Pembaca Blog Ini...

Tuesday, November 3, 2009

Tak boleh minum

Kami berdua kena pantang minum kopi, teh, nescafe...
Sebab apa?

Nanti-nanti lah saya bagitau ye.

Kalau kopi dan nescafe tu mungkin laaa mudah je nak abaikan.
Sebab selama ni pun kami memang tak de stok nescafe di rumah.
Ada sekali je hari tu sebab tetiba kemahak nak nescafe.
Seminggu melantak nescafe sampai sakit kepala, dup dap dup dap di dada..
Bukan tak leh minum.
Tapi, kureng minum je.
Kat rumah mak ke rumah pak mertua ke, memang takde nescafe.
Semua minum teh.
Tak pun milo macam nama kucing adik saya
Kalau minum kat kedai ke kan memang jarang sangat order nescafe.
Kopi apatah lagi.
Kapal api ke, kapal asap ke.. mana ada..
Kalau kopi tongkat ali adalah jugak kadang-kadang.
Minum kat kedai.
Itupun cik abang je laaa.
(ntah apa yang ditongkatnya, saya pun buat-buat tak faham)

Kat rumah mak, ada kopi Radix.
Kalau balik rumah mak, selalu saya rembat sepaket.
Rindu jugak lama tak minum kan.
Lepas ni dah tak leh "mai secawan!" laaaa
heheh



Tapi kalau teh, payah sikit laaaa nak pantang.
Sebab apa-apapun memang teh.
Kalau tak teh tarik, teh o..
Kalau tak teh ais, teh o ais..
Teh dah jadi macam minuman ruji..

Baru-baru ni, rasa nak beli teh o lemon ke apa tah..
Alaa.. sekarang kan dah macam-macam ada kan.
Teh mangga laa.. Teh peach laaa..
Tapi tak leh minum.
Kena lah simpan je kalau ada orang datang rumah boleh hidangkan.
Tak pe laaa... kena berkorban lah.
Demi kebaikan bersama.
Maaf kan owag ye, bang..

Mesti abang rindukan rasa teh nanti kan? kan? kan?

7 comments:

Nurhayati said...

yati plak tak minum sangat nescafe, kopi dan sewaktu dengannya.. =)

zh-ena said...

ena dan hubby pun tak minum nescafe..boleh pening wooo kepala klu minum..

teh ader lah minuman wajib ader kat umah

naper ain tak boleh minum air tersebut

~ain said...

yati.. minuman tu banyak caffein.. tak elok minum selalu.. ada jugak yang elergik dengan minuman tu..

ena.. elergik kot. ain pun teh je ada kat rumah.

kami kena sebab makan ubat homeopathy. sebagai usaha nak bagi umairah, seorang sepupu baru. =)

honeylanz said...

nescafe 3in1 pun fav has! tambah creamer!perhh sedapp

Zura said...

nescafe mmg xleh minum byk sgt...tp sedap...klau minum kapal api...dptlah krg g angkasa...ehehehe

SHaFiQ said...

kopi 2 minuman kegemaran Rasulullah....kopi bnyk kafein la semua agenda yahudi kafir..sbb klu mnium kofi ni..dpt merangsang otak kita utk lebih cpt berfikir...so dyorng xnk org islam pndai bijak..so diorng perbesarkn agenda ni...sbnrnya..minum soya lg x elok utk kesihatan..tetapi sbb amerika adalah pngeluar terbesar soya dunia..dyorng bgtau la soya ni bnyk kebaaikan...sbnya..dr artikel yg sy trbace dl..soya ni adlh puncA kpd BARAH...huhuhu
minum kopi bgus..lgi2 dr serbuk kopi kampung..kaw..lgupun kopi ni amln nabi kita..so kte amalkn la yer..huhu

SHaFiQ said...

nk tau lg..tgok link ni...bnyk penerangan ttg kopi ni...kopi jgk minuman kaum sufi

http://blog.its.ac.id/syafii/2009/12/25/kopi-minuman-kaum-sufi/