Pembaca Blog Ini...

Sunday, November 1, 2009

Dari Kuantan ke Kemaman.

Hari Jumaat baru ni, kami ke Kuantan.

Cik abang ada discussion dengan bos dia tentang projek yang dia kena jaga.

Alhamdulillah.
Projek selepas ini bukan di Penang.
Ada projek area Besut, Kuala Berang dan Jabi sahaja.
Mulai bulan 12, cik abang akan jaga beberapa projek secara serentak.
Syukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi kepada cik abang.

Lepas baik dari Kuantan, singgah Kemaman.
Cik abang ajak pergi tengok projek pasar yang dia jaga tahun lepas.
Lama juga pasar ni nak siap.
Kalau tak silap saya, hampir 3 tahun.
Ini pun masih belum siap lagi.
Ada pasar dan bazar.
Pasar nya dah siap.
Dah ada orang jual-jual dah pun.
Cuma bazar masih belum siap.
Tapi, cik abang kata sikit-sikit je lagi..
Ini lah pasar dan bazar yang memisahkan saya dengan cik abang
selama 7 bulan pertama perkahwinan kami..

3 comments:

Zura said...

alhamdulillah...

~ain said...

zura.. kalau idak kena pindah penang laaa...

zh-ena said...

ena tgk bumbung pasar tu dh mcm bumbung KLIA plak :D