Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Surut


Lepas balik outstation terus jatuh sakit. Oh, ayat!

Pergi specialist terus. 

Alhamdulillah rasa lega. 
Tak reti nak cerita macamana. 

Sakit yang dah bertahun-tahun dapat tau dari mana datangnya. 
Harap lepas ni makin sihatlah. 
Kalau tidak, redho aje lah....


Sakit itu penghapus dosa!

Tuesday, August 20, 2013

Demam

Pagi ni masuk opis, ada memo atas meja. Panggil meeting pukul 10 pagi ni.. Ah, malas betul lah!

Semalam nak ganti puasa, tapi tetiba demam pulak. Panas je rasa bijik mata. Telinga berdengung... Hidung berair. Haaaaaaaaaa... rimas! Terpaksa buka puasa sebab nak makan ubat.

Cik abang ajak pi klinik tapi, saya malas. Nak pi klinik macam mana kepala berat. Berdengung.... So, EL lah... Cuti tinggal 10 hari je. Tah macam mana nak pi London hujung tahun ni? Hahahhaha.. Tetiba je merepek tanpa sebab nak pi London bagai.

Cik abang belikan penepek dahi yang sejuk tu, panadol dan 100 plus kat farmasi. Lega je rasa. Sekali cik abang cakap, "Comel je Si Demam pakai modes atas dahi!" Memang ayat dia sengal tahap teratas lah, kan? Tapi, sebab tak sihat. Malas nak fikir apa nak jawab. Diam ajelah.. 

Cik abang sekali EL sebab nak jaga bini dia yang mengada. Asyik merengek. Dia cakap, "Sayang ni kalau merengek, bunyi macam anak ayam!" Ok, tadi cakap tepek modes kat dahi. Ni cakap aku macam anak ayam. Ok, takpe.. takpe..

Icah balik kerja dia belikan 100Plus botol besar. Dari pagi tido membawak ke petang. Bangun untuk masak. Icah puasa. Terhoyong-hayang. Cik abang offer nak masak, tapi takpelah... Kesian dia. Dia bukan lelaki seksi yang pandai masak. Kang jadi yang bukan-bukan je kang.

Malam, demam lagi. Tapi kurang sket. 

Pagi! Eh... Lega!Adalah kepala rasa denyut denyut sket. Tapi, malas layan!

Alhamdulillah.... Tengoklah siapa yang jaga, kan? Walaupun dia jaga sambil menyakat aku itu ini..

Wednesday, March 27, 2013

Baiki Econ

Ada satu hari tu, econ rosak. Angin je keluar. Sejuk nya idok! Telinga dah kuar asap ni. Maklumlah... Panas, kan? hahaha


Cik abang col orang yang jual econ tu. Hari Khamis baru nak datang. Cit poraaaaa! Masa nak beli, cepat je ko datang. Masa nak baiki, macam-macam alasan! Panas ni... Panas... Luar dalam dah panas ni. Tidur malam, air peluh sama banyak dengan air liur basi ni.. (Ops... too much explaination! haha)


Musim panas berdengkung sekarang ni. Sampai saya jadi demam. Batuk, selsema, hidung berdarah.. Dapat MC 1 hari. Doktor tanya, "Nak 2 hari?" Boleh plak aku geleng kepala! Hahahha.. Rugi!! (tarik rambut)






Cik abang pulak takleh panas. Kulit dia kan sensitif ala-ala kulit bayi. Maka, kalau panas sikit akan tumbuh ruam. Ceh, duk site office macamlah sejuk! Nade nade dia tu... hahaha Dia col kawan dia yang dia rasa pandai baiki econ..


Fuh kanan.. fuh kiri... 


Malam tadi, sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!




Wednesday, January 9, 2013

Rendah Sejak 2011

Isnin Selasa Rabu...Tak pi kerja. Kelas semua terpaksa tangguh. Pening kepala. Nak tak  nak pi klinik jugaklah sebab tak tahan beno rasanya. 

Doktor. check tekanan darah.

70/50. 

"Apa ni? Rendah sangat?" Doktor tanya. 

"Mana saya tau" saya jawab. 

"Rendah sangat ke, Doktor?" cik abang tanya.

"Rendah sejak tahun 2011. Kalau macam ni, bila-bila masa boleh pitam!" jawab Doktor.

Kelakar pulak bila dengar ayat 'sejak tahu 2011' tu. Kronik sangat ke?

Doktor suh baring kejap. 5 minit pastu, dia datang check balik.

103/70 ~ Naik sikit. 

