Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label penulisan. Show all posts
Showing posts with label penulisan. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Hari Isnin

Malam tadi tak boleh tido. Macam-macam berlegar-legar dalam kepala. Macam-macam benda difikirkan. Tahlah... Sindrom orang umur 30-an kot. ahahaha. Boleh gitu? Tapi, kita orang dewasa, kan? Apapun yang terjadi, apapun dugaan dan ujian yang datang kita kena tabah. Kita terima dengan hati redho dan pasrah. Allah ada bantu kita.


Tadi dapat email dari PTS. Cek royalti dah siap. Kali ni PTS akan bank in terus dalam akaun bank. Sebelum ni, ayah dengan semangatnya akan pi panjat opis PTS untuk collect cek royalti keluarga penulis Imran Yusuf. Tahun lepas, ayah dah tak larat nak panjat tangga sebab dah tak sihat. Staf PTS turun bawa cek ke bawah. Dua hari sebelum ayah meninggal dunia, ayah suruh saya uruskan royalti 2011 nya yang masih berbaki. Kesemua jumlah royalti 2011 Imran Yusuf telah dimasukkan ke dalam akaun emak sebab ayah dah tak boleh nak uruskan. 


Tahun ni, kita bergerak sendiri. Pepandailah nak hidup, kan... Alhamdulillah. Ada rezeki lagi untuk tahun ni. Taklah sebanyak tahun lepas. Bolehlah... Tah tah tahun last. Tahun depan dah takde dah royalti Nia Imrani. Mungkin nama Nia Imrani akan terkubur begitu sahaja. Atau..... tak pasti lagi. 


Hmm... sahur tadi cik abang kejut. Saya tertidur 4.45 pagi. Pukul 5 cik abang kejut sahur. Buatkan dia hot choc drink. Dia makan emping jagung dengan fresh milk. Dia ok je sahur macam tu. Sebab tahun ni dia kata dia dah tua. Makan kena jaga sikit. hehehe.. Kesedaran mengenai kesihatan semakin meluas nampaknya. Alhamdulillah..



Semalam masak sup ayam, sambal kerang dengan tauhu sumbat! 
Awal-awal dahb uat list barang. 
Maaflah, tulisan buruk. 
Tangan gigil! haha

Ok, hari ni nak masak apa lah ye? Dah pukul 4 petang ni ha.... Tak sempat nak fikir. Hari ni kelas penuh. Dengan kelat-kelat mata (tak tidur malam) ku gagahi jua. Nasib baik student hari ni semangatnya macam lebih. Meriah kelas. Terhibur sikit hati ku yang lara ini... Lara katanya... Usah dilayam sangat.. Mengada je lebih ni..


Jap lagi kelas lgi sampai jam 6 petang. Bulan puasa ni, memang taklah nak membebel dua jam terus. Selalunya 1 jam setengah... Itu pun dah sangat lama. Petang pula. Memang merangkak lah nak drive balik. hahaha.. Over aje aku ni.


Cepat.. cepat.. fikir! 
 
Apa nak masak petang ni?

Tuesday, October 16, 2012

Cikpuan

Wednesday, August 8, 2012

Emak

Kitorang penulis PTS sedang syiok sekarang sebab PTS tengah dalam proses nak bayar royalti 2011. Masing-masing berdebar-debar tunggu 'duit raya'.


Ayah tersenarai sebagai ke-26 penerima royalti terbanyak.
Emak pula di tangga ke 86..
Imah dan saya walaupun tidak tersenarai 100 tertinggi,
tapi amaun tahun ini dua kali ganda banyak dari tahun yang sebelumnya..
Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan kepada kami sekeluarga.
Semoga Allah memberkatinya.


Sebelum dapat tahu fasal royalti,mak ada kata dengan saya,
"Kalau ada lagi royalti bahagian emak, emak ingat nak beli ubat-ubat ayah.."


Allahuakbar..


