Pembaca Blog Ini...

Sunday, June 21, 2009

Selamat Pengantin Baru, Yana!!


Ini adalah antara ayat-ayat kurang keyakinan dari Yana,
rakan sepejabat saya masa di KL dulu.
Masa tu dia sedih sebab tak da boyfriend.
Hahahah.. lawak je.

"Alaaa.. Ain, mana ada orang nak kat aku!
Aku tak cantik laaa, "

"Ain, macam mana aku nak kawin macam kau. Aku tak da calon. Tak da sape nak kan aku!"

Saya akan menjawab dengan ayat yang positif,
"Banyak lah kau punya tak cantik!! Gedik laaa kau, Yana.."
"Kalau jodoh tak ke mana lah, Yana.. Entah-entah tahun depan kau kawin!"

Oh, rupanya mulut saya 'masin' walaupun saya tak suka makan masin-masin!

Ya... Hari ini Yana telah berkahwin!
Mungkin di saat ini mukanya sedang ditepek alat solek berinci-inci
dan sedang tersipu-sipu buat-buat malu di atas pelamin!

Maafkan aku, Yana..
Aku tak dapat menambah meriahkan majlis kau.
Tu laaaa siapa suruh kau lambat hantar kad jemputan!
Tak sempat aku nak apply cuti tau!
Namun, aku tetap akan mendoakan
kau bahagia di samping Mr. Z.
Bertuah Mr. Z dapat kau!!

Selamat Pengantin Baru.. kawin ni best tau, yana!

5 comments:

honeylanz said...

selamat penganti baru utk kawan Ain , Yana.
welcome to da club ;)

Mrs LVoe said...

slmat pgantin baru ;-)

saya! said...

has..sha.. mesti dia suka bila tau ada orang wish dia selamat pengantin baru. Dia masih tak percaya yang dia dah kawin! hehe

zh-ena said...

dah rezeki kan..tak tau akan dtg kita mcm maner..

tahniah kat kwn ain tu..ena pun nak masin kan mulut ena bg shumie kawen thn depan :D

saya! said...

ena.. itu lah kalau dah jodoh kan!!

~amin.. ain pun nak masinkan mulut agar shumie kawen thn depan.. thn ni pun ok je.. :)