"Ini kalau pi klinik kerajaan, awak dah kena tahan wad ni. Kena minum banyak air ni. Saya bagi ubat tambah darah, kendur urat tengkuk dan darah rendah. Makan ikut jadual. Banyakkan rehat."
Dapat MC 3 hari.Wallaweh!! Saya suka MC! Bila sakit, dapatlah manja lebiiiiiiiihhhhh sikit. kehkeh

Nak rehat banyak macamana lagilah tak tahu. Hidup saya bukan kena kerja berat pun. Kerja rumah, bleh kata cik abang yang tolong selesaikan.

Saya tanya cik abang, "Abang, macamana nak naik darah?" 

Kena gelak sahaja....

Korang ada petua nak menangani masalah tekanan darah rendah?

Sunday, November 4, 2012

Vitamin Shaklee yang Best

Saya kan selalu kata, saya ini wanita Jelly.. Entah, asyik malas je. Lemah longlai. Padahal bukan apa sangat pun kerja saya buat. Cuci baju, mesin buat... Jemur baju, cik abang buat... Masak pun, bukan saya je masak, cik abang selalu tolong siapkan bahan. Saya tinggal campak-campak je.. Basuh pinggan mangkuk kuali periuk semua, dia yang buat. Saya takde buat kerja banyak. Agaknya, itulah sebab badan jadi lemau tu kan.. hahaha

Balik kerja melepek. Melepek... Tah apa yang buat saya letih bebenoo saya pun tak pasti. Saya pun fikirlah.. Mungkin saya perlukan supplement. Cik abang kata, saya ni kurang vitamin. Yang banyak vitamin M je.. kahkahkah.. Tak beragak kan dia punya komen. Tapi, betullah tu..

Saya pun fikir dan fikir. Nak try vitamin Shaklee. Dah lama saya tau fasal Shaklee ni. Sejak zaman belajar lagi. Tapi, masa belajar manalah ada duit nak bersuppliment bagai. Makan pun tak tentu hala. 

Emak kata, jenama itu mahal sikit tapi mujarab. Takde kesan sampingan. Saya ni kalau emak kata bagus, saya teruslah terpedaya. hahahaha.. Kata-kata emak saya kalau 10 tu, 9.5 saya akan percaya tanpa periksa. Sebab saya yakin, emak saya takkan menipu saya. kan kan kan... Lagi 0.5 tu tolak sebab emak selalu gelak-gelak kalau saya tanya benda yang tah apa-apa.

Saya fikir lagi, apalah sangat duit takde dibandingkan dengan keadaan badan yag lesu dan sengal. Badan dah guna lama, dan akan digunakan lebih lama lagi. Mesin pun kena hantar servis kan. Saya ni dah tua (sangat). Perlukan vitamin tambahan sebab vitamin dan nutrisi kita dapat dari makanan mungkin tak mencukupi untuk pertumbuhan badan kita.

Saya pun carilah agen yang jual vitamin Shaklee. Eh, tetiba ternampak Ayu Blog adalah Independent Distributor, kan.. Teruslah tak fikir panjang. Sebabnya, saya pun dah kenal baik dengan Ayu. Senanglah urusan nya kan. Saya pm Ayu kat FB. Kemudian, gigihlah si Ayu meneliti mana-mana vitamin yang sesuai untuk keperluan saya. Siap tanya bos bagai... hahaha

Buat masa ni, saya ambil Vitalea, Vitamin B, Vitamin C dan GLA Complex. Tak mahal pun. Ayu suggest amik Trial Pack. Harga lebih murah dan takdelah jemu sangat nak ngadap botol vitamin besar-besar untuk 3-4 bulan kan.. hahahhah..  Emak lah cakap. Baguslah kalau beli bulan2 sebab kalau banyak2 sekaligus, kita akan jadi jemu dan malas nak layan sebab tak habis-habis mendalah nya. hahahha Betul lah, kan? 

Sekarang, dah lebih kurang 3 minggu saya consume 4 jenis vitamin tu .. Saya rasa ruam di dahi macam dah tak de. Macam magik...  Baru beberapa hari makan je masa tu. Rasa macam halus je dahi mak ni, nak...  Masa tengah cuci muka pun kita gosok-gosok muka, eh... mak rasa kulit mak makin halus, nak... Tapi, malas lah nak tanya kat cik abang dia nampak pape beza tak kat kulit saya. Kang terus jatuh semangat yang ada. Terus demotivated terus kang.. ahhahaha.. maklumlah . komen2 beliau bukan reti nak amik hati aku ni.

