Pembaca Blog Ini...

Tuesday, June 9, 2009

Mahu tanya ni!!

Kawan-kawan!!
Saya masih 'blur-blur' dengan lokasi yang bagus-bagus di Sabah.
Khasnya di Kundasang dan Kota Kinabalu. (mengikut perancangan)
Dah tu, takkan nak pergi buta-buta je kan, tak seronok juga!

Sesiapa yang boleh bagitau sikit-sikit pasal Sabah, tolong lah saya ye.. heheh

Sebenarnya,
Saya ingin melengkapkan wish list saya (sila scrol dan lihat di belah kanan).
Kalau tak semua pun mungkin tiga per empat harus dicapai dalam tahun ini.
Al-maklumlah, sekarang dah masuk pertengahan tahun dah kan?
Kalau diperhatikan, semuanya kelihatan berjalan lancar.
Alhamdulillah..

Satu demi satu pencapaian adalah perlu
untuk menjadikan kita
sebagai manusia yang lebih baik dari semalam.

~Masa saya memikirkan apa pencapaian yang saya dapat adalah semasa saya memandu!

Meh nak cerita sikit...

Ada satu hari, saya rasa marah dan sangat berputus asa dengan diri saya kerana saya merasakan dalam 20 tahun lebih saya hidup di dunia ini, saya masih belum dapat kejayaan seperti orang lain. Saya rasa sangat 'tak guna' pada masa itu.

~Saya belum ada rumah sendiri

~Saya belum ada pelajaran dan kelayakan di peringkat tertinggi seperti orang lain

~Saya belum mampu memberi apa saja yang mak ayah saya minta.
Malah, kadang kala saya pula terpaksa meminta pertolongan dari mereka berdua
.


~Saya masih belum menghadiahkan 'penyambung warisan' buat suami saya

~Saya masih belum dapat gaji yang memuaskan hati.

~Saya masih belum mampu membeli kereta idaman saya

~Saya masih belum mampu berdikari sepenuhnya!!! ~ ini adalah perkara pokoknya!

~Oh terlalu banyak kalau ingin disenaraikan.
dan pada ketika itu, hati saya jadi sayu... sedih dan rasa sangat 'tak guna' (sekali lagi).

Kemudiannya,
saya menghantar signal kepada otak dan akal saya untuk memikirkan
apa pula pencapaian saya dalam masa 20 tahun lebih ini? ~sebagai motivasi untuk tidak rasa sayu... sedih dan rasa sangat 'tak guna' (sekali lagi).

Fikir punya fikir,
banyak juga pencapaian saya
yang ada juga orang lain yang belum memilikinya.
Tak perlu lah disenaraikan di sini, nanti kang orang kata saya riak pula.
Lagipun, pencapaian itu tidak lah sehebat mana. tapi, cukup lah sebagai pembakar semangat.

Psssss..
Rasanya, kita perlu memberi masa kepada diri kita sendiri
untuk berfikir sejenak
agar kita tidak lalai dari mengucapkan syukur kepada-Nya.


~tetiba terasa macam Ustazah Ain pula.. Ahahahaha

4 comments:

Anonymous said...

has x sampai KK lagi. tp my colleague br balik dr cuti2 sana. dia g kk n stay kt area2 bwh kaki gunung kinabalu. celyn resort. ain cuba usha sini www.celyns.com
dia ckp best!

~Eila Nur Kaseh~ said...

ain, eila dulu mase baru kawen..tiap2 bulan hanimun setiap negeri..kiranya nak jelajah malaysia la...cuma sabah je lum pegi...tp ade kawan eila suggest p KK..ade blogger dok sabah pun suggest KK..try2 la gugel ekk..mmg elok wat preparation sebelum pegi..at least kite puas hati bercuti....

mslvoe said...

sha suka lepak KK sbb town dia byk seafood restoran. kundasang pnh dgr.. org kata cantik

~ain said...

Has.. wah.. tempat sejuk memeang best kan has.. hehehehe

Kak Eila.. itulah pasal. memang rasanya macam nak ke KK. Kundasang pun best juga..!!! Wow.. tak sabarnya..

Sha..haaa.. seafood?? Oh.. Ain semakin teruja!