jadi suami saya ajak saya ikut dia ke tempat kerja.
Mula-mula hantar pelan di pejabat bomba Kuala Terengganu.
Saya kerja half day saja hari ini.
Kertas exam dah siap tanda.
Dah siap key in markah.
Ahh.. lega!!!
Lagipun, sementara student cuti ni lebih baik saya habiskan cuti.
Bila student sudah masuk belajar nanti, tak menang tangan nak melayan.
Mana nak masuk kelas nya.
Nak buat soalan exam, kuiz tutorial.
Nak buat preparation lagi.
Memang tak cukup masa 24 jam sehari.
Cuti saya masih banyak.
Kalau tak habis nanti, boleh forward ke tahun depan pun sikit saja.
Rugi laaaa cuti saya burn saja
Heheh..
Saya ikut suami saya hantar pelan di pejabat bomba.
Lepas tu, terus ikut suami saya pergi site.
Ahahahah.. sangat bosan.
Saya bersenang lenang dalam office suami saya.
Penghawa dinginnya sejuk nak mampus.
Saya juga boleh jalan-jalan dan ambil angin di pantai.
Site suami saya tepi pantai Bukit Keluang, Besut tu.
Best je menulis di tepi pantai.
Sedikit lari dari kekusutan fikiran.
Haa.. bercakap tentang kekusutan.
Saya memang ada luahkan
kepada rakan blogger yang baik hati sangat dan ambil berat tentang saya.
Saya rasa separa lega lepas dapat meluahkan pada bloggger itu.
(tak perlu bagitahu siapa, anda tahu sendiri
Terima kasih sangat-sangat.
ruang untuk akal saya bertidak mendahului tindakan hati.
Mohon petunjuk agar Dia sabar dan tabah
mengharungi semua ini.
Semoga saya boleh sentiasa positif.
Eceh.. macam besar sangat je dugaan!!
Hehehe.
Mana lagi besar dugaan saya
atau
dugaan rakyat-rakyat termiskin yang nak makan nasi sehari sekali pun payah?
Apa lah sangat cubaan yang Dia berikan pada saya
kalau nak dibandingkan anak-anak yatim
yang tidak beribu dan berayah?
Eceh.. tetiba pula nak beri ceramah motivasi.
Dr. Puan Noraini laaa katanya.
hehehe
Dan selepas saya meluahkan segala apa yang terbuku di hati ini
pada suami saya, saya rasa sedikit lega.
Saya rasa sebenarnya saya tidak keseorangan.
Memang sejak dari mula lagi, saya tidak berseorangan.
Saya sangka selama ini suami saya buat-buat tak faham.
Rupanya dia berhati kering..
Dia memang tak faham.
Hahahah.. selamba je kutuk laki sendiri.
Dia jenis yang sukar hendak faham kalau tidak diluahkan satu persatu.
Dia payah nak faham bahasa tubuh, bahasa mata dan mimik muka.
Dia tidak terlalu sensitive dengan semua itu.
Sebab kerjanya hanya dengan pelan dan bangunan
bukan pakar yang mengendalikan hati dan perasaan manusia.
Ahahahhah.
Oleh sebab itu, saya tidak menyalahkannya.
Saya terima dia seadanya.
Eh.. jauhnya melalut.
Saya ikut suami saya ke pantai tu.
Menurut sumber, filem itu bertajuk Merong Mahawangsa or something like that laaa..
Saya tak ingat sangat.
Ini jambatan konkrit yang ditampal dengan kulit kayu
untuk membangkitkan suasana purba
atau mungkin zaman melayu dulu kala.
Ala-ala filem Lang Buana tu rasanya.
Saya tak sempat nak sentuh-sentuh
sebabnya ada orang tengah buat kerja kat situ.
Lagipun, suami saya ada kerja.
Dia nak kena hantar progress report malam ini.
Esok suami saya janji dia nak bawa saya datang ke sini lagi.
Eh, banyak pula yang saya bebelkan.
Saya rasa macam baru baik sakit saja.
Saya rasa bersemangat semula!!!!
Terima kasih atas segalanya!!
P/s.. lain-lain gambar nanti esok saya try upload ye.
Malam-malam ni Internet suka buat perangai.
4 comments:
wah sedap kutuk2 aku nampak
abang.. heheheh.. kutuk-kutuk manja gituuu...
tu filem bdk2 KRU punyer kan..
dh dpt atasi prob bersama ker..bgs la..kata suami isteri kan..
ena.. Haa.. memang KRU nye. sebab semua props dia ada tulis KRU Pictures ke apa tah.. Tapi ada laaa perkataan KRU tu..
bukan masalah sebenarnya.. Masalah tu boleh jadi hikmah kalau kita pandang dari sudut positif.. Hehehhe.. Ain ok dah..
Post a Comment