Pembaca Blog Ini...

Wednesday, November 18, 2009

Ada apa pada nama?

Hari Isnin ini ada dinner anjuran ********,

Saya sangat malas nak pergi.

"Ain, nak pergi dinner tak nanti?"

"Tak kot, Kak ***"

"Kenapa ye?"

"Ada hal keluarga," ~alasan

"Oh.. tak pe lah.."

"Terima kasih ye!"

Heheheh..
--------------------------------------
Sebelum ni saya tanya dah kat cik abang,
"Abang nak pi tak?"

"Taklah.. Abang tak suka laaaa pergi majlis-majlis bertema-tema macam tu,"

"Eh.. sama lah kita kan kan kan?"

"Abang dari bujang dulu pun tak berapa suka pergi majlis yang ada VVIP, orang kenamaan ni semua. Kahwin dengan sayang, sayang pun tak suka. Bagus laaa sangat tu,"

Hmm.. majlis-majlis yang kalau VVIP, orang kenamaan duduk tempat khas, makanan dan minuman pun lain dari hadirin yang lain. Orang lain yang bekerja keras VVIP ni dapat nama je. Kalau majlis anak-anak yatim ni, mereka VVIP ni makan di meja khas. Tak bercampur dengan anak-anak yatim. Sepatutnya, adalah wajar kalau VVIP ni duduk makan semeja dengan anak-anak yatim kerana mereka ini yang diraikan. Simpati dan kasih sayang itu kadang-kadang hanya dizahirkan di hadapan lensa kamera. Untuk menjaga reputasi. Menjaga nama. Padahal, kat belakang lensa kamera semua nya tidak sama. Tunjuk kuasa, salah guna kuasa, rasuah, korupsi dan macam-macam lagi. Bukankah semua itu, menganiaya namanya?

Nak pergi majlis setakat 2-3 jam, tempah baju kat designer terkenal. Beribu-ribu RM terbang begitu sahaja. Padahal nak pergi majlis amal. Apa lah salahnya, kalau ribuan RM itu dipanjangkan kepada anak-anak yatim, orang miskin... Sudah tentu semuanya lebih bermakna!

Kalau difikir dan direnung sebaiknya..
Kalau lah semua orang adil dan saksama serta 'berjiwa rakyat',
saya yakin takkan ada golongan miskin tegar di Malaysia
yang sudah berpuluh tahun merdeka ini.

Mentang-mentang ada kuasa, ada nama, ada pangkat semua nya istimewa.
Tanpa orang-orang biasa macam kita ni, tak mungkin mereka bergelar kan?

Datang merasmi..
Bangga menjadi orang berkuasa.
Kalau tak kawal, nampak lubang hidung kembang kempis.
Padahal langsung tak de apa-apa pengetahuan pasal perkara itu.
Setakat potong-potong reben, arwah nenek saya pun boleh.. (Al-Fatihah!)

Apa ada pada nama, pangkat, harta dan darjat semua tu kan?
Kita manusia ini sama sahaja.
Malaikat Maut akan datang juga menjemput kita ke rumah di bawah tanah yang
gelap, panas, dan tiada apa-apa.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

~Sekadar meluahkan pendapat peribadi.

4 comments:

zh-ena said...

mmg betul tu..hanya tunjuk depan camera ajer..belakang nak salam pun tak hingin kan

Anonymous said...

sesekali pg dinner opis besh gak..tp x de la VVIP la..staff aja gitu..

~ain said...

ena.. kadang2 nyampah je tengok kaki hipokrit mcm tu..

has.. ye.. sesekali seronok juga..

Zura Tahir said...

cm tue erk..berjiwa rakyat mende nye klau cmtue...mati pun tanam dlm tanah jgak...