Sebenarnya jugak, saya tak tahu vitamin yang mana satu buat kulit saya nampak semakin membaik. Saya makan je semua lepas makan. Ikut mana sempatlah. Kalau sempat tengahari, makan tengahari. Kalau tidak, lepas makan malam. Tak yah tepek bedak ke apa. Sebab makan vitamin. So, kulit kita membaik dari dalam kan. Cumanya, kalau makan vitamin ni.. kena sabar sikitlah. Kesan dia tak macam ubat hospital. Kesan serta merta sebab banyak dadah. kan.. Ini semulajadi dan lembut sahaja tindakbalasnya. Maka, kena sabar dan konsisten.

Lagi satu, penghadaman pun makin ok. Tetiap hari mesti membuang. Kalau dulu, nak membuang sakit hati. Tai, sekarang senang hati. tak perlu 'berusaha keras' sangat. hahaha. Malas nak hurai banyak-banyak. Pepaham je lah..

Itu jelah perubahan setakat ni. Jerawat pipi kanan yang teruk sikit dari pipi kiri tu dah semakin ok. Pipi kiri dah halus.. Takde jerawat baru. Sebenarnya, saya nak tambah tenaga je. Tenaga macam biasa, tak menepek dah lepas balik kerja. Boleh terus masuk dapur. Itupun, kalau vitamin M takde.. hahahha.. 

Tapi, tetiba kulit pulak jadi makin elok. Ruam pelik-pelik takde dah. Perasan pagi tadi, masa nak pi kerja tertelek muka sikit. Eh, memang lain lah kulit I sekarang (jom.. jom.. muntah beramai-ramai).. 

Kalau korang nak try, silalah contact Ayu..


Monday, March 19, 2012

Maaf

Hati terusik apabila terbaca sesuatu.

Oh..
Maafkanku, sayang!
Andai ia buat kau terasa.


Sememangnya aku tak sengaja.
Aku tahu ia melukakan hatimu. Tapi, percayalah.
Kalau boleh, aku ingin berikan segala yang kau mahukan.
Semua yang kau angankan.
Biar hidupmu sedikitpun tidak terasa kurang.


Namun apakan daya, itu di luar kemampuanku.
Sungguh! Aku tak mampu...


Maaf...........

Tuesday, February 21, 2012

Kalsium

Saya lenguh kaki.... Huhuhu... Tolong! Tulang dah semakin mereput. Bila saya ngadu kat cik abang, dia bantai gelak, "Macam-macam bini aku ni. Tulang patah lah. Reput lah..."


Berat badan makin bertambah kot. Ini masalah negaraku sekarang. Makan banyak pun naik, makan sikit pun naik. Kena pi jogging hujung minggu ni. Asyik je nak jogging tetiba je ter jogging depan tv lah, ats katil lah. Masalah malas tu lebih BESAR dari tuannya.



Lagipun, saya memang kurang kalsium kot. Sejak kecil tak minum susu sebab emak saya sakit masa saya kecik-kecik tu. Saya duduk dengan arwah atuk nenek. Hisap tet*k atuk. Mestilah mengamuk kan sebab takde susu di situ. Adoi. (*__*) Emak kata, bila atuk nenek kasi susu formula, saya tak mau minum. Kesudahnya, minum susu soya sampailah ke besar. Itulah...... Susu memang tak minum sampai sekarang. 


Dulu, tah tahun bila tak ingat..... Cik abang belikan susu Anlene. Perisa coklat sebab saya kan anti susu tepung warna putih tu. Rasa macam yek yek.. Kononnya, kalau beli susu perisa coklat saya akan minumlah. Memang lah minum. Tapi, ada lah sekali ke dua kali tah. Lepas tu terkandas lah susu tu kat lemari dapur sehinggalah sampai tarikh luput.


Pak mertua saya pun sakit lutut. Tapi, normal lah kan sebab pak mertua dah umur 65 tahun. Saya ni muda lagi pun dah sakit lutut. Alahai hai hai hai... Dia cakap, dia minum Anlene, kurang sikit sakit lutut dia.. Kenapa susu lagi? Kenapa?


Adoi! 
Korang ada tak cara nak dapat kalsium selain minum susu?

Sunday, February 19, 2012

Cyst 12cm

Hari Jumaat baru ni saya pergi melawat ex-roomate saya (kat office) yang menjalani pembedahan kecemasan akibat cyst. Sangat mengejutkan.Pagi Selasa, saya baca FB. Then, semua orang dah heboh. Saya pun call roomate baru dia. Barulah dapat tahu cerita sebenar.


