Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label suamiku sayang. Show all posts
Showing posts with label suamiku sayang. Show all posts

Friday, December 2, 2016

Bertimbangrasa yang manis

Malas betul nak update blog sebab nak kena lap lap habuk dulu sebelum tulis apa-apa. Blog skrg tak mcm dulu. Rancak. Sekarang kawan2 yang rajin communicate di blog dah beralih ke fb, ig, twitter... Still like like cerita..

Dah nak habis tahun 2016. Dah dua tahun tak pegi kerja. Bersara awal. heheh.. Orang sekeliling dah boleh terima keputusan ini.

Walaupun ada yang komen.. "rugi lah kau. belajar tinggi2 tapi tak kerja.."

Oklah tu makcik. Daripada tak belajar tinggi tapi still terpaksa kena kerja sampai tua.

Sama je laa kerja ke tak kerja. Sama sama ada manfaat dan kelebihan. Jangan lah kondem hidup orang lain. Suka hati orang lah nak kerja ke tak nak kerja. Selagi aku tak minta makan kat rumah kau selagi itu aku rasa takyah kot nak sibuk. Kasar bahasa. Maaf!

Sebenarnya kerja rumah pun penat juga. Sama lah kalau kerja kat opis pastu balik kerja rumah pulak.

Tadi pegi dobi guna dryer. Hujan dah dua hari on off. Baju tak boleh kering dengan baik. Tunggu giliran guna dryer sebab ramai orang. Dah dua hari hujan kan. Kita plak ada 3 bakul nak kena settle. Dekat 2 jam kat dobi tu.

Dekat Maghrib baru sampai rumah.

Sampai rumah cik abang dah balik kerja. Nasib baik dah pesan adik suh masak nasi. Dah keluarkan ikan beku dari dalam peti sebelum kuar pi dobi.

Baring kejap. "Bang.. kejap lagi ye saya masak. Penat."

Solat Maghrib. Slow2 mula memasak. Malas memang ada. Tapi sebab mengenangkan suami yang lapar tu kesian kan. Masaklah satu lauk aje. Janji kenyang. Cik abang pun bukan jenis cerewet. Masak je apa2 dia makan. Kalau dia ada teringin apa-apa, dia request lah.

Tiba-tiba cik abang keluar bilik. "Yang.. nak abang tolong apa-apa?"

Hilang semua rasa penat. Hati bunga bunga cinta pulak tetiba. Dia offer diri nak tolong pun dah besar rahmat. Belum dia tolong pun lagi. heheh..

Dari niat nak masak satu lauk je pasal malas dan penat balik dobi tadi, terus jadi dua lauk. Cik abang tak tolong apa pun. Just duduk kat meja makan sambil makan roti canai jiran bagi petang tadi.

Tapi aku happy sebab rasa ada teman. Tak rasa mcm bibik hari hari kena masak. hahahahahahah .. Sindrom suri rumah (rasa diri mcm bibik) ~terus pi sapu lipstik walaupun duk goreng ikan kat dapur aje. hihi


Betapa aku bersyukur dikurniakan suami yang sangat sabar dan bertimbang rasa. Tak pernah sekalipun aku terasa dia pentingkan diri sendiri. Selalu mendahulukan aku dan walaupun dia tak pernah cakap... aku tahu dia sangat menghargai aku sebagai isterinya... walaupun aku ini bukanlah isteri baik yang sempurna buatnya.

Thanks, husband.... for everything.

Tuesday, February 16, 2016

Hari jadi

Ya Allah..

Bleh aku lupa besday cik abang? Ingat dah masa 13/2 tu. Tapi sibuk hal berkubang dalam kolam renang kat PD tu sampai leka.

On the way balik dr PD dalam kereta baru teringat. Pastu wish him. Dia mcm biasa laa sengih2. Wish kat FB ig.. then masuklah wassap dr adik beradik dia wish ... nampak dia happy. Saya mmg tak plan nak beli hadiah ke apa sebab dah biasa mcm tu. Sejak kenal 1999 sampai kahwin 2008 sampai sekarang 2016. Tak de beli hadiah sempena besday ke anniversary ke. Beli hadiah bila rasa nak beli. Sungguh tidak romantik dan berhati brutal. Hahah

Well.. setiap org ada cara tersendiri kan...

Sampai rumah.. tido. Ngantuk. Letih nau. Padahal pi bercuti PD je. Sepuluh hengget minyak kete tak habis dr Kuala Sg Baru ni.

Tetiba nenek wassap. Tanya cik abang suka kek apa. Apa lagi? Coklat lah kegemaran dia sepanjang zaman.

Nenek (mak mertua kesayangan dia) belikan kek besday.

Happy birthday, darling! I love you so much...

Thursday, May 29, 2014

308/710

Semangat dia teruslah berkobar nak masuk pertandingan kayuh-kayuh basikal ni.. 

