Pembaca Blog Ini...

Sunday, June 28, 2009

Air Pasang Pagi


"Air pasang pagi
surut pukul lima
bangun pagi-pagi
siram pokok bunga
pokok bunga melur
tanam tepi batas
itik dah bertelur
ayam dah menetas"

Hari ini saya amat bosan!!
Kereta suami saya masuk bengkel.
Jadi saya pergi kerja suami saya hantar.
Lagipun, kereta saya pun kena gi servis.
Dah dua bulan tak servis.
Kang merajuk lak 'si kecik' tu!!
Apa kena mengena dengan lagu AIR PASANG PAGI di atas??

Hahahahaha..
Ada officemate saya bawa anak dia yang berumur 4 tahun.
Dia duk pasang lagu AIR PASANG PAGI ni
beratus-ratus kali dah sejak pagi tadi..
Kalau mama dia tak bagi pasang,
dia akan melawat bilik saya sambil tanya macam-macam..

"Mokcik, make dok agi??"

"Mokcik, banyak khijo ko?"

"Mokcik bizi ko?"
hikhikhik.. pandai lak tuuu tanya saya bizi ke tak???


"Mokcik, bla bla bla....."

Hahahahahahhaha

Lawak laaa budak ni..
Sampai saya berikut-ikut menyanyi lagu ni!!

2 comments:

honeylanz said...

ada x dia ckp " mokcik marila nyanyi sekali air pasang pagi"..4 thn dah petah berckp tu..

~ain said...

has.. mmg petah budak tu.. mcm2 dia tanya.. nasibbaik dia ada, kureng sikit bosan di opis.. tapi bila lama-lama dia rimas kot duk opis. terus memekak ajak mama dia balik!