Sebagaimana saya tidak lepas mendoakan ayah cepat sembuh dari penyakitnya, seperti itulah saya mendoakan emak agar mendapat syurga di akhirat sana kerana pengorbanannya menjaga dan mentaati ayah selama ini......




Semoga kasihnya sampai ke syurga.

~amin~

Wednesday, May 16, 2012

Membaca Jambatan Ilmu

Saya ada beberapa buah buku complimentary untuk penulis. Setiap kali kalau ada buku baru, PTS akan kasi 10 buah untuk penulis. Saya selalu kan bahagi dua ngan imah. Imah amik 5 saya amik 5. Saya akan ambil satu untuk simpanan saya. So, ada lagi 4. Kadang-kadang, Imah amik sikit je. Dua. Lapan lagi dia kasi ke saya.


Saya tak tahu nak kasi siapa. Ada yang saya kasi kawan-kawan blog. Ada yang saya berikan pada rakan sekerja cik abang yang ada anak anak yang dah sekolah dan pandai baca. Dah bagi-bagi tu, eh... tetiba PTS buat Edisi Kemaskini pulak dah. So, dapat lagi 10 buah complimentary. Imah dah ambil sikit. Naim pun siap kasi hadiah buku kat kawan dia sempena hari lahir kawan dia tu. Naim cakap kawan dia suka dapat hadiah buku. Buku cerita tu elok-elok lagi. Masih baru tersimpan dalam plastik pos Nationwide sebab PTS pos pakai Nationwide.


Satu hari, saya terbaca (mmg baca selalu) blog Kak Filla fasal anak perempuannya yang suka baca buku cerita. Apa lagi! Saya pun terus nak kasi Kasih Aleeya buku-buku cerita yang masih ada. Ada jugak pekdahnya kasi adik ni buku. Dah rezeki dia, kan....



Saya rasa gembira bila Kasih Aleeya suka buku cerita yang saya berikan buat dia. Kalaupun dia tidak berapa faham membacanya sekarang (mungkin sebab tebal sikit buku tu), mungkin setahun dua lagi dia akan faham laaa... =) 


 Kan, Acik kan?

Tuesday, May 8, 2012

Imah PBAKL 2012

1 MEI 2012..  
Imah pi PBAKL 2012.



Cayalah, Imah..
Ikat tudung dah macam Najwa Latif.


[Kosong... Kosong... Kosong..] ~ nyanyi tetiba


Ok, tata!

Sunday, March 18, 2012

Anak Baru

Monday, December 12, 2011

Ulang Cetak





Sejak akhir-akhir ni macam lepu, dan give up dengan beberapa isu fasal penulisan ni.
Siap dah ngadu kat cik abang, "Bang.. orang nak berhenti menulis"


Hmmm... entahlah!


[Oh Tuhan, tunjukkanlah kami jalan yang benar!]

Thursday, November 24, 2011

Akan Terbit: Aween Tikitok

Hasil nukilan bersama penulis bersama yang baru Alfin Najihah (selain Ima Imrani.)


InsyaAllah akan terbit pada hujung bulan ini.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah...
Atas segala ilham dan semangat yang Kau berikan kepada kami.

Wednesday, October 12, 2011

Coming Soon

Penulis di bawah Group Imran Yusuf akan mengganas tidak lama lagi!



Nantikan kemunculannya!


Wordless Wednesday 5


Wednesday, October 5, 2011

Koleksi Ke-6


Tuesday, September 20, 2011

Koleksi yang Tidak Pernah Disangka










Tuesday, September 13, 2011

Diari Pengawas Sekolah-Edisi Kemas Kini

Semua orang kata pengawas adalah manusia paling skema.
Suka tulis nama orang lain.
Suka cari kesalahan orang lain.
Suka cari kesalahan orang lain.
Fazrul juga tidak terkecuali daripada berpendapat begitu.
Sehinggalah pada suatu hari, Fazrul dilantik menjadi pengawas sekolah.
Apa yang terjadi pada Fazrul?
Bagiamana gelaran yang dia sendiri pernah berikan
pada pengawas-pengawas itu dahulu?