Di hari kejadian, pagi-pagi sebelum subuh dah bangun pi ke lokasi pertandingan. Dia ajak saya tapi tak kuasek lah nak tunggu dalam kereta sampai berjam-jam. Jenis basikal mountain bike ni kan masuk hutan2. Bukan kayuh atas trek atau jalan raya. So, takleh lah tengok. Bosan. Baik aku tidur je. Doakan dari rumah aje.. hehe

Geng2 kayuh dia yang lain semua dah selamat sampai Lingai sebab diorang pergi petang sebelum hari kejadian. Sewa homestay berdekatan. Cik abang tak nak tidur homestay sebab sibuk duk pk bini dia tinggal sorang kat rumah takde orang jaga. hahaha.. Seriuslah. Saya tak kesah lah kalau dia nak tido sana malam tu. Sekali sekala takde hal. Kalau selalu, memang kena hamuk lah kan. Ayat, "lebih pentingkan basikal dari isteri.." pasti kan keluar. Pastu dia buat muka serba salah. Nasib lah dapat bini suka psiko orang ni.. hehe

Saya tidur bangun lambatlah hari dia bertanding tu. Apa nak buat? Nak masak? Siapa nak makan? Tidur lah.. Masa dia nak gerak dari rumah, saya just .. "Hmmmm.. hati-hati! Good luck! Jangan dapat no last tau nanti malu..." Ahahaha ayat last tu dalam hati aje. Lepas tu sambung tidur... Bila bangun, ada wassap dari dia. Dia wassap gambar dia dah berjaya tamatkan perlumbaan walaupun dapat no 308 daripada 710 penyertaan. 

Target dia sebelum pertandingan:

1) habiskan perlumbaan
2) jangan no last.

Kedua-duanya tercapai.

Sejak aktif kayuh ni, banyak dah hilang kilo. Dia je yang duk tepuk tepuk perut tak puas hati sebab banyak lemak lagi. Saya kata, bersyukurlah dah banyak kurang dah. Itu yang lebih2 tu biasalah... Kena lah jaga makan betul-betul baru kurus cepat. Ini tak, saya makan nasi dengan telur dadar pun dia nak join. Pastu dia tambah sampai 3 kali sebab nak habiskan nasi. Apa laaaaaaaaaa....

Banyak gambar dia wassap saya. Tapi, alangkah malasnya nak tunjuk sini sebab ini kan blog saya.. ahahhaha Takdelah, malas nak edit gambar. In igambar bawah ni dia nak cover dada. Tapi perut tak tercover. hahahaha


Sampai ke garisan penamat juga walaupun hidung kembang kempis menahan penat. Balik tu mandi solat, terus pengsan. Tidur sampai dekat nak Maghrib. Saya tak kacau sebab kasi lah dia berehat....Kayuh ni perlukan stamina. Siapa yang stamina tahap dewa boleh menang. Kalau ahkak, nangis tepi jalan laaaaaaa nak habiskan cabaran. heheh.. Tu yang sebelum event hari-hari dia keluar training off road. Setiap petang.


Tahniah, sayang! 
You done a very good job! 
I'm soooo proud with you...
 
{tetiba cakap omputih)

Sunday, May 11, 2014

Random Update



Sekarang penyakit malas tengah melanda.Malas memasak.
Serius menyampah tengok makanan yang kena dimasak. 
Tapi, dua hari lepas cik abang beli ikan tongkol (kepala), 
lepas balik solat Jumaat terus suruh masak. 


Oh, daku dalam kemalasan yang tidak berbelah bahagi pun bangun
demi menunaikan hasrat suami yang nak makan kari kepala ikan. 
Belasah je masak. 
Jadi tak jadi, makan ajelah ye abang...
Jangan manyak munyi... hahahah


Sekarang suka amik gambar sebab dia budget dah kurus.
Yelah, memang kurus banyak sebab dia gila kayuh basikal.
Sejak November 2013 - Mei 2014 ni, dah hilang +- 20 kg. 
Tapi tak nampak ketara sangat penurunan. 
Mungkin sebab tengok hari-hari kan. 
Kalau jarang-jarang tengok memang nampak lah kecik. 
Perut pun banyak dah surut.


Makan macam biasa. 
Cuma dia banyak mengayuh lah dan kurang minum air manis. 
Air kosong je dia togok dan senang kerja dia amik sendiri air kosong. 
Isi dalam botol sendiri. 
Dia tau kalau minta kat bini, kang bini mengamuk! kuikuikui



Malam tadi, dia masak dinner.
Sebab bini dia macam biasalah, malas!
Roti apa ni tengah dia ada telur dan buh cheese
Sedaplah jugak! 
7/10 markah diberikan...

Wednesday, March 12, 2014

Entri sangat Belated: Happy Birthday to CikAbang!

Punyalah banyak isu nak kena selesaikan bulan Februari sampaikan nak buat entri hari jadi untuk cik abang pun tak ingat.