Dia sendiri tak sangka dia ada sakit tu. Selama ni, memang dia selalu sakit perut. Doktor kata gastrik. Dia memang sangat selalu kena gastrik. Nak jadikan cerita, malam Isnin tu dia sakit perut beno. Roomate dia (dia duk asrama) bawa pi hospital berhampiran. Kena tahan 4 jam kat wad. Sakit still tak kurang. Macam ubat yang dimasuk dalam badan tu, bukan ubat untuk sakit dia tu. 


So, bawalah ke Hospital Kuala Terengganu. Doktor diagnos dia ada cyst sebesar 12cm. Ya Allah! Terkejut.. Sangat besar dan hampir pecah. Jadi, doktor decide kena buat emergency operation. Ye lah. mesti dah teruk sebab tulah doktor suh buang segera. Kalau tidak, biasanya kat hospital kerajaan kena tunggu giliran kan kalau tak kronik.




Masa saya pi lawat dia tu, dia dah semakin sembuh. Cuma, biasalah. Pembedahan macam orang bersalin tu. Makan masa nak sembuh. Doktor kasi cuti 2 bulan. Segala aktiviti lasak macam bersukan takleh dah seumur hidup. Habislah dia. Dahlah dia suka main badminton. Emak dia kata, mujur sangat tak melibatkan peranakan. "Alhamdulillah. Allah nak tolong lagi," kata emak dia. 


Apa-apapun, sekarang ni macam-macam jenis penyakit ada kan. Yang tak disangka-sangka. So, kita kalau ada rasa tak kena pada badan kita atau mengalami apa-apa sakit yang berterusan bawa-bawalah jumpa doktor pakar. Mencegah lebih baik dari mengubati, kan? 


Dia cakap, "Belum kahwin lagi, tapi dah rasa sakit macam bersalin bedah." Haaa.. kesian kan?
Tapi, kalau betul-betul bersalin bedah (kesian jugaklah). Tak kesian sangat sebab itu sakit kan buatan sendiri... hehehehe... peace!


[Ada jugak gambar cyst yang saya google, tapi macam ngeri je nak letak kat sini. 
Korang google aaaa sendiri ek kalau tak tahu dan nak tahu ape bendanya cyst tu]

Wednesday, September 21, 2011

Batuk dan Madu

Ingat tak cerita saya batuk lama tak baik-baik tu?


Memang azab sangat aaaa kalau batuk ni.
Nak nak pulak masa nak mengajar, tekak buat hal.
Terbatuk-batuk.
Sangat menganggu kerja dan aktiviti harian.
Banyak nak cakap, tapi kena tapis sebab batuk kan.


Dah makan ubat klinik high dos pun tak jalan.
Sampai nak terbabas-babas masa drive sebab mengantuk.
Cik abang risau dah macam mana tak baik-baik ni?


Tak tahan sangat dah.
Macam nak nangis je setiap kali batuk.
Perit ...


Maka, cik abang carikan madu lebah.
Orang kata, madu lebah bagus untuk penyakit batuk2 ni kan.
Madu lebah ye.. Bukan 'madu' lain.
Kalau 'madu' yang lain tu, memang bukan batuk dah.
Dia yang kena ketuk nanti, kan? hahahha


Cik abang beli sebotol (besar botol sos cili tu).
Harga dia RM30 kot kalau tak silap.
Ini yang betul-betul asli ni.
Ada akak kat opis cik abang tu laki dia naik pokok cari madu lebah.
Kalau nak tahu apa tanda madu tu asli atau ada campuran gula,
korang tanya pakcik google laaa ye.



Mula makan masa bulan puasa hari tu sebab memang tak tahan batuk.
Dalam kuliah, masa batuk kena tahan laaa sangat
sebab bulan puasa tak boleh makan gula-gula berangin dan minum air kan..
So, masa sahur makan madu sesudu.
Lepas, berbuka atau nak tidur makan sesudu lagi.


Kadang-kadang makan lebih, sebab madu asli tu sedap.
Memang rasa lain dengan madu yang kita beli kat kedai biasa.


Sekarang, alhamdulillah.
Batuk memang berkurangan.
Saya tak perasan tau yang batuk saya dah kurang.


Cik abang yang tegur,
"Yang, dah kurang kan batuk sayang? Dulu, teruk sangat!"



Saya pun fikir,
"A'ah laaa memang dah kurang.."



Cik abang order lagi kat akak tu.


Sekarang, masih terus amalkan makan madu tu.
Alhamdulillah.... lega sikit rasanya!


Korang kalau kena batuk lama macam tu, cubalaaa makan madu asli.
Dengan izin Allah, kan... Kita ikhtiar aje.

Monday, September 12, 2011

Al-Sakitun Perutun

Apa nak cerita hari ni?


Cerita banyak, tapi kerja pun banyak.


Maka, tidaklah begitu sempat nak membebel kat blog.
Lagipun, kabel phone tertinggal kat mana tah.
So, nak cerita tak de gambar kan tak best.


Hari ni sakit perut laaaa, korang!
Ini memang sakit sebab kembung perut ni.
Bukan senggugut ke apa..
Angin membuak-buak keluar dari atas dan bawah.
Nasib baik office tak de orang hari ni.
Hahaha.. Tak senonoh.. Apesal ek?
Apa yang saya makan ek?
(Sambil bayangkan dalam otak)



Jumpa bos fasal nak settle kan urusan majlis konvo,
bos pulak tanya, "Sakit perut ke?"



[Nota: Perfume saya adalah minyak cap kapak hari ini.]


Thursday, May 19, 2011

Ubat batuk

Penyakit batuk ni dah lama.
Ada lah dua bulan kot.
Ke lebih dua bulan haaa?
Tah lah..
Tapi, yang pastinya memang dah lama laaaaa.


Bukan jenis batuk yang lelah ke apa tau.
Jenis yang tetiba gatal tekak, lepas tu batuk macam nak terkeluar biji mata.
hahahaha
Macam over, kan?
Tapi, betul... Kalau batuk, memang kuar ayo mato laaaaa..


Rasanya bulan lepas, cik abang belikan ubat batuk Hurix dari farmasi.
Minum dua tiga hari je dah habis sebotol.
Mahal lak tu. Sebotol dekat dua puluh hengget.
Dua tiga hari masa ambil ubat tu, kira oklaaaaaa..
Tak de batuk sangat.
Bila dah lama-lama, eh............ makin galak pulak batuknya!
Tensen ahkak!


Hari Isnin baru ni, memang tak tahan benoooo dah.
MC.. sebab batuk teruk sampai bla bla bla..
Doktor kasi ubat batuk kuat gile dengan MC dua hari.
Bila minum, uiiiiiiiiiiiiiii melayang-layang gue stone.
Hahahahah.


Doktor kata ubat Hurix tu ubat batuk 'kaunter'.
Jadi, tak tahan lama.
Kesannya tak kebal.


Makan malam tadi, bangun pagi pun rasa melayang tak abis lagi.
Tapi, gagahkan jugak bangun sebab saya belum hantar markah ujian student.
Tak maulah kerja orang lain tertangguh sebab kita, kan?
Bawa kereta pun slow-slow je tadi.
Melayang-layang rasanya!


Saya rasa, ubat batuk ni memang jenis penagih minum tu laaa..
Sebab lain macam dia punya khayal.
Bila saya pandang ke kanan, bila nak ubah pandang ke kiri rasa melayang.
Bila pandang kiri, lepas tu nak pandang kanan balik... uiii.. melayang lagi.
Saya dah kebil2 mata tadi.
Sambil doa-doa, cepatlah sampai office!


Itu minum ubat malam tadi tu.
Hari ni belum minum lagi sebab nak pi kerja kan.

Thursday, February 10, 2011

Emak.. Tolong! Saya sakit tekak!

Mengada, kan?
Nak mengadu kat emak pulak, kan?


Tuesday, February 8, 2011

Sihat Sebelum Sakit

Korang....
Huhuhu..

Saya nak ngadu domba ni..


Ops.. bagi salam dulu!

Assalamualaikum..


Korang, saya baru balik dari klinik ni.
Apa kes? Alaaaa.... kes batuk selsema tu lah...


Sejak sakit telinga hari tu,
batuk selsema memang tak leh blah aaaa...
Tak baik-baik..
Sampai dah berjangkit-jangkit kat cik abang.
Lepas cik abang baik, saya je yang tak baik-baik.
Lepas tu bergilir-gilir....


Dah malu pi klinik yang selalu pergi tu.
Haha.. Tebal dah muka ni.
Laki bini duk terpacul muka kat klinik.
Nanti orang kata kaki MC pulak.
ahaha.. Saya bulan 2 ni belum MC lagi tau.
Tadi, pi klinik pun tak minta MC tau.
Dan doktor tu pun tak offer nak kasi MC.


Kos perubatan sekarang ni macam makin meningkat lah.
Selalu kalau pi klinik untuk sakit-sakit ringan, paling mahal pun belas-belas ringgit je.
Itu paling mahal aaa tu (rate sini~ kalau KL mahu sekali pi klinik dekat RM50++ kot)
Sekarang, dah jadi dua tiga puluh.
Hmm... Kita pun pahamlah kan.
Sejak PM sarankan kita ubah cara hidup ni kan, memang semua kos hidup meningkat.


Tapi, dukacita sangat sebab terpaksa batal lecture 4 jam hari ni.
4 jam ok! 4 jam!
Masaklah saya nak menggantikannya nanti.
Takleh buat apa dah. Sebab suara memang hilang.
Jadi macam ala-ala nak bunyi tak mau bunyi tu.
Macam mana nak lecture kan?


Satu perkara lagi: [lari dari topik sket]
Just nak catatkan di sini..
Salah satu hutang lapuk kami, sudah settle hari ini.


Oklah..
Saya sambung buat kerja dulu...
Alhamdulillah......

Tuesday, February 1, 2011

Apa sudah jadi?

Jadi apa?


Lama tak update blog.
Sebab badan tak sihat.
Di samping tak ada cerita terbaru yang menarik untuk dikongsikan
kecuali cerita pasal petrol Ron97 naik seposen lagi. (tak menarik langsung)


Selsema, batuk, selsema, batuk..
Sampai sakit rahang ni haaa..


Tapi, semalam dah pi klinik.
Doktor kasi ubat batuk yang power tu.
Minum tengahari satu dos.. Mengantuk sampai ke petang.
Minum petang satu dos.. Mengantuk sampai ke malam.
Minum malam satu dos.. Mengantuk sampai ke pagi ini.
Tapi, pagi ini ok sikit batuknya.
Selsema pun boleh dikatakan kurang.
Alhamdulillah........
(Selepas habis sekotak tisu) hahaha


Pagi ni belum minum ubat batuk lagi.
Kut kang hayal, jadi macam mamat mabuk ganja kang.


Ada kelas tengahari nanti.
Pagi ni, ada seminar apa tah.
Rasanya memang takleh attend lah sebab kesihatan memburuk sekarang ni.
Tapi, gagahkan jua ke office sebab nanti lepas cuti raya cina ni
nak kena hantar set-set soalan untuk midterm exam.
Satu hape pun saya tak buat lagi..
Itulah, rebut lima perkara sebelum lima perkara.
Salah satunya adalah sihat sebelum datangnya sakit.
Bila dah sakit, banyak perkara tergendala....


Oklah, korang!
Saya undur diri dulu.
Assalamualaikum...

Thursday, January 20, 2011

Telinga oh Telinga

Masa bangun tidur, terasa macam ada benda meletup dalam telinga.
Lepas tu, terasa macam telinga berdengung.
Alaaaaaa.. yang macam masuk air dalam telinga tu..
Sakit usah cakap lah kan..
Memang macam nak meletup je telinga (over).
Tak lama lepas tu, ada cecair macam air bisa keluar dari telinga.
Adui laaaa...



Lepas tu call emak.
Mak kata baik pi klinik, sebab nanti selsema teruk.
Memang lah sejak dua menjak ni hidung tersumbat
sehingga memerlukan vicks di dada dan di hidung.
Batuk pun boleh tahan juga.
Hari-hari pakai stokin kat office.



Sampai klinik, mak aiiiiii..
Ramai betul orang demam.
Budak-budak pun ramai yang demam.
Mak pak tuk budak-budak pun demam juga.
Mungkin perubahan cuaca kot.
Dari musim sejuk (ala-ala obersea) nak ke musim panas.
Hahah.. dah macam pakar kajicuaca pulak ahkak ni..



Orang ramai, kena tunggu lama lah sikit.
Masuk bilik doktor, dia cucuk alat apa tah kat telinga saya.
"Oh, ada buting dale lingo!"
Apakejadahnya doktor ni cakap. Tak pahe kawe..
Hahah



Cik abang (selaku jurubahasa) telah menerangkan kepada saya.
Ada semacam bisul dalam telinga. Tapi, dah pecah. (Patutlah keluar air bisa tu)
Doktor kasi ubat-ubatan seperti berikut beserta sekeping surat cuti sakit.
Ada lagi, ubat gatal kaki cik abang (tumpang ubat)..
Semuanya RM20.




Kadang-kadang terfikir, kenapalah sakit datang masa banyak kerja?
Kenapa masa senggang, tak de pulak sakit.
Mungkin kesibukan dan tekanan kerja membuat sakit itu datang.



Allah Maha Mengetahui.



Semoga diampunkan dosa-dosa kecil saya!


Orang lain cuti Thaipusam, saya cuti selsema teruk..

Malam tadi dah sakit telinga ...
Telinga macam ada benda masuk.
Kepala pening dan tekak perit.


Call emak, emak kata itu tandanya akan kena selsema.
Emak suruh pergi klinik.


Ok lah... saya nak pi klinik!
Harap-harap episod ketidaksihatan badan ini
akan berakhir tidak lama lagi!



Monday, January 10, 2011

Dua hari demam

Hari ni saya demam lagi.
Dua hari dah terpaksa meng MC kan diri.
Petang Sabtu lagi dah rasa macam nak demam.
Lepas mandi tu, terus menggigil-gigil cari sweater.
Tapi, dah dibasuh oleh cik abang.
Sabar je...
Ambil toto, bungkuskan diri dalam toto lah..
Masalah saya ialah lelemak badan tidak membantu memanaskan.
Boleh?



Kerja sebenarnya banyak sangat kat office tu.
Nak prepare itu ini sebab kelas kan sepatutnya dah start minggu ni.
Bos bagi saya satu subject baru yang sudah pasti
memerlukan saya mentelaah sebelum masuk kelas.
Kalau subjek yang dah 6 sem duk ajar tu, tak de laaa masalah sangat.



Officemate kata hari ni dan semalam memang ramai orang MC sebab demam.
Musim sejuk macam ni, saya memang tak tahan.
Tahun lepas punya musim tengkujuh pun saya demam dua hari.
Badan jadi sejuk panas sejuk panas.
Kejap sejuk kejap panas.
Tekak sakit dan perit.
Batuk-batuk macam ada sesuatu yang mencakar di dalam dada.
Bila malam-malam tidur tak lena, siap mengigau segala bagai.
Alahai...
Ewah..... melampau betul perumpamaannya.



Tapi, hari ni rasa dah ok dah.
Syukur sangat.
Harap-harap esok semakin pulih dan boleh masuk office.
Tengah tidur pun asyik memikirkan kerja, sampai terbawa dalam mimpi.
Biasalah ahkak ko ni, memang macam tu.
Hahaha



Cuaca semakin baik walaupun masih ada hujan yang turun sekejap-sekejap.
Rasa macam nak pi office kejap.
Tapi, nanti cik abang tahu.. memang dia marah.
Dia suruh rehat.
Dia dah siap-siap belikan nasi dan ubat letak atas meja laptop saya.
Sangat sayang dia kepada saya kan?
**jangan muntah**


Saya membayangkan ada sekumtum mawar merah di situ.
**pengsan**


Saya buat-buat tanya kat cik abang,
"Abang, apa warna bunga yang pertama abang kasi kat owang?"


Dia pun jawab,
"Mana abang pernah bagi bunga!!"


=)

Thursday, January 6, 2011

Bekam Angin

Masa kat rumah mak, nampak mak buat bekam kat belakang ayah.


Lepas tu, tanya mak!
Kenapa tak de cucuk-cucuk jarum ke.. keluar darah ke..
Mak kata ini bekam angin.
Ada orang yang tak boleh buat bekam darah
macam orang yang ada tekanan darah rendah.
Ayah lah tu..


Nampak macam menarik.
Terus pinjam mak punya alatan bekam tu,
nak buat kat cik abang.


Cik abang pun tak berani lagi nak buat bekam darah.
Kalau dia berani, mak memang boleh buatkan..
Saya pun, kalau setakat bekam angin tu, boleh lah saya buat.
Kalau bab nak cucuk kuar darah ni, mak aiiiii..
Seriau!!!!


Cara bekam angin ni sama je macam bekam darah.
Cuma, bezanya..
Tak payah cucuk kuar darah lah..
Bekam ni untuk kuarkan angin je.
Heheheh


Apaitu bekam?
Bila google keluarlah ini..

Kebaikan dan Kegunaan Bekam

1. Membuang angin dalam badan
2. Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan
3. Melancarkan peredaran darah
4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat
5. Membuang racun / tosik dalam badan.

Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan manusia.
Bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW.

Bekam datang dari wahyu melalui junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
maka tidak syak lagi bahawa banyak hikmah yang terkandung di dalam pengamalan ini.



Cantik pulak corak polka dot belakang cik abang.
hehehe
Tapi, abang kata.. lepas bekam tu memang rasa kurang sakit belakang.



Mak tanya,
"Apesal teruk sangat belakang laki ko tu, Long?
Lama ke ko biarkan corong tu kat belakang badan dia?"


Cik abang jawab,
"Lama.. Dia bekamkan, lepas tu dia siap pergi mandi lagi, mak!"
~ngadu kat mak mertua aaaa tu! huh....


Mak buat muka terkejut, "Kepala ot** ko!"


hahahah
Free je kena..
Nasib baik, bekam angin.
Kalau bekam darah, boleh kering darah laki ahkak kot!

