Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Wednesday, June 1, 2016

Gerai Emak

Emak memang suka masak. Dia happy kalau dia masak. Kitorang adik beradik kuat makan. Mewarisi ayah. Ayah suka makan. Tapi tak gemok. Hihi.. kitorang plak suka makan tapi gemok..

Bila ayah dah takde, mak jarang masak. Macam separuh jiwaku pergi.... dia tak happy dah nak masak2. Ada sekali mak cakap ayah pergi bawa semua resepi sekali. Sounds sad but true.

Sejak balik pindah sini, aku jadi tukang masak amatur. Setakat masak untuk makan keluarga bolehlah. Simple simple asal kenyang lah. Emak? Dia banyak bersosial. Bersosial gaya emak emak lah. Idoklah ke kelab dangdut ke apa. Just mingle mingle dgn kawan2 lah. Kita org adik beradik pun dah besar. Takyah sibuk nak kena masak sana sini. So takpela.. asalkan mak happy.

Lama2 emak dan 2 org kawan lagi decide nak berniaga. Sebelum ni pun mak ada sebut nak berniaga lah apa lah. Tp kitorg tak bg sebab kang dia penat. Dia ni memang jenis duduk rumah sesaja nanti kaki dia lenguh. Kepala dia pening. Mata dia sakit. Hahahahahha..

Tiba2 skill memasak dia timbul balik. Mungkin kesedihan sebab ayah pergi tu dah berkurangan. So dia kembali suka masak2. Dia memang enjoy bila tengok orang makan apa dia masak. Oklah emak.. teruskanlah minat emak. Asalkan mak happy.

Aku macam... emak? Betul ke ni? Tak nak try jual bungkus2 dulu ke. Tak penat sangat mcm buka gerai a.k.a warung ni. Mak bersungguh-sungguh. So... terpulanglah.

Emak buka kedai makan kecik2 depan rumah. Takde hal sebab laman luas. Pelanggan nak parking pun senang. Buka hari isnin hingga sabtu. Sarapan dan lunch. Tapi, kalau mak n friends tetiba malas... no lunch just breakfast.

Menu sarapan: Nasi lemak hijau. Ada orang BN tak mau makan nasi lemak hijau. Eh... aku cakap kat mak. Pi suh dia makan nasi kerabu. Warna biru. Hahahahahaha.. macam macam.

Satay goreng. Resepi keluarga mak. Ini makan ngan kuah kacang dan nasi impit. Dah macam pagi raya. Tapi hari hari sold out ni.

Menu lain: ikut sedap hati mak nak masak apa. Syaratnya masak kuantiti sedikit sedikit biar terasa ala masakan emak emak di rumah. Kalau masak sekawah tak jadi masakan rumah dah. Hehehe.. Masakan panas goreng goreng pun ada. Tapi terhad lah. Tak macam kedai tomyam. Inikan gerai ala masakan di rumah. Itulah X factor gerai emak.



Jual murah murah aje. Sarapan nasi impit kuah kacang air teh o eh... RM2. Pelik mak aku ni? Dia jawab.. ala.. bukan kena bayar tapak pun. Laman rumah aku je. Bukan berniaga nak kaya. Saja suka suka hilang bosan. Boleh?

Dua tiga hari sekali pi membeli barang niaga. Dari dua meja dah ada lima meja. Mungkin akan tambah satu dua meja lagi. InsyaAllah. Pelanggan datang makan takde meja. Huhu..

Setakat hari ni, dah sebulan lebih dah. Ke dua bulan ek kedai tu beroperasi. Aku tengok mak nampak sihat wpun dia penat. Hahahahahaha.. biasalah. Kalau kita buat apa kita suka dan minat kita takkan rasa penat tu sangat. Penat tu tak ganggu pun kita dari duk teruskan kerja tu.

Aku lagilah senang hidup. Makan kat kedai hari2. Tapau lauk dari kedai. Kalau cepat nau habis tak sempatlah tapau. Kenalah masak jugak. Tapi ok lah. Bila selalu takyah masak rindu lak nak masak. Hahaha macam macam.

Sampai bila nak berniaga? Tak taulah emak tu. Selagi dia laratlah. Masa ayah ada lagi pun ayah selali sebut nanti pencen nak buka kedai makan sbb emak memang boleh masak sedap. Pandai buat kuih. Tapi ayah awal2 nak chop jadi cashier aje.