Saya tak belikan dia hadiah pun. Selalu nya pun macam tu. Kitorang punya cara memang macam ni. Kalau rasa nak beli hadiah, beli aje. Tak kiralah hari jadi ke apa ke. So, kalau hari jadi tak de hadiah memang dah biasa. Sikit pun tak amik hati.. 

Tapi, mestilah kena ingat. Hari jadi orang tersayang.. 

Saya tanya dia nak makan apa? Saya masaklah... Dia request nak nasi tomato. Sebenarnya, saya tanya dia jawab apa-apapun boleh. Mengada. Pastu saya yang suggest nasi tomato. Dia pun ok kan aje... Acar timun tu pakai cuka kurma sebab cuka biasa tu takde. Pelik je tapi rasa sama je. Takde masalah..


Esoknya, dia suh buat rendang pulak. Saya dah buntulah sebab takde bahan kat dapur. Tapi, belasah ajelah.. apa yang ada kita leburkan aje. Jadi juga rendang main hentam. Resepi dah tak ingat sebab sebulan dah buat. Saya selalu macam ni. setiap kali nak masak, kena belek resepi. Kalau tidak, tak confident. hahahaha


Sebelum besday dia, seminggu dua tu dia dah teringat dah. siap minta saya belikan seluar basikal. Saya diam ajelah. iye kan pun tidak, cakap pun tidak.. Dua tiga kali dia ulang2, sayapun suh lah dia order. Saya bayarkan pakai cimbclicks. Dapat lah dia seluar basikal..... Saja je tak claim balik. Dia pun diam aje. Buat2 lupalah tu! hahaha


Abang sayang, selamat hari lahir! 14 Februari ...
Semoga abang dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.... 
 

Dan semoga cepat kurus dan dapat badan macam Aaron Aziz, 
pastu belikan saya basikal supaya saya boleh juga jadi macam bini Aaron Aziz tu .. 
Nama apa ek dia tu? Diyana ke Dayana? 
hehehe

ok!

Monday, March 10, 2014

Ragam cik abang...


Tajuk cam tah apa-apa. Boleh pulak? Hahaha nasib lah... 

Beberapa hari lepas, cik abang buat eskrem goreng... Lama dah dia duk sebut2 pasal eskrem goreng tu. Tapi, bini dia buat dek je. buat2 tak dengar. Hahahah

Dia pun belajar buat kat Youtube. Kesian, kan? Maaflah, abang.. Kadang-kadang kena belajar berdikari juga sekali sekala. hehe.. Rasanya ok lah sebab rasa dia panas dan rangup di luar dan sejuk di dalam. Meleleh2 eskrem sebab eskrem dia buh lebih. Nak habiskan eskrem dah berbulan dalam peti. Entahkan dah expired kot. hahahahha Nasib baik tak sakit perut!


Sejak dah pandai wassap, kredit tak guna dah. Asyik expired aje sebab masing2 dah wassap wassap aje..  Saya dah baiasa menaip so, lajulah sikit. Macam-macam lah saya cerita kat cik abang... Dia tak balas lama diam je.. Sebab dia malas nak layan....


Mak pun dah pandai wassap sekarang tak main dah sms.. Saya tanya imah mak beli handphone apa sebab kan dah boleh wassap. Imah pun bgtau lah dengan siap ayat perlian... 


Takpelah imah.. Along memang dah 3 bulan tak balik kampung. Nanti kau dah kawin dengan orang putih a.k.a mat salleh, ko merantau jauh.. Cinta antara benua. Baru tahu apa ertinya semua yang Along lalui ini... Hahahahah.. (ayat touching tetiba)

Friday, January 31, 2014

Berbasikal lagi

Pagi tadi dia kayuh 70km ++



Muka senyum sebab (paksa) isteri belikan hadiah harijadi.
Tu seluar dia pakai tu lah hadiah berbasikal yang dia sibuk suruh order online tu..

Hehe

Sunday, January 5, 2014

Team Basikal


Nak cerita fasal team berbasikal cik abang.


Minggu lepas (hari krismas) dia pi pepagi buta dah gerak dari rumah.. 
Pi Tok Bali.. 
Semangat betul lah dia nih.. 



Sehari lepas tu, cycling dari rumah ke Pantai Penarik..


Asalkan dia seronok, saya pun seronoklah.
Walaupun asyik kena tinggal je kat rumah. 
Dia nak belikan saya basikal juga tapi yang sayai damkan tu lah. 
Entah bila lah agaknya!


Wednesday, December 4, 2013

Kenangan Lama

Korang kenal suami korang kat mana? 

Haaaaaaaaaaaa... jawab!

Saya kat sekolah. hahaha

Saya sekolah kat Selangor sampai tingkatan 3. Lepas tu, tak sekolah sebab ada masalah. Saya bukan sekolah kerajaan tau. Saya sekolah swasta sebab masa tu ayah nak hantar sekolah swasta. So, lepas tingkatan 3, ada masalah sikit dengan sekolah. Eh? Ke saya yang ada masalah? ahahhaha.. Rasa macam tak serasi lah kat sekolah tu. Maka, ayah pun akurlah dengan kehendak saya nak tukar sekolah lain. 

