Pembaca Blog Ini...

Sunday, September 20, 2009

Hari hari raya laaaaaaaaaaaaaa....!!

Hahahahari ini raya....
Syukur kepada Allah kerana kita dipanjangkan umur
untuk menyambut hari kemenangan ini.

Ok.. jap lagi nak mandi..
Nak pakai baju baru..
Sedondon lagi macam tahun lepas...
Harap-harap tahun-tahun akan datang,
cik abang masih sudi nak bersedondon dengan saya..
~Amin =)

Tak sabar nak raya punya pasal,
baju raya siap gantung kat pintu bilik..
Membebel cik abang sebab
rimas baju duk gantung tengah alam maya!!
Ini lah sebab nya kenapa saya tukar warna background blog.
Sebab tema baju raya kami adalah, pink... hehehe

Nak salam cik abang,
minta ampun maaf,
minta halal semua nya..
Saya mesti menangis sikit laaa jap lagi..
Jadi saya harus bersedia..! =)

Kemudian nak balik raya kat rumah abah.
Semalam pun dah pergi masak-masak dah..
Hari ni balik raya pulak.. hehehe
Mesti nak sambil2 dengar lagu raya.
Walaupun kami tahu, tak sempat habis sebuah lagu dah sampai...
Punya laaa dekat kampung suami saya.

Kami suami isteri nak ucapkan

Selamat Hari Raya, u ols..
Maaf Zahir Batin.
Segala kasar dan tersilap bahasa
sepanjang saya menjadi blogger tegar ini,
harap dimaafkan..
Mana-mana komen saya dalam blog u ols,
yang tersalah kata tu,
harap diampunkan...
Saya tidak pernah berniat untuk menyakiti hati sesiapa!

Tak lupa juga buat mak ayah,
dan keluarga saya yang beraya di Melaka.
Selamat Hari Raya dari saya dan suami..
Maaf Zahir Batin..
Rinduuuu tapi malas nak layan perasaan sangat.
Tak boleh call sekarang sebab nanti kang mata merah tak cun laaa kan.
Nak pakai baju raya cantik-cantik, mata kena cantik..
No mata merah, beb..
hehehehe.
Esok lusa mak nak datang sini dengan budak bakugan ball tu!

Semoga Syawal memberi seribu erti untuk kita semua!
Jemputlah datang ke rumah.

No comments: