Pembaca Blog Ini...

Thursday, November 26, 2009

Plan raya haji esok!

Esok hari raya haji.
Hari Raya Aidil Adha...
Selamat Hari Raya ye semua!
Walaupun raya haji di kebanyakan tempat
tidak lah semeriah hari raya puasa,
namun... hari raya adalah hari kemenangang
(aik.. tertambah 'g' di situ~ikut keadaan semasa laaa kan)
.

Raya haji best sebab banyak daging,
walaupun saya kureng sikit makan daging!

Tengahari tadi, dah buat perap satay.
Tadi, mak rebus ketupat segera.
Malangnya sudah terhangit gara-gara mak terlalu asyik melahap
ikan sungai masak lemak cili api yang dipetik belakang rumah.
hahahahah..
Lawak ok..
Balance nasi impit yang tak hangit (sebab rebus periuk lain) ada 8 ketul lagi.
Esok pagi alas perut ketupat segera sorang seketul je laaaa...
HAHAHAHAH

Plan esok:
Nak pergi rumah nenek (mak kepada ayah).
Dah lama tak jumpa nenek itu.
Kali terakhir semasa majlis sambut menantu
di rumah abah cik abang dulu..

Ada kenduri akikah juga di rumah nenek cik abang.
Anak nenek tu (pak sedara cik abang)
nak buat kenduri aqiqah
untuk cucu nenek tu (sepupu cik abang).
Pening ke fikir salasilah ini?
Ini baru sikit ni!

Saya berdoa agar esok tidak ada soalan
yang menjengkelkan untuk dijawab!

Nak taip entri lain tapi internet slow
macam Garry (Siput b**i Spongebob Square Pant)

=)

1 comment:

zh-ena said...

wah smp hanggit tu ketupat di rebus..
satay,ermmmm sedapnya