=p

Monday, November 22, 2010

Koyok Kaki


Tetiap malam duk tepek kat tapak kaki.
Bila bangun tidur, memang rasa segar.
Tak tahu laaa ini faktor psikologi ke apa.
Tapi, memang rasa kaki tak sakit.

Orang badan 'comel' [tetapi suami sayang] memang selalu sakit kaki kan?
Pakai koyok kaki ni buleh buang toksin dalam badan.
Kaki kurang lenguh la.
Kalau berdiri dua jam direct kat kelas pun kira ok lagi.
Tak sakit kaki...

Selain kat, kaki boleh tepek kat peha, kat bahu..
Lega..


Lagi, (masih tak pasti, sama ada faktor psikologi atau apa)
saya membuang air besar memang kerap.
Ada yang kata, bahan buangan jadi hitam.
Tapi, tidaklah pulak kuasek ahkak nak intai weh.
Mau bebal otak!
hahah


Tak salahkan kalau mencuba?


Nak cuba?
Tak mahal mana kalau beli sekali banyak.


Ini link dia..
Sharing is caring, kan?

....Daging Kambing Terakhir dalam Hidup Saya...

Esok pelajar Tingkatan 5 akan menduduki SPM.

Saya ada sepupu yang akan berjuang esok. Semoga dia berjaya menjawab dengan tenang dan diberi kelapangan fikiran.

Bercakap pasal sepupu saya ni, teringat hari tu dia ada cakap,
"Long, (nama glamour saya di kalangan sepupu) aku tak leh makan kambing. Nanti aku muntah!"

Saya dengan berlagaknya,
"Eleh, aku boleh je. Makan kambing ok je. Tak muntah pun!"

Tengahari semalam, saya balik rumah. Cik abang cuti semalam. So, saya balik tengahari untuk menyantap lah kan. Cik abang masak nasi dan panaskan lauk yang ada lagi dalam peti ais tu. Lauk kambing masak kicap yang sedap. Tapi, saya makan kuah dia sikit-sikit je. Sebab kepala macam dah pening-pening. Masa tu fikir, "kolestrol dah banyak benar kot dalam badan aku ni... Aku kena berhenti makan daging sekarang". Selebihnya, saya makan ayam goreng je.

pict from google

Tapi, lepas makan .. Kepala jadi pening semacam. Pening memang macam tah apa-apa. Memang pening la.. Tak main-main punya pening. Terus tak jadi masuk office petang semalam. Terlantar lah atas katil. Memang tak boleh blah. Tengah-tengah pening tu, boleh lagi ingat nak tengok tudung petang tu kat kawan. ahhaha (tak senonoh)

Pening pening dan terus pening. Tak boleh tahan. Lepas tu, teringat petua Kak Ina kat FB. Minum air limau suam. Cik abang pun buatkan air limau suam tu. Lepas minum tu, tak de rasa semakin baik pun. [Mesti Kak Ina ni tipu ni~dalam hati. HAHAHAHA] Saya expect nak minum terus baik, hilang pening bla bla bla.. hahah Mana nak cari kan?

Beberapa minit je lepas minum air limau suam tu, terasa macam nak pitam. Ish, ini bukan mengada-ngada tau. Ini betul punya rasa nak pitam. Lepas tu, rasa nak muntah tahap gaban. Lari-lari nak pi kat toilet. Tak sempat. Bersepai depan pintu bilik, dekat ruang tamu, dekat dapur... Kesian sungguh cik abang kena cuci semua. Maaf lah, bang! Tak sengaja.. Ampun maaf dipinta...

Pak mertua kata, ada orang darah dia tak serasi dengan daging kambing. Ye ke gitu? Kenapa selama ni, saya makan kambing rilek rilek je. Kenapa baru sekarang nak pening segala bagai. Saya ada darah baru kot. Darah baru ni, tak sesuai dengan daging kambing. Hahaha.. Saya rasa, mungkin sebelum ni saya makan sikit je. Setakat seketul dua makan dengan roti tempayan je. Kali ni, boleh kata banyak juga lah makan. Kambing fresh pulak tu kan? Memang berpinar lah kepala semua.

Cuba korang baca kat link ini.... Mana ada makan kambing boleh buat tekanan darah naik. Atau mungkin saya muntah disebabkan perkara no. 7 dalam artikel tersebut. Atau

pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan.

Orang kata, makan apa-apa pun kena bersederhana kan?
Tapi, mulai hari ini, saya tak mau makan kambing....
Saya dah join Persatuan Tidak Makan Kambing Sekeluarga.
Hilang satu jenis nikmat makanan..
Huk huk huk.