Ayah tawarkan dua sekolah yang mungkin jadi pilihan saya. Ayah suh pilihlah. Sekolah A ke Sekolah B. Kedua-duanya sekolah swasta juga. Kenapa suka hantar sekolah swasta? Saya pun tak tahu. Hanya arwah ayah aje yang tahu. Banyak lagi nak tanya kat ayah. Tapi, tak sempat. Saya pernah tanya kenapa ayah letak nama saya Noraini. Ayah diam aje. tak de jawapan. hahaha

Ok, sekolah A tu di Kelantan. Sekolah B di Terengganu. Saya dengan mudah pilih sekolah B. Di Terengganu. Saya pun tak tahulah kenapa. Mungkin sebab kampung ayah dah kat Kelantan. Jadi, nak lah rasa duduk Terengganu pulak, kan? hahahah Padahal, bukan tak tau. Kemain jauh lah Terengganu tu dengan Selangior. 

Takpe.. ayah ikutkan aje. Saya pula tak membantah nak duduk kat rumah ke apa masa tu, Pasrah dan redho ajelah apa yang ayah bagi. Tengok! Solehah kan? Anak yang baik... Hahahaha.. Tak bantah. Ikut aje. Ayah pun senang hati. Hantar sekolah jauh2, hujung bulan datang melawat. Ye, ayah datang melawat kat sekolah B setiap bulan. Dengan rela. Jadi, saya tidak rasa kesepian atau tak pueh hati ke apa. Semuanya happy! Cuma, kalau datang angin mengada.. saya nangis ajelah. Mak ayah saya dah tak kesah. Saya memang kuat nangis. Apapun nak nangis. Tapi, saya bertabah aje...

Mak ayah mungkin tak sampai hati juga hantar saya jejauh. Tapi, saya rasa mak ayah nak bina jati diri saya supaya pandai berdikari. Mana-mana hidup pun boleh. Tapi, trade mark menangis tu takleh buang. Nangis lah.. Mak ayah buat dek aje. ahahha.. Kalau dipujuk makin menjadi lah, kan...

Mula tingkatan 4 saya duduk sekolah di Terengganu. Kat sekolah tu lah saya kenal cik abang. Masa tu, dia form 5 tapi dia masuk kelas tingkatan 4 sebab sebelum tu dia sekolah kat Kelantan. Kalau sekolah agama Kelantan kena masuk kelas peralihan setahun untuk belajar Bahasa Arab kot.. Gitu laaaa kot. 

Satu kelas, tapi dia tua lah sikit dari saya. Masa sekolah tu, ada lah mamat tu nak ngorat saya. Mamat tu form 6 kot. Jelita nau aku masa tuh sampai ada senior nak ngorat! kahakah.. Taklah.. Sebab masa tu kalau budak luar (KL laaa (konon)) mesti macam ala-ala hot gitu. Ye lah.. sekolah kat kampung. So, bila ada budak bandar mestilah ada nak tackel. (wakakakakakaka.. abang, jangan muntah baca statement ni walaupun ini adalah benar, kan?)

Oleh kerana cik abang masa tu satu kelas dengan saya, cik abanglah jadi orang tengah antara saya dengan mamat tu. Orang tengah yang kasi surat lah. Kirim salam lah. Ada sekali tu, cik abang cakap.. mamat tu kirim salam cium kat saya! Apekebodo! ahahahaha.. Kelakar je bila ingat balik. Saya takde laaa hingin sangat dengan mamat tu. Saya kan garang. (Garang tapi kuat nangis? kahkahakah). Muka psiko je kan. Saya bukan suka layan mamat-mamat tah mana-mana. Saya bukanlah gadis ayu yang ehek ehek ehek tu.. Saya buat dek aje. tak layaaaaann.. Ke jual mahal? Tah laaaa..

Saya jadi rapat dengan cik abang masa tu sebab dia orang tengah ajelah.. Last-last saya dapat tau mamat yang nak ngorat saya tu, playboy. hahahaha.. Gelak pulak! Kelakar je bila ingat balik. Mamat tu bukanlah ensem pun, tapi playboy.. Tapi, ada aku kesah? Tak heran... 

Lepas tau ke playboy an mamat tu, cik abang takde jadi orang tengah lagi sebab saya marah lah. Serabut lah aku nak hadap surat-surat cinta bodooooo dari playboy tu. Haaaa.. kan? Saya kan garang. Benda remeh temeh ni tak de mana nak layan. 

Tapi, dalam pada tu... Saya memang lah layan cik abang. Sebab sebelum ni pun selalu borak-borak. Alaaa.. zaman sekolah. Borak-borak dalam kelas tu biasa aaaa kan? 

Tetiba.. cik abang bagitau dia suka kat saya. Saya macam..... Aik? Pelik! Takkan lah kot.. Tapi, saya rasa ok juga lah cik abang dari mamat tu. Mamat tu dah la tak ensem. Gatai.. Pastu playboy... ahhahaha.. Sempat kutuk orang plak aku ni.

