Pembaca Blog Ini...

Tuesday, July 21, 2009

Pantai Sri Tujuh

Lepas memerah poket keringat di Rantau Panjang,
mereka plan nak ke Kota Bharu pula.
Singgah di Pantai Sri Tujuh..
Maklumlah pemandu pelancong
memang kerja tunjuk jalan kan...

Makan tengahari di situ.
Jalan-jalan di tepi pantai.

Sekali...
Kami nampak siput ni...
Ingatkan sikit..
Tapi.... rupa-rupanya banyak gile!!
gile pun tak banyak macam ni...
Nah.. saya kasi close-up sikit!
Sepanjang pantai ada siput ni.
Banyak!!!

Kami tanya pakcik @ ayah biras saya.
Dia kata siput ...... ntah tak ingat saya nama apa.
Tapi, dia kata boleh dimakan.

Kami dah nak kutip dah.
Tapi, suami saya kata tak payah laaa..
Sebab berat hati.
Bukan kerana apa, sebab siput tu banyak sangat.
Boleh kata sepanjang pantai..

Menjadi persoalan, kalau betul boleh makan
kenapa penduduk setempat tak ambil siput tu.
Mana lah tau, jenis ni nampak sama macam yang boleh makan tu,
tapi bukan jenis tu...

Entah beracun ke apa ke kan?
hehehe.. sekali sekala perlu juga fikir negatif kan?
Dibuatnya betul, tak pasal-pasal kena racun..

Suami saya buat lawak,
"Memang lah siput tu boleh makan,
kalau tidak matilah siput tu tak makan.."
Tah apa-apa tah..


"Tak pe laaa kalau sayang teringin nak siput tu,
nanti petang ni abang cari yang dah siap masak kat kedai.."
~ laaaa.. bila masa pula saya kata saya teringin?
Tah apa-apa tah..
Apa-apapun terima kasih ye, abang!
sebab sangat prihatin..
~tak da kena mengena dengan tajuk entri pun. :-)


3 comments:

leadleedeea said...

macam x bleh makan jek siput2 tersebut..letak lam akuarium bleh kot...hehehe~!!

~ain said...

leadleedeea.. hmm. tak leh makan ke? kami was-was sebab tu tak kutip..

~ain said...

leadleedeea.. hmm. tak leh makan ke? kami was-was sebab tu tak kutip..