Edisi Kemas Kini dengan
saiz yang baru
harga yang baru
juga % royalti yang baru.


~Alhamdulillah, syukur nikmat!~


lalalalala

Wednesday, September 7, 2011

Anugerah Pilihan Pembaca Popular dan Berita Harian 2011

Tiga empat hari sebelum raya,
ayah saya (nama pena: Imran Yusuf) dan penulis bersama Zamri Mohamad,
telah dipilih sebagai salah seorang pemenang anugerah


(ayah paling kiri)



Ayah saya bersama tunggak kejayaannya sejak dulu.
(Emak saya)



Ini pula buku terbaru ayah.....


Saya kira Oh, Sudan! Ayah Saya Hero
merupakan karya fiksyen ayah yang paling berjaya setakat ini.
Bisa buat saya mengalirkan air mata!



Monday, August 8, 2011

Lego vs Milo


Novel keempat kami..
Sinopsis di sini

Cuba tengok kucing hitam tu.
Comel je telinga dia tu..
heheh


[Nota: Alhamdulillah! Syukur nikmat!]


Thursday, June 16, 2011

Semangat Penulisan

Hari ini saya menerima email dari editor. (saya masih berhutang dua bab lagi dengan beliau). Jadi, saya memang sedikit cuak. Saya baru menulis lima baris dari dua bab tersebut. Saya cuak kerana saya menyangkakan beliau mahu menuntut bela manuskrip lengkap itu. Saya akan siapkan hari ini juga. Itu janji saya.


Eh, sangkaan saya meleset kerana beliau bukan mahu bertanyakan manuskrip. Sebaliknya, beliau mahu menyampaikan khabar gembira. Novel PELIT Diari Pengawas Sekolah akan ada siri yang kedua. Sinopsisnya sudah pun diluluskan untuk diterbitkan. Hati saya sangat lega dan berbunga.


Satu lagi berita gembira. Novel terbaru (dengan idea yang baru) juga telah diluluskan sinopsisnya. Kali ini, saya akan bekerjasama dengan seorang lagi penulis bersama selain Ima Imrani. Sinopsis dan jalan ceritanya hasil perahan otak penulis bersama itu. Saya cuma memperbaiki mana-mana kekurangan yang ada. Apa salahnya berkongsi rezeki, kan?


Oh ya! Royalti 2010 akan dibayar tidak lama lagi. Walaupun tidak begitu banyak, tapi saya sangat bersyukur. Bolehlah buat membantu saya selesaikan hutang dengan seseorang yang saya pinjam ongkosnya bagi membayar wang pendahuluan membeli rumah baru-baru ini. Wang pendahuluan sahaja pun.


Ada penulis, beli condo dan kereta cash woooooo dengan duit royalti. Gilek aaaaaaaaaa.. Tapi, saya bukanlah penulis hebat yang sangat produktif. Rajinnya sedikit sahaja. Malasnya berlambak-lambak. Tapi, hasilnya bolehlah kan bantu-bantu suami meringankan beban. heheh.


Alhamdulillah... Syukur atas nikmat dan rahmat Allah sebesar ini!


Eh, sebelum terlupa. Puan Ainon (Chairman PTS) sedang mengelola Projek Bubur Nasi & Ikan Masin. Apakah projek tersebut? Nanti kejap lagi saya buat entri ya..... Sekarang nak kena siapkan dua bab akhir manuskrip itu.


Wednesday, June 8, 2011

Tak ada kerja

A- Apa yang saya buat ini untuk menghilang kebosanan.

B- Banyak mengarang, kepala naik bengang.

C- Cuba menyiapkan manuskrip novel ke-4 dalam bulan ini juga.

D- Dah asyik menulis je, rehatkan sekejap minda ini.

E- Enak sekali kalau dapat cek royalti bulan Jun.

F- Faedah ini yang diterima kerana mendengar kata ayah.

G- Garap idea dari setiap apa yang dipandang dan diperhati.

H- Habislah kalau tak sempat siap bulan ni.

I- Imah! Bantu Alongmu ini.