Saya pun ok ajelah. So, 11 Ogos 1999.. Kitorang macam couple. hahah.. Macam aje. Sebab saya jual mahal. Hahahahha. Eh, mestilah kena jual mahal. Takkan nak jadi perempuan murahan. Walaupun kawan, tapi... adalah bunga-bunga di taman sikit-sikit. Tak layan sangat dia. Ajak dating, saya tak mau. Ajak pi makan, sorry! Haaaaaaaaaaaa... saya fikir saya tak boleh bercinta lagi sebab saya sangat muda lah masa tu. Budak-budak lagi. Makan pakai semua bergantung dengan mak ayah. Tak payah nak mengeladi sangat. Masa tu, perkara utama dalam kepala saya ialah saya nak dapat result bagus SPM. Itu aje.

Tahun 2000, lepas SPM.. Saya balik Selangor. Saya menganggur je tunggu result. Cik abang kerja kat Ampang kot kalau tak silap. Still contact tapi... gitu-gitu laaaaa... Tak serius. Tapi, bila dia hantar kad ke surat ke guling-guling macam tenggiling jugaklah aku.. hahahah.. (malu)

Ada satu hari, cik abang datang rumah jumpa mak saya. Naik komuter, teksi, bas... ahahaha (ingat-ingat lupa ni).. Masa tu cik abang pakai seluar kelabu, baju kemeja petak-petak... ahahha.. Saya pakai baju kurung bunga-bunga oren dengan tudung krim. Hambek! Memori daun pisang betul! Sampai baju pakai masa tu pun ingat lagi..

Masa tu, makan kat rumah aje. Mak masak. Then, saya hantar dia pi bus stop dengan berjalan kaki. Hujan turun renyai-renyai masa tu.. Amboi.... mengenyam! ahahahaha.. Tunggu samapi bas datang ke teksi datang ek? Tak ingat.. Bila dia dah balik, mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Rindunya aku kat dia! wahahaha..

Bersambung.....

Monday, November 4, 2013

Basikal Idaman

Cik abang memanglah duk berulang kali cakap dia nak basikal.


Lama dah..
So, Jumaat 1/11/13.. kita pi beli lah. 




Muka gembira.

Puas hati dia..

Wednesday, October 23, 2013

Bubur Ayam dan Wanita Bubur

Masa tengah online, terpandang orang buat bubur ayam. Saya pun tiba-tiba teringinlah. Terus pi rendam beras dua cawan. Arghhhhh.. banyak! Terpaksa bahagi dua.

Resepinya mudah. Ala-ala campak-campak. Bahan-bahan memang yang dah ada kat dapur. Korang google ajelah cara nak masak bubur ayam.

Isnin bubur ayam

Selasa bubur kosong dengan lauk daging masak merah. 
Daging kurban adik ipar kasi duk bertapa dalam peti ais. Baiklah kita masak sebelum apa-apa terjadi terhadap daging tersebut. Dek kerana penat teramat, tengah masak boleh tertidur dan bangun pukul 10 malam untuk makan apa yang dimasak petang. Ahai...



Saya sangat tabik pada emak emak yang berkerjaya. (Yang surirumah pun hebat juga) Yang balik lewat petang. Memasak. Sambil layan anak-anak kecil. Layan suami. Nak kemas rumah. Nak basuh baju. Adui.. Saya yang melayan diri sendiri ni je pun dah tak berapa nak larat. Kadang-kadang nangis dalam hati. Mujur lah cik abang rajin membantu. Kalau tidak aku yang lembik macam bubur nasi ni memang tak dapat harungi semua ni. Aku kan wanita bubur. Lembik.

Bulan 3, (kalau jadi) cik abang kena transfer kerja kat lain. Maybe Kedah or may be Penang. Atau mungkin KL. Maka, akan bermulalah kembali episod PJJ kami. Saya rasa saya sudah cukup dewasa untuk harungi  kejauhan. Sudah cukup kuat untuk berdikari. Tak macam dulu lah kan baru kahwin. Lepas tu, ngada tahap gaban lagi. Sekarang, nak mengada pun tak de orang nak layan. Hahaha. Tapi, tak nak pk lagi. Biarlah. Belajar redho. Pujuk hati perlahan-lahan. 

Saya tak nak paksa cik abang berhenti dari company sekarang dan kerja sekitar sini aje hanya kerana saya nak bersama dia. Saya tak nak jadi kejam dan pentingkan diri. Saya tengok semenjak cik abang kerja dengan company sekarang, dia nampak lebih gembira dan bersemangat. Kenapa kita nak cantas keseronokan itu, kan? Saya kena beri peluang cik abang meningkatkan kerjaya dan pengalamannya. Mana tahu satu hari nanti bila hidup dia dah senang, saya boleh menumpang.Kalau masa tu dia lupakan saya pun, tak mengapalah. Apa boleh saya buat. Saya hanya mampu berdoa, agar sayang dia pada saya takkan berubah sampai hujung nyawa.


