Pembaca Blog Ini...

Tuesday, July 7, 2009

Saya merayu...

Saya memang pantang betul laaa
kalau ada manusia yang dok terjah blog saya,
lepas tu tinggalkan komen samada kat shoutmix atau
komen pada entri tapi tak buh nama / link!!

Lepas tu, komen bukan-bukan..
Dah banyak kali dah saya mengalami hal ni.

Saya mengalu-alukan kedatangan sesiapa saja ...
Tapi, tolong laaaa... Saya merayu..

Kalau nak tinggalkan pesanan / komen
sertakan lah sekali nama dan link untuk saya mengunjungi 'rumah' anda semula..
Ianya akan menggambarkan kredibiliti dan keikhlasan kita.

Malam tadi, ada kawan lama yang meninggalkan komen di shoutmix.
Buh nama 'kawan lama'..
Tetiba, angin pus pus saya datang..
Yelah, tetiba suami saya kata ex-bf saya yang komen laaaa..
ex-bf
saya rindu kat saya laa...
tak pasal-pasal je rasa nak gaduh laki bini..

Nampak tak, kesan dari isu yang cuba saya ketengahkan hari ni?
Boleh bayang tak betapa tak bagusnya amalan nak sorok-sorok identiti ni??
Bukan saya nakmarah tak tentu pasal.. Saya bukan gila laaa...
Macam-macam boleh jadi akibat salah sangka ni, tau!

Saya rasa menyampah bila dia tak tinggalkan nama.
Kalau dia kawan lama dan tak nak saya pergi ke 'rumah' dia, takpe laaa kan..
Tapi, buh laaa nama... kalau betul dia kawan lama,
sudah tentu saya akan kenal kalau dia buh nama saja tanpa link kan..
Ini tak...tak pasal-pasal kena tuuuuuuuuuuuuuttttt dengan saya...!!

So, moral of the story.. please laaaaa..!!
Saya merayu pada kalian.

Kawan lama ke.. kawan baru ke....
Saya sangat mengalu-alukan kedatangan semua ke 'rumah' saya..
Blog ini bagi saya adalah satu wadah untuk kita bersosial..
berinteraksi dengan ikhlas dan
seharusnya kita menggunakan kemudahan yang ada masa kini dengan sebaik mungkin.
Kalau tak nak buh nama @ link, tak yah tinggal komen..
Habis cerita!! hati aku pun tak sakit

Tak perlu laaa malu-malu tinggalkan jejak dan link
kalau anda ikhlas menegur saya kan kan kan...

Seikhlasnya, saya tak pernah datang 'rumah' orang,
lepas tu tinggalkan komen tanpa bubuh link..
Kalau ada yang saya komen tak bubuh link tu,
saya yakin tuan/puan empunya blog itu sudah kenal saya..

Saya merayu!!
Tolonglah hormati hak saya!!

Saya sayangkan blog saya kerana blog inilah
tempat saya mengasah kemahiran menulis...
tempat saya berkongsi rasa & cerita...
tempat saya mengenali kawan-kawan baru yang baik hati dan selalu beri kata semangat...
tempat saya bertemu kembali dengan rakan-rakan lama saya..
tempat saya melempar segala kesunyian di hati saya...
tempat saya berhubung dengan ahli keluarga saya yang jauh di mata...

Saya tak nak private kan blog ini kerana kalau saya berbuat demikian seolah-olah saya bersikap sombong dan tidak mengalu-alukan kedatangan orang ke 'rumah' saya.

haaa... kan saya dah membebel..
Haus dah saya ni dok membebel..
Ok, nak p minum dulu!!

Tata...

... kepada 'kawan lama'..
terima kasih atas doa anda!!
Tapi....
maafkan saya, saya terpaksa delete komen anda untuk kesejahteraan semua..

3 comments:

honeylanz said...

Ain.. itu org if mcm tu ibarat spesis lalat tu..buat x tau..mmg blh mendatangkan rs sakit hati tp just ignore n delete aja

zura said...

sabar aje lah kak ooii...jgnlah sbb hal kecik jd gaduh lak...buat xth je...

~ain said...

has.. mengada-ngada kan orang macam ni? tak faham bahasa..

zura.. tengah sabar laaa ni zura.. ~ sambil kembang kempis hidung menahan sabar!! hihii