Saya sudah berjangkit selsema dengan cik abang saya.
Sebab apa berjangkit?
Haaa.. soalan senang je tu.
Jawab sendiri laaa ye..
heheh
(Mungkin juga ini lah balasan mengejek suara suami menjadi seperti bapuk)
Hari ini half day.
Ingat tengahari nak pi beli barang dapur
dan amik baju mak kat tukang jahit tu.
Tapi, sebab dah tak boleh blah punya
pening kepala,
tekak sakit,
hidung rasa panas...
Haaaa.. simptom orang nak kena selsema kan.
Pagi tadi ada majlis anugerah pelajar cemerlang.
Dalam dewan, saya dah pi menyerah diri duduk bahagian depan.
Jadi, nak keluar cepat tak boleh laaa.
Nampak macam tak sopan kan.
Kalau duduk belakang lain kira kan...
Makanya, berair-air mata ku menahan pening kepala.
Saya memang kalau pening kepala ke sakit kepala ke mata berair.
Sampai kawan saya tanya,
"Terharu ke kolej nak buat library baru?"
Mengong je kan soalan tu. hihi..
Tak de kena mengena langsung!
Kalau dia kata terharu sebab student saya dapat anugerah, boleh tahan jugak laaa..
Kawan saya tu memang lawak.
Hari tu, dia call suami dia ke siapa tah. Dia tanya "Kat mana tu?"
Orang tu jawab, "Atas kenderaan ni,"~maksud orang tu dia tengah drive laaa..
Kawan saya tu balas balik, "Mujur atas kenderaan, kalau bawah kenderaan?"
Mengong kan... hahahah
Eh.. tercerita pasal kawan pulak ek?
Ok.. sambung balik..
Lepas majlis tu, saya terus je balik rumah.
Rehat-rehat terus tertidur. Pukul 4.00 petang baru bangun.
Haaaaa.. lama ahkak tidur kan?
Saya kalau dah pening ke apa ke kena tidur je terus.
Tak boleh fikir benda lain dah.
Kalau kena fikir juga, jadi macam Ena hari tu.
Sampai saya tak kenal Ena yang mana..
Sebut Umairah baru laaa ingat.
Suami saya tanya larat ke nak pi beli barang dapur.
Saya pun larat laaa kan.. Hahaha.. dah tidur, dah tambah tenaga.. Terus ok sikit.
Lepas tengok Sumpah Bunian (biasanya kami tengok ulangan sebab petang kan tak sempat)
terus je gerak pi beli barang dapur.
Makan makan dulu sebab dah lapar nak mati.
Hehe.. kebulur tau.
Sebab pagi tak makan, tengahari makan sikit je nasi ayam
lepas majlis anugerah cemerlang tu.
Beli barang dapur, beli jugak hadiah nak bagi kat student tu.
Haaa... apa hadiah nya? Biar lah rahsia... Mengada kan?
Cadangan u ols semua best2.
Terima kasih laaa sebab sudi bagi cadangan.
Sekurang-kurangnya saya tak buntu laaa memikirnya kan kan kan..
Saya macam nak beli semuanya.
Beg, pen, bangle, tudung, brooch, shawl......
Cik abang nye cadangan: ubat kurus.. Mengong jek..
Tapi.......... bila nampak satu benda ni, terus hati tertawan.
Eh...... nanti laaa saya upload gambar nya.
Dah malam ni, kena tidur awal.
Esok nak teman cik abang pi Kuantan.
Cik abang kena pi jumpa bos dia.
Kalau idak, nanti dia kena handle next project kat Penang.
Kalau boleh, tak nak duduk jauh2 dengan cik abang lagi.
Tapi, kesian cik abang.
Kalau dia tak pi Penang..
Dia kena handle 4-5 projek sekaliguuuuuuuuussss di sekitar Terengganu.
Tentu dia penat...
K laaa.. malam dah ni.
Esok-esok saya update lagi ye..
Bubui..
2 comments:
ala ciannya kena demam plak..jgn lupa mkn ubat tau
ena dh wat step2 yg ain ajar ena buat header tu tapi still tak jd..tapi ena try buat kat blog ena yg lg satu..laaa boleh la plak..ena rasakan ena punya blog yg ader prob kot..
ena.. tq..
mungkin ada coding ke apa ke yang berubah sebab 3 columns kan blog ena..
Post a Comment