~Sekian sahaja bebelan dari wanita bubur.

Monday, September 9, 2013

Singgang si Suami

Semalam (Sabtu 7/9/2013), saya bangun lambat. 
Dah bangun awal dah tapi duk peram peram diri dalam selimut, kan... 
Lambatlah bangun. 
Cik abang bangun awal dari pemeraman, dia pun bersiap.


"Nak gi mana, bang?" 
~ tengah mamai nampak dia baru pas mandi.


"Pi pasar."


"Nak beli apa? Lauk kan dah beli untuk seminggu.."


"Nak beli lengkuas dengan kunyit hidup.."


"Oooo.. kirim kentang sikit."


"Ok."


"Dengan limau nipis. Dengan udang geragau.." 
~ sempat jugak kirim seketul dua barang.


"Ok.."


Saya tidur balik. 
Terbangun sebab bau lauk singgang dari dapur. 
Kemain harum semerbak!

Saya tak selalu masak singgang sebab tak berapa fav.
Tapi, dia kan orang pantai timur. 
Maka, singgang macam 'lauk selalu' dia. 


Kalau belah Melaka, 
tumbuk dan tumis 
bawang merah, 
bawang putih, 
halia, serai, cili padi, kunyit hidup, air asam jawa... 
jadi lah Masak Pindang Ikan. 
Ikan yang sedap macam ikan selar, ikan merah ke.
Makan dengan sambal tumis! 
Perghhhhhhh....


Kalau singgang pantai timur ni,lebih kurang masak pindang. 
Tapi tak tumis dan tak pakai bawang merah.
Cuma hiris bawang putih, lengkuas, kunyit hidup.
Kalau belah Kelantan, singgang dia putih je. Tak taruk kunyit.
Campak dalam periuk yang ada air agak-agak tenggelam ikan.
Buh asam keping ngan cili api.
Rebus. Buh ikan. Siap!
Ikan yang selalu dimasak singgang ialah ikan aye. a.k.a ikan tongkol.
Selalu makan dengan budu, ulam timun.... 
Sedap jugak!
Tapi, tak berapa Perghhhhh.. 
hahaha


Lain orang, lain selera...

Saturday, August 17, 2013

Tanam Pokok

Balik cuti kali ni agak lama. 
Boleh tolong emak tanam pokok keliling rumah. 
Emak kata tangan dia panas. 
Kalau tanam pokok semua tak hidup. 
Dulu arwah ayah tanam pokok. 
Sekarang, menantu ajelah diharapkan sebab anak-anak semua tangan panas juga. 
Keturunan... 


Macam-macam pokok dibelinya. 
Pokok bunga yang siap ada bunga dah. 
Senang! 
Tak payah tunggu berbunga. hahaha.. 
Saya tak reti sangat menanam. 
Jadi tukang sorak je. 
Sesekali ambil gambar. 
Kerja semua cik abang buat. 


 Beli tanah hitam yang siap dengan baja sekali.
Cik abang kata dah campur dengan taik kambing.
Hahaha.. Tak tahulah betul ke idak.


Ini tanam pokok pagar. Alahai, yang pokok orang buat pagar tu. 
Yang kalau dah rimbun, tukang kebun sekolah cantas-cantas 
jadi kemas kat kebun bunga sekolah. 
Tau tak?
Emak suruh tanam dalam pasu sebab lawa jugak.


Emak beli anak pokok longan jugak. 
Entah hidup ke tidak, cuba ajelah tanam....


Dah tanam, siram pulak.
Rajin lah sangat dia ni.
Suami siapalah ni...? 


=D


Ini budak banyak liat mau tolong.
Sekali suruh, sekali dia gerak. Itupun lambat-lambat je.
Banyak ngelat ooooooo! 
Sebab dia tak minat pokok bunga kot. 
Kalau bab kasi binatang makan, buat reban ayam... kemain laju dia menolong!

Harap-harap semua pokok hidup dengan subur!



Monday, August 5, 2013

Beberapa Hari Sebelum Syawal 2013

Jiran sebelah bilik aku ni, berborak kat phone kuat gila. Sampai habis hal keluarga dia aku terdengar! hahahahdui... Serba salah aku dibuatnya! Meh, alihkan pendengaran dengan meng update blog untuk kali terakhir sebelum Syawal. Malam ni nak balik Melaka dah. Seronok! Sampai takleh nak tidur malam. Ahahah.. Over!


Hari Jumaat (atau Sabtu~dah lupa), bawa cik abang cari baju Melayu. Leceh macam tahun sudah. Nak cari baju Melayu dia macam ke hapa. Kaki aku nak tercabut baru dia jumpa yang dia nak beli. Letih! Nasib baik setahun sekali je cari baju Melayu. Kalau baju Melayu untuk pi menikah lagi, pepandailah kau cari, bang! Saya tak kuasek! hahaha tetiba.. Tahun ni tema kami merah menyerlah. Siap beli butang baju Melayu yang baru sebab yang lama tah mana-mana dia lempar.



