Pembaca Blog Ini...

Thursday, June 25, 2009

Rambutan Hijau yang Lokoh

Petang tadi kami pergi rumah abah.
Ye lah, abah kan sekarang ni duduk KL jarang-jarang balik..
Jadi sesaja laa jenguk dia.

Saya naik motor pusing-pusing kampung dengan suami saya.
Lepas tu saya ternampak pokok depan rumah abah tu ada buah.


"Eh, buah rambutan laaa.. Abang, ni pokok rambutan ke?"
~haduih laaa.. dan nama pun buah rambutan takkan laaa pokok durian pulak.

"A'ah.."
~selamba je suami saya jawab.

Boleh tak saya tak perasan depan rumah abah tu ada pokok rambutan.
Punya lah tak peka nya saya.
Dah lebih setahun duk ulang alik rumah abah,
pokok rambutan pun boleh tak perasan.
Pokok tu pula, baru kali ni saya nampak ia mengeluarkan buah.
Selama ni, daun je berbondong-bondong..


Banyak juga buah nya..
Tapi masih belum masak lagi.

Tengok! Suami saya melayan je soalan saya yang tah apa-apa
sampai muka nya dah jadi macam ni

"Abang, nanti kalau dah masak buah ni jadi warna merah laaa ye?"
~haduih.. sengal kan soalan saya..
Tak de laaa.. mana lah tau kan kalau buah tu jenis rambutan kuning ke kan..


"Ye lah.."

"Penuh laa ye satu pokok ni dengan buah rambutan merah ye?"
~haduih... satu lagi soalan sengal!!

"A'ah"

"Wah.. mesti best!"
~sengal je.. maklumlah, saya dan dilahir dan dibesarkan di bandar.
Jadi, hal pokok-pokok ni jadi jakun tak biasa sangat la.. hahahah

"Rambutan tu tak sedap. Rambutan lokoh.."

"Alahai.. apa kebendanya pula rambutan lokoh tu?"
~hahaha.. saya kan kawin dengan orang pantai timur,
jadi banyak laa istilah baru dan loghat yang saya perlu belajar.

Rupa-rupanya,
rambutan lokoh tu kalau dalam bahasa saya rambutan tu tak longkah..
Kalau menurut mak saya,
longkah tu bermaksud kalau kita makan rambutan tu,
isinya akan senang dipisahkan dari bijinya..

Barulah saya faham!!

5 comments:

zh-ena said...

tapi longkah tak elok mkn byk2 sbb kulit biji rambutan akan lekang sekali..

rambutan gading mmg sedap..

~ain said...

rambutan gading itu macam na ye ena.. warna kuning ke?

honeylanz said...

hehehe..sekeliling rmh mak has ada mcm2 jenis pokok rambutan. kecik2 dulu has mkn rambutan atas pokok gitu. alala..jane the tarzan lak...hahaha

zh-ena said...

yup colour kuning..perghh mmg blh 1 bakul ena mkn klu ader dpn mata

~ain said...

has.. seronoknya makan rambutan!! makan durian lebih sedap!!! geramnya durian..

ena.. oo.. rambutan kuning tu isinya tebal kan.. itu kegemaran mak ain.. hehe
Ain lak, apa-apa rambutan pun bedal je. Jangan masam sudah laaa.