TQ!
Ramai kata, kereta ni best! Jadi, apa salahnya, sebelum kita beli, kita cuba dulu pegang stereng dan mencuba serta melihat dengan mata kepala sendiri seterusnya merasai kehebatan Satria Neo.
Menatap dengan mata kasar, Satria Neo CPS mempunyai body kit yang lebih sporty dan stylish. Serius, body kit dia memang lawa. Boleh tahan, beb!
Struktur bentuk Satria Neo lebih mengancam berbanding model lain. Trendy adalah perkataan yang paling sesuai. Sebab ianya melambangkan jiwa muda yang sporty habis! Body kereta ini direka bentuk semula untuk menjadikannya lebih solid daripada model sebelumnya.
Perbezaan Satria Neo CPS baru dengan yang lama ialah paling ketara sekali Satria Neo tentu sekali mempunyai ‘campro cps engine’ dan reka bentuk dalaman dan luarannya dipertingkatkan.
Untuk 1.6 liter Campro Cps Engine, ianya menggunakan Cam Profile Switching Technology (CAMPRO) dan VIM (Variable Intake Manifold Technology). Dengan menggunakan dua teknologi ini, anda akan merasai performance paling tinggi dan ianya menjimatkan penggunaan minyak.
Dua warna pilihan iaitu Tranquility Black (Metallic) dan Solid White (Solid).
Dua-dua nampak mengancam. Smart!
Berikut ciri-ciri Proton Satria Neo CPS:
Transmisson 4 speed auto/5 speed manual
Engine Campro CPS 4 cylinder, DOHC 16V
Max power 125 hp / (93 kW) / 6500 rpm
Max torque 150 Nm / 4500 rpm
DIMENSION & WEIGHT
Overall L x W x H (mm) 3898 x 1745 x 1434
Wheelbase(mm) 2440
Track, front/rear (mm) 1467 / 1483
Overhang, front/rear (mm) 826 / 632
Kerb weight (kg) 1212 / 1227
Senarai Harga:
Proton Satria Neo CPS (white) - Manual - RM 57313
Proton Satria Neo CPS (black) - Manual - RM 57763
Proton Satria Neo CPS (white) - Auto - RM 60313
Proton Satria Neo CPS (black) - Auto - RM 60763
Lampu di bahagian depan dan belakangnya sangat cool! Cantik jugak reka bentuknya. Kalau kita tengok kereta ini dari tepi pun, kita akan tahu, memang Satria Neo lain dari yang lain.
Reka bentuk luaran kereta ini memang gempak. Tengok bumper depan dan belakangnya. Ianya direka untuk menampakkan lebih sporty dan sekaligus menjadikan kereta ini lebih aerodynamic untuk kestabilan di jalan raya. Spoiler dia pun mengancam!
Apa yang berbeza ialah ekzosnya diletak kat tengah-tengah. Tidak seperti kereta lain yang diletakkan di bahagian tepi. Nampak cool dan unik!
Okay, untuk rekaan dalaman pula, memang sporty habis! Reka bentuknya lebih aggresif.
Cermin sisi sebelah kiri
Lihatlah tayar Satria Neo baru ni… wheel archnya gempak jugak! Sport rim, beb! Sekarang ni kan memang trend orang pakai sport rim warna gelap dan gold.
Ianya dirapikan lagi dengan 16 inch Pearl Brown Coloured alloy dengan satu set tayar Continental CSC-1. Cantikkan?
Semasa mencuba kereta Satria Neo CPS di jalan raya, saya rasa sangat teruja sebab memang ketara sekali dapat rasa enjinnya sangat pick up! Memang laju dan kita pun rasa selesa. Pergh! Tak boleh cakap la, sangat best! Kalau ada duit, memang time tu gak rasa nak gi beli!
Tempat duduk pula dibaluti dengan set merah dan hitam diperbuat daripada leather yang sememangnya nampak matching dengan kehendak pelanggan. Gabungan warna yang memang kita suka.
Kereta ini boleh dijadikan satu motivasi untuk memilikinya. Harganya berbaloi dengan performance dan reka bentuknya yang begitu digemari ramai.
Stereng yang nampak luxurious!
Dashboard yang trendy! Ada stail lah!
Menawan!
Tempat duduk bahagian hadapan. Selesa!
Pintu kereta belah tepi kanan Merah hitam! Cukup Elegan!
Tempat simpan barang di bahagian belakang pun luas.
Tempat duduk bahagian belakang.
Wow… gearnya macam kepala ular tedung?
Audio yang mantap habis! Power!
Dilengkapkan dengan dual airbags dan ABS yang
Tah apa-apa..
BTW, ok juga laaa satria Neo ni.
Tapi, bagi saya, dari kereta tiada buntut haruslah kami mencari kereta yang ada buntut pula kan..
Ahli keluarga akan bertambah di masa depan kan..
Lagipun, kami sudah ada 2 buah kereta tiada buntut sekarang ini.
Saya saja je nak buat suami saya menyirap..
Petang semalam dia merungut masa saya ambil dia di kedai abangnya..
"Bestnya naik kereta orang ada aircond ni!"
Hmmmm... kesian..
Sabar ye abang ye..
Tahun ini kan tahun "membayar hutang!"
4 comments:
kalu g keje naik neo mesti besh ni..laju n cepat sampai..nk parking pun senang kan..
tak lawa ah Neo ni,tapi boleh ah dari takda langsung
has.. best best jugak.. bahaya jugak kalau hubby ain pakai neo ni, dia jenis bawa kete laju..
abang.. udah udah laa tu guna nick abe smart tu!!! heheh.. tak lawa laaa owg tengok semalam kat jalan raya.. spoiler dia panjang sangat bleh buat meja makan dah gamaknya!! hihi
Em, entri lebih sesuai di blog Potong Spring
:)
Post a Comment