J- Janji royalti dibahagi ikut kerja yang dibuat.

K- Kalau buat kerja free semua orang pun malas.

L- Lari (offline) cepat-cepat bila nampak editor online di FB. hahaha

M- Mana mahu lari haaaaaaaaaaaa?

N- Nia Imrani belum tunaikan janji lagi.

O- Oh, tidak mengapa!

P- Pembantu (Imah), sudah buat tiga bab.

Q- Que Haidar memang tidak ada kena mengena dalam hal ini. (tetiba)

R- Rasanya elok kita lebihkan usaha, Imah!

S- Supaya azab kita ni selesai segera.

T- Tahun depan kita akan mengecap nikmat dari keazaban hari ini.

U- Upah kita tahun lepas dah nak dapat tak lama je lagi.

V- Violin (hahha) tidak boleh dimain ketika sedang menyiapkan manuskrip.

W- Walaupun secara diam-diam, ia akan menganggu ketenangan.

X- X-ray otak kita kalau dah serabut sangat.

Y- Young Khalid sudah ditukar jadi Siri Penyiasatan Aidil.

Z- Zzzzzzzzz.. Dah siap! Boleh tidur.....


Thursday, May 12, 2011

Top 200 Jualan April 2011 Berdasarkan Nilai Ringgit

Pagi tadi bangun awal.
Terus siap-siap pi kerja.
Kejut anak bangun..
Senang pulak dia bangun hari ni.. hehehehe


Hmm... Hari ini punch in pukul 7.10am.
Rasanya, paling awal kot sejak beberapa tahun di sini.
Lepas ni, tak de isu dengki dengkos lagi ye..
Harap maklum!


Lepas punch in, pi cafe beli nasi lemak.. Hahaha..
Mula-mula nak amik bihun je, sekali terbau nasi lemak terus terpikat.. hehhe..
Lupa beli air laaa pulak.. Kering .. Kering...


Pi kelas.. Membebel 2 jam..
Tekak super duper kering..
Alahai hai hai hai..


Lepas tu, pi blog Puan Ainon..


Jumpa senarai yang bahagia..
Lihat no. 123!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Walaupun tidak di tangga teratas, tapi masih dalam senarai kan?


Alhamdulillah........


Monday, April 18, 2011

Pesta Buku 2011

Pesta Buku Antarabangsa 2011 akan berlangsung 22 April - 1 Mei 2011....




Tahun ini punya Pesta Buku saya tak dapat pergi.
Banyak hal belum settle di samping nak kena balik pulak 7 Mei.
Adik saya nak bertunang.
Cik abang kata, tak 'larat' nak balik tetiap minggu.


Masa meeting tengahari semalam, bos suruh saya pi Pesta Buku
sebagai wakil jabatan untuk cari buku rujukan untuk program kendalian jabatan.
Tapi, malang sungguh.........................
Silibus saya belum habiskan lagi.
Ada dua bab sebelum study week.
Diorang nak pi Rabu Khamis ni..
Tak sempat laaaaa..


Takpelah.....


Tahun 2011 ni, ada tiga novel saya di Pesta Buku Antarabangsa.
Syukur kepada Allah....


PERTAMA:
Ikan Tawar untuk Lego

KEDUA:
Sepupu Lego
KETIGA:
Diari Pengawas Sekolah

Semoga semuanya baik-baik saja!


Tuesday, April 5, 2011

Seribu Lebih

Hasil tulisan saya dan Imah, Diari Pengawas Sekolah telah terjual sebanyak 1,638 naskhah sejak diterbitkan pada awal Mac 2011.


Klik untuk besarkan gambar!
Laksamana Cheng Ho pun boleh tahan hebat juga.
Tahniah, ayah!



Terima kasih, Allah..



[Saya memang berniat nak berikan beberapa buah novel untuk pembaca blog saya.
Tapi, kekangan masa membuatkan saya
tidak sempat untuk pos dan sebagainya.
Kepada yang telah diberitahu, sabar ye... heheh]