Icah try tudung. 
Tapi pendek. Cik abang geleng kepala! 
Tak beli.


Semalam berbuka puasa ala-ala Western. Icah beli dinner plate KFC. Ada 6 ketul ayam. Dia gigih ajak pi sahur kat KFC. Malang sekali, jauh.. Cik abang tak mau pergi dan tak izin kita orang pi sendiri memalam buta. Maka, dengan nekad dia pi Jerteh yang tengah jem jem gila babun sekarang ni nak cari KFC!


Saya masak separuh plastik spageti. Ahai.. nasib baik cik abang habiskan. Kalau tidak, terbuang aje. Entah kenapa kan. Bulan puasa ni perut jadi macam kecik. Kecik bukan saiz. Tapi, kecik mcm takleh nak sumbat banyak makanan. haha.. Kalau makan lebih sikit, rasa kembung.... Sampai kena minum Eno halia!


Makan sikit dah kenyang. Tak tambah nasi masa berbuka puasa. Cik abang dah turun saiz. Satu saiz tapi nampak ketara sebab banyak baju boleh pakai balik dah. Tapi tak sure berapa berat turun sebab tak ingat nak timbang sebelum puasa. Kagum! Lepas tarawikh pun takde makan berat-berat. Mungkin faktor usia lah. Selera makan tak de macam masa muda-muda dulu. (Ceh, macamlah tua sangat... kan?)


Dia langsung tak makan nasi time sahur. Sahur tea o ngan kurma. Kadang2 koko crunch, emping jagung, susu segar, biskut meri.... Tak makan nasi langsung. Saya offer nak buatkan nasi goreng pun dia tak nak. Tetap pendirian.


Tapi, dia dah ready untuk makan banyak time raya. 
Hahaha.. harap boleh maintainlah.  


Saya pun rasa badan ringan sikit. Sikitlah.. 
Baju ketat lengan dah ada longgar.. 


Kau jangan nanti lepas raya makan banyak tak ingat! 
Habislah usaha mu selama sebulan. 

(*__*)

Sunday, June 9, 2013

Kereta, Air MIneral dan Dotdotdot

Harini malas drive. Rasa macam nak malas drive seminggu penuh ni... hahah

Macam biasa, kalau saya malas drive cik abang akan hantar pi kerja. Kemudian, dia akan bawa kereta saya pi kerja. Eleh... ini bukan nak berlagak dengan suami sendiri ye. Dulu, masa saya pinjam kereta dia pastu salah keluar parking lepas tu tersagat pagar sikit, dia punya bising memang menyakitkan hati. Saya adalah sangat geram. Dia kata kalau ada kereta baru sendiri nanti, jangan bawa kereta dia. Buat calar balar aje.... Sangat amboi, kan?

Sekarang, hahahahha suka hati dia pi memana pantang lepa kereta saya juga dilenjan. Nak pi pasar.... kereta saya. Nak pi rumah abah dia... kereta saya. Nak pi buang sampah.. kereta saya. Nak pi masjid.. kereta saya (yang ni takpe sebab pi masjid.. hahaha) Pastu balik sengih sengih... ahahadui..

Kadang-kadang, dia guna alasan timing belt kereta dia tak ganti lagi. Ok... Kita tengok bila dia dah ganti timing belt.... Hahahah... Ayat isteri yang sangat kejam. Tapi, dia kan baru je lepas modified kereta dia yang sampai RM1000 eh salah RM950 diskaun lima puluh hengget... wahahaha... Masa tu tak pulak fikir fasal nak tukar timing belt. Lelaki ni kan, bila kita cakap dia kata kita membebel... Bila tak cakap.. Tah apa-apa kerja dia buat tah.. Urut dada aje lah.

Sebenar-benarnya pun saya bukan kedekut kereta sangat. Harta saya harta dia jugak kan? Kan suami isteri. Tapi, kadangkala rasa geram pun ada. Sebab dia hari hari duk lap kereta. Boleh plak menjeles dengan kereta? hahahahah.. Masa tengah geramlah kan. Masa tengah sayang.... sampai pak mertua tegur, "Ise (suami saya) ni tok se (tak nak) berenggang langsung dengan Ain dia!" ~vice versa.. Kahhhhhhh.....

Pagi tadi, dia cakap air radiator kereta saya adalah kurang. Dia kata nanti dia nak beli mineral water sebab kalau ganti dengan air paip nanti tank berkarat. Tengok!!! Kereta... dia sayang! Bila saya minta beli air mineral sebab water filter kat rumah tu dah bengong, dia bebel bebel bebel. Kalau dia tak bebel pun, nampak riak wajah dia tak puas hati sebab saya beli air mineral. Pada dia, boleh je tapis air minum kat rumah. Abangku sayang, filter tu kan dah rosak.... Hadui!

