Pembaca Blog Ini...

Tuesday, November 3, 2009

Letakkan Dunia Di Tangan Bukan Di Hati

Dunia adalah perjalanan pertama kita sebelum dapat kembali semula ke tanahair kita, jadi matlamat hidup kita perlu jelas sejelasnya. Usaha bagi memperbaharui matlamat sedikit sebanyak bergantung kepada maklumat yang kita ada dan dapat dari masa ke semasa.

Perkara paling asas adalah untuk meletakkan dunia di tangan kita. Perkara utama yang kita boleh lakukan adalah dengan berdoa “Ya Allah letakkan dunia ini di tanganku bukannya di hatiku”.

Doa yang sentiasa dibaca dengan hati yang penuh yakin bahawa Allah menunaikan doa kita itu dan disertakan dengan usaha bagi membebaskan diri dari ‘termimpi-mimpi’ akan dunia, menjadikan matlamat hakiki kekal.

Apabila kita mengejar rumah besar, kereta mewah dan segala-galanya yang paling besar berbanding orang lain, kita menghampiri hati kita dengan dunia.

Apabila kita mengejar kebaikan dan berusaha memberi sebanyak-banyaknya, kita meletakkan dunia di tangan kita dan membiarkan dunia dengan seisinya mengejar kita.

Tarikh kita mati telah ditetapkan. Jadi mengejar kekayaan membuta tuli tanpa belajar yang mana halal dan haram membuatkan kita tergolong dalam kumpulan orang yang meletakkan dunia di hati.

Beli barangan keperluan dan kehendak mengikut apa yang kita mampu dan suka tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk.

Disalin dan diubahsuai dari
Shamsuddin Kadir

____________________________________________________________________

Sharing is caring kan, kawan-kawan..
Banyak sebenarnya nak cerita.
Tapi, macam yang saya cakap di entri lepas,
tak semua saya boleh kongsi dengan semua orang kan.

Cuma, sejak dua menjak ini mood macam tak de.
Entah ke mana laaa pergi semua semangat juang saya selama ini.
Angin banyak nau.
Satu badan penuh dengan angin.
Angin tu tiup semua semangat juang saya tah ke mana-mana..
Entah laaaa..

Duk sendiri rasa macam nak nangis.
Nak pi kerja rasa menyampah.
Nak masak rasa terpaksa.
Nak makan pun tak selera.
Nak menulis di blog tak de semangat.

Semua entri saya sejak dua menjak ni rasa tak 'berjiwa'..
Entah kenapa ye..
Orang lain mungkin tak rasa. Tapi, saya memang rasa. Rasa sangat!

Nak menulis sinopsis dan novel apatah lagi.
Sikit punya malas, tak nak, berat tulang..
Eh.. semua laaa benda negatif menepek dalam diri, dalam hati..

Nak komen dalam blog orang lain pun rasa tak seghairah dulu.
(dulu memang ghairah ok)
Nak jumpa orang rasa less confident.

Kadangkala, tengok cik abang pun tak de rasa apa.
(Yang ini pun perlu bagitau kah?
Ahhh.. Belasah je laaa..
Kalau tak suka tu, buat2 tak nampak je ayat ni!)


Rasa jiwa sangat hambar.. tawar.. kosong..
Saya tahu, saya perlu lebih dekatkan diri pada Allah.
Mungkin Allah marahkan saya sebab saya selalu lalai.
Sebab tu Dia bagi macam-macam ujian kat saya.

2 comments:

zh-ena said...

naper nie ain..mai story skit kat ena..

kdg2 tu sama la gak ngan ena..kdg2 mcm malas jea ak layan suami tapi tgk angin jgk la..

~ain said...

em.. ok dah ena.. sikit-sikit mood tu datang beransur2..

ye laa angin kan...