Pembaca Blog Ini...

Sunday, November 15, 2009

LA Hot Spring

Ke mana anda pada hari minggu?

Saya plan sehari 1 bab untuk penulisan
manuskrip baru.
Tak mahu terlalu stress!
(alasan nak pi jalan-jalan)

Saya dan cik abang ke LA Hot Spring.
Bukan di LA (Los Angeles)..
Hanya Besut sahaja. =)
Tapi, namanya komersial nya memang LA Hot Spring.
Orang sekitar sini panggil
Air panas La saja.. hua hua hua..

Sambil-sambil tu cik abang ajak tengok
projek perumahan baru
yang dia akan jaga mulai bulan depan.
Cik abang kata, kalau ada rezeki dia nak beli seunit.
Tengok lah macamana nanti, kan...

Saya yang teruja.
Bawa air mineral siap-siap dari rumah.
Air bioaura tau.. (hahaha tak de motif je nak bagitau)
Beli ayam panggang Madura siap-siap.
(saya rasa saya macam dah kurus sikit laa... )
~ nak jugak perasan.. hahaha

Pemandangan dari atas.
Ramai juga pengunjung berkelah di sini.

Kami ke kolam air panas utama.
Air dari mata air ini berbau sulfur sikit.
Air panas dari perut cik abang bumi.

Ini jambatan untuk ke kolam utama.
Air yang dibawah jambatan ini sudah sejuk dah.
Sebab dah bercampur dengan air sungai yang sejuk.

Merendam kaki sahaja.
Itu pun merah padam muka saya menahan panas.
Panasnya tidak lah sampai melecur.
Kena masuk kaki perlahan-lahan.
Lama-lama ok lah.
Sedap je kaki rasa macam diurut-urut.
Kegatalan kaki cik abang juga berkurangan.
Bila keluarkan kaki, rasa kebas-kebas sikit.
Tapi memang lega!
Ada pakcik tu siap berendam lagi.
Saya tak berani laaa..
Rendam kaki je dah berpeluh-peluh macam bersauna.
Kalau rendam badan sekali... (hahahah.. terus nangis!)
Berasap, you!!!!
(Apesal lak cam gedik je ahkak hari ni?)

Air nya memang panas.
Air panas dari bumi.
Ada yang datang ambil air nya.
Nak buat ubat kot.

Cubaan mengambil gambar sendiri...
Tapi tak jadi, sebab tak nampak penuh muka saya..

Yang ini cik abang lak tak nampak mata!

Haaa... yang ini baru ok..
Biarpun tak nampak dagu runcing saya
boleh lah dari tak de..
(Mata cik abang memang coklat~ baru perasan!)

Makan ayam panggang Madura.
Macam ayam percik je.
Sebatang RM1..
Kami beli 5 batang..
(Sila abaikan posing terkangkang saya itu..
Cik abang
main candid!)

Tah apa-apa tah dia ni..
Dulu tak suka ambil gambar.
Sekarang dah berjangkit perangai bini dia..
Dia pulak yang lebih-lebih..

Tengok!!
Macam-macam mimik muka dia buat..
hahahhaha

Apa-apapun, percutian di LA Hot Spring adalah seronok.
Harap boleh sampai ke sini lagi lain kali!

4 comments:

Zura Tahir said...

bestnye ain...enjoy je tgk environmentnye

~ain said...

best zura.. yang penting kena batar rm2 je nak masuk.. hhahaha

zh-ena said...

suka la bila la dpt g sana kan

~ain said...

ena. suka! kalau bawa budak2 pun seronok jugak.. budak2 kan suka air..