Pembaca Blog Ini...

Sunday, June 21, 2009

Puasa ganti lagi

Hari ini saya puasa ganti lagi..
Walaupun pagi tadi,
masuk-masuk je office dah terminum air kat atas meja ni.
Hahahh..
Tak sengaja tak pe kan?
Anggap je rezeki kan...

Punya laa gigih mengganti puasa.
Sementara cik P tak mai lagi kan!
Lagi 5 hari kalau tak tolak hari ini.
Lagi 4 hari kalau tolak hari ini.
Hehhe, saya tak sabarnya nak raya.

Walaupun raya tahun ni,
suami saya kata kami akan beraya di Terengganu,
tapi saya tetap seronok masa raya.
Memang lah tak seseronok raya kat rumah mak saya.
Tapi, boleh lah kan.. dari tak da..

Duit raya pun tak yah stand by bebanyak
sebab adik-beradik suami dah besar-besar
anak buah kat sini baru je sorang..
Itu pun kecik lagi.
Bagi je lima ringgit dah..
Jimat..jimat..
ahahaha hampeh nye mak sedara

Hmm..
saya pun takkan ambil cuti banyak pun hari raya nanti
sebab saya tak ke mana-mana.
Kat sini je.
Mungkin sehari sebelum raya je cuti.
Lepas tu raya ke-3 atau ke-4 saya kerja semula.
Lagipun, saya nak bercuti lama sikit 2 minggu lepas raya nanti.
Nak pergi jalan-jalan jauh sikit..

Persiapan raya mungkin biasa-biasa saja
sebab mana ada orang nak datang rumah saya pun kan..
Kuih-kuih raya ke apa ke mungkin tak de jugak kot.
Kalau ada pun sejenis dua je.
Kang siapa pula nak perabis kuih raya tu kan..

ek ehh..
apesal belum habis ganti puasa lagi,
dah sibuk-sibuk duk buat entri raya ni?

7 comments:

honeylanz said...

thn ni turn 1st day raya kt rumah mak has..seronok sgt!!! sbb adik yg belajar kt mesir pun balik thn ni..x sabar lak nk berpose n raya gitu..pose ganti ada lg 3 hari..huhuhu

Mrs LVoe said...

tahun nie sha raya gn family.. hubby xdpt raya lagi.. uwaaaaaaaaaaaaaaa dh 2thn x dpt raya gn hubby. sob sob sob

saya! said...

has.. raya di kampung kita adlah seronok.. tapi mana-mana pun best jugak sebab dah namanya raya kan kan kan..

saya! said...

sha.. sabar laaa sha..InsyaAllah nanti tahun depan sha dapat beraya dengan hubby 2 tahun atau 3 tahun berturut-turut kan.. Kasih sayang dan kebahagiaan kadang-kadang perlukan pengorbanan! Semuanya ada hikmah..

CT NORAMIZA said...

eee nervousnya, x tau raya kat mana lg, kangar ke kuching, tunggu penyimpan mohor2 besar bg keputusan :) hehehehe...

zh-ena said...

cha yok cha yok ganti pose..

thn nie ena kat sg.buloh beraya..yahoooo best nyer

saya! said...

ct norazmiza.. wah wah wah siap nerves tu.. mana-mana pun sama saja..

ena.. ena senang aje.. kampung dekat2.. heheheh. ain jauh-jauh..