Pembaca Blog Ini...

Wednesday, May 20, 2009

Masih belum terlambat

ayah saya tuuuuuuuuuuu tiga dari kanan

Ayah saya.. yang pakai cermin mata,
tapi bukan yang berbaju biru tau!! hehehe


Ayah saya telah berjaya menjadi seorang penulis sambilan.
Beliau memang sangat meminati buku dan pelbagai bahan bacaan.
Kami dibesarkan dengan melihat timbunan buku-buku milik ayah yang ber almari-almari.
Natijahnya, hampir kesemua adik-beradik saya kini, adalah "penggila buku tegar".
Kalau masuk kedai buku, macam ada gam yang melekat di tapak kasut, tak mau keluar!

Saya tahu ayah memang sangat berminat dengan bidang penulisan.

Ayah.. tuuuuuuuu yang berdiri pegang buku berwarna biru

Sedari kecil,
saya perasan ayah memang bercita-cita untuk
memiliki karya dan jenama sendiri dalam industri ini.

Dengan bersemangat sekali,
ayah saya menyertai pelbagai bengkel dan kursus
untuk meningkatkan kemahirannya dalam bidang penulisan.

Alhamdulillah, walaupun sudah melangkaui usia akhir 40-an,
beliau sudah berbangga memiliki apa yang sangat diidamkan sejak dulu.

Moral yang saya dapati dari ayah ini ialah,
tidak ada istilah terlambat dalam mencapai apapun cita-cita
dan impian masing-masing.
Selagi kita berusaha dan berdoa,
InsyaAllah Allah akan mempermudahkan jalannya..!!

6 comments:

hAnIsAh_aMmRaN said...

haaa...bodek ayah yehhh...ehehe.... Nak suruh ayah datang rumahlah tu...

;P

tapi memang betullah tu apa yang ditulis. Along, kau ingat tak masa kecik, aku dengan am dengan anip kena buat buku karangan. haha... Ko kena tak ha? Dari kecik lagi ayah dah suruh anak2 dia jadi penulis. kuhkuhkuh... Last2 dia jadi sendiri, diikuti kau dan imah.. Aku? Belum tahu lagi...hehe

~ain said...

woi! Aku langsung tak berniat membodek tau.. Ikhlas dari hati.

Sebelum korang kena buat buku karangan tu, aku dah kena dulu laa.. Macam-macam tajuk ayah suruh buat. Bila dah habis tajuk, huhh.. disuruhnya senaraikan semua benda-benda yang ada di rumah laaa.. di bilik mak laaa.. di ruang tamu laa...

hahahah.. lawak lawak..
kau bolehlah buat kisah cinta kau dengan To*m yang tak kesampaian itu sebagai produk penulisan kau.. Tentu Encik Ayah akan bangga!! hahaahah

mrs shaifull said...

wahhh, x kisahlah, berjaya di usia mana pun, tp yg penting cita2 tercapai, tul x? tahniah utk ayah :)

zh-ena said...

ke maner kuah kalau tak ke nasi kan

Imran Yusuf said...

Nanti bila anak-anak ayah sudah ada anak masing-masing, bolehlah galakkan mereka menulis dengan memberikan tajuk yang sesuai setiap minggu.

Semoga kekal turun temurun latihan dan amalan itu. Amin.

~ain said...

CT NORAZMIZA.. ye lah betul.. usia bukan penghalang kan?

Ena.. Kalau kuah tertumpah di lantai bagaimana? hehehe

Imran Yusuf.. InsyaAllah. Perkara yang baik haruslah diteruskan sehingga ke generasi akan datang!