Tadi, saya terus je cakap... 

"Hoooo!! Tank kereta dia sayang! Kita ni manusia minum air paip tak tapis betul habis rosak organ dalam, paru-paru rosak kena karat air paip..." ~tetiba rasa memang jeles dengan kereta....

Terus dia cover, "Ye lah.. abang nak balik tadah air kat rumah lah masuk dalam filter!"

Eceh... Eceh.. Tetiba tukar ayat pulak!

Takpelah, abang! Buatlah apa yang abang suka.. Saya tetap sayang.....

Thursday, February 14, 2013

Happy Birthday, Darling!

Happy birthday for the handsomest, smartest, kindest, and best husband in the world. 
Lots of love, hugs and kisses coming your way! 

 

I love you!

Tuesday, January 22, 2013

Nasi Goreng Terharu

Malam (tengah malam) lapar... 
Mata tak mengantuk lagi. 
Minta abang masak kan nasi goreng. 


Isteri: Abang, lama dah abang tak masak kan?

Diam....

Isteri: Rindulah nasi goreng bujang yang abang masak dulu.

Suami: Abang dah kawin. Tak bujang dah.

Isteri: Alaaaa, lapar lah. Tapi, malas nak masak....

Pastu, saya pun layan Youtube. Dia tutup lampu. Baring.

Isteri: Oh, tak dapat lah nasi goreng bujang malam ni. 

Suami: Lapar ke?  

Isteri: Ye laaaa.. Takpelah. Kalau mati malam ni, kempunan laaa nasi goreng tu.  

Tak disangka. Dia bangun, pi dapur
Dia masakan saya ini......



Sedap? (Kena cakap) sedaplah.....
Mana nak dapat kat kedai makan. 
Nasi Goreng Terharu nama dia...
Nak panggil Nasi Goreng Cinta pun boleh. 
kuikuikui


Ok!
Sekarang, lapar.... 
Teringat nasi goreng malam tadi!

Thursday, January 10, 2013

Motor Baru

Wednesday, October 31, 2012

Korban

Alhamdulillah.. Ada rezeki lebih sikit tahun ni, cik abang buat korban sikit. Satu bahagian untuk diri sendiri. 


Pagi-pagi lagi cikgu (a.k.a tok penghulu kawasan perumahan kami) dah hogah pintu pagar. Ajak pi pegang lembu. hehehe... Cik abang je sorang pergi. Saya? Sambung tidur. ahahha.. Taklah, mak kan datang rumah saya. Saya duk rumahlah sambil bergosipan dengan emak... 


Inilah lembu bahagian cik abang tu. 




Emak masak kari. Tapi, saya tak sempat makan sebab perut kenyang lah. Tah makan apa tak tahu. Petang tu, pi rumah abah. Kita makan singgang daging yang abah masak. Nyum nyum nyum.. Lepas tu, sakit kepala. Darah tinggi ke apa ni?


Abah siap bekalkan singgang daging dia untuk emak bawa balik Serdang. Singgang daging ni kira macam signature dish abah lah. Kalau dia masak singgang daging ni, anak cucu semua makan tak bunyi-bunyi.

Wednesday, October 10, 2012

Kerja Gila Tak Gila Sangatlah...

Malam kelmarin (Selasa), cik abang ajak saya jalan-jalan.

"Boringlah asik kerja je. Jom jalan-jalan, yang?"

"Nak pi mana? Dah lewat ni.."

"Entah.. Kat tangan ada duit tak?"

"Ada.. Singgit.. ahahaha.."

"ATM buka lagi tak time ni?"

"Buka lagi kot. Pukul 12 baru tutup kan? Ini baru 10.45pm.."

"Ok, jomlah siap!"

Saya pun siaplah ala kadar. Nak pi mana pun tak tahu. Dah pukul 11pm baru nak keluar. Ini bukan KL. Kedai semua pukul 6pm dah tutup. Ah, ikut ajelah dia nak pi mana.

Lepas keluarkan duit kat ATM, terus pi Kuala Terengganu. Dari rumah ke KTganu dalam 45 minit ke 1 jam gitu. Memang kerja gila. Sampai McD 24 jam, order lah makan. Tengah malam buta makan McD? Kesian perut, kan? Nak buat macamana......?

Order set Chicken McDeluxe, bubur dan ayam goreng. Nasib baik ayam goreng tak habis... Sedap ayam goreng KFC lagi lah kot. Atau pun sebab perut dah kenyang time tu dipaksa makan juga. Makanan sedap jadi tak sedap kan?Burger tu pun rasa tak sedap. Tapi, habis semacam je. kahkah

Duduk McD dalam sejam. Lepas tu, terus gerak balik rumah. Sampai rumah pukul 2 pagi.. Mata dah ngantuk, terus tidur sebab esok kelas pukul 8 pagi.. Bangun pagi esoknya terus dapat mata extra panda..

Hai hai... macam orang bujang! 



 ~Sekian~