bla bla.. bla.. tutorial.. setiap kali mengajar suruh student tanya..tanya.. dan tanya..dan sebagainya..

Ok, sebenarnya Ei bukan mahu salahkan saya. Saya tahu. EI sudah bertanya kepada Penyelaras untuk subjek lain yang saya ajar.. Mereka kata untuk subjek yang sama, untuk kelas lain mereka memberi maklumbalas, no problem.. faham.. takde masalah..

Kemudian, EI kata mesti tingkatkan usaha saya dalam kelas. Saya suka cara EI menegur saya sangat berhemah. Saya yakin, memang masih ada kekurangan bila saya mengajar. Saya terima dengan hati terbuka!

Mungkin dari segi dialek saya dan pelajar2 yang berbeza..

Mungkin juga, mereka tak faham nota saya
(Pelik, saya dah translate to BM ok?)

Mungkin saya harus menggunakan 2 jam tepat-tepat waktu kelas
(Pelik laaa... Lepas ini, no more 1 and 30mins class ok?)

Mungkin saya bercakap terlalu laju?
(Pelik..I don't think so!)

Mungkin saya harus memperbanyakkan lagi pertanyaan semasa mengajar?
(Pelik..Dulu masa saya belajar, bukan cikgu yang tanya student kalau tak faham.. student yang tanya cikgu jika tak faham)

Mungkin saya harus menambah 1 jam lagi untuk waktu tutorial?
(Pelik.. bila saya buat kelas awal mereka berungut, lepas sejam kelas pun berungut, ini nak tambah sejam lagi tutorial???)


~Lebih pelik lagi, apabila ditanya tak faham dari segi apa? Mereka sendiri tak tahu!!!!
Memang sangat pelik...


"Tak perlu rasa pelik, Noreni. Sebab mereka memang pelik," beritahu EI


.....(sekadar luahan hati)

5 comments:

zh-ena said...

STUDENT SKANG MMG MALAS..SEMUA KITA KENA SUAPKAN..TIME KITA DULU CARI LA SENDIRI KLU NAK WAT ASSIGMENT..JGN HARAP LA NEK KENA TLG..PANDAI2 LA WAT SENDIRI

~ain said...

ena.. betul tu. Ain dulu2 walaupun taklah rajin mana.. Tapi,pernah gak ain tunggu 2 jam depan bilik lecturer sebab nak minta nota dan slide dari dia. Hmm.. tau ape dia cakap?

"This is mine. U make your own laaa!!!"

Sadisnya, sampai laaaa ni dok teringat tau!!

Student sekarang, dah diberi nota, dah diphotostatkan

~ain said...

Student sekarang, dah diberi nota, dah diphotostatkan masih buat muka blur dalam kelas!!!

Tensen tensen...

Imran Yusuf said...

Tumpukan juga pada Projek Lego, insya Allah selepas sahaja buku Lego terbit, tentu buku-buku lain akan menyusul.

Ini ialah sebagai persediaan untuk pendapatan kedua yang sangat berpotensi.

Lagi banyak kita menyibukkan diri dalam pelbagai hal (kerjaya, penulisan, membaca) maka semakin banyak idea dan konsep yang bercambah dalam minda.

Baik untuk pembangunan diri, kerjaya dan, akhirnya, untuk masyarakat.

~ain said...

ImranYusuf.. InsyaAllah..