Kenangan semua tu ngan ayah. Aku tak tau tapi jauh di sudut hati aku harap ayah tau mak dah tunaikan angan2 ayah nak buka kedai makan wpun hanya gerai kecil hujung kampung aje.

Thursday, February 25, 2016

Puteri Beach Resort, Port Dickson

Last two weeks kot..dah tak ingat. Tapi 13-14/2 lah. Masa besday cik abang tu. Kitorang book 3 bedroom apartment. Dapat harga staff  sebab ada sepupu kerja kat situ.

Saja bawa budak2 mandi kolam. Maman kemain seronok minum air kolam. Ya Rabbi.. sampai kembung. Pastu kencing sekejap pampers dia dah penuh. Sampai terlondeh. Hahahahaha

Kita orang dewasa pun happy bila budak-budak happy.. Dulu kita masa kecik tak dpt peluang mcm ni. Bila ada kesempatan kita gunakanlah sebaiknya.

Kadangkala bahagia itu adalah memberi bukan menerima.

Family is everything..


Sunday, January 10, 2016

Comot Tidak Mengapa

Huh...

Ramai pengomen entri makhencik sejak dua menjak ni. Hahaha.. Yelah, makhencik ingatkan takde org baca blog sedey ni. Hehehe

Komen anda saya baca tau. Cuma, tak approved kan je. Malas.. Hahaha kongajo sangat jawapan. Tak..... Bukan malas apa.. Entri blog ditulis tru hp, bukan buka laptop. So nak reply pun sendu aje bila guna hp ni.. Hadui.... Bilalah nak rajin buka laptop?

Dulu update blog selalu pepagi. Masuk opis awal pagi time org lain tgh sarapan, kita blogwalking. Skrg? Ntah ....

Hari tu duduk kat laman rumah. Emak upah sorang mamat ni buat pangkin a.k.a wakaf dpn laman luas tu. Alhamdulillah.. Ada tempat lepak pepetang sambil tgk anak-anak sedara atau anak sepupu bermain. Rimas kan duduk rumah seharian.

Beli aiskrim. Kemain seronok budak2 makan. Kita orang dewasa pon rasa nak join makan sekali. Kecomotan jelas kelihatan. Tapi tak pe....asalkan mereka gembira! 

Wednesday, January 6, 2016

Aathirah!

Anak sedara belah sini yg no. 3. Adik kepada Maman.

Kecik molek tp badan dia padat!

Thursday, December 17, 2015

Anak Sedara edisi Terbaru

Anak adik ipar. Dua dua gegirl. Hmm.. Anak sedara belah cik abang dah ada 11 oiiiii.... 4 lelaki 7 perempuan.

Kagum mak! Membiak (relevan ke perkataan ni) dengan berjaya!

Alhamdulillah..

Edisi terbaru bernama Marissa. Sorang lagi taktau nama apa. Baru pagi tadi keluar oven.

Semoga membesar dengan sihat dan jadi anak solehah! Amin.....

Friday, December 11, 2015

Darjah Satu

Bulan depan dah start persekolahan. Adik saya Naim dah nak masuk Tingkatan Dua. Tak teruja sangat. Rasa macam baru semalam dia masuk darjah satu. Beza umur Naim dgn kakak atas dia Naimah sembilan tahun. Ayah kata Naim nanti jadi peneman ayah ke masjid bila ayah dah bersara. Anak anak lain semua dah ada jalan hidup masing2. Tapi, Allah ambil ayah awal. Sekarang, Naim jadi peneman emak. Sampai skrg duk tido ngan emak lagi. Almari baju dia pun duk sekali dlm bilik emak. Aim.... Aim....

Minggu ni bz duk cari barang sekolah. Naim pakaian kena tempah. Skrg si kembooo duduk sini. Walaupun duk rumah nenekchik (makcik saya) depan rumah neneklang (emak saya), tp byk masa kat rumah neneklang. Dan nature budak2 mmg menghiburkan. Budak2 bisa buat hati semua org cair dgn gelagat keletah diorg y bukan bukan.

Dah hampir 4 bln dia pindah sini. Sblm ni berdua dgn kembarnya. Tapi, sbb kembar nak duk ngan mama diorg maka tinggallah Hafizuddin duk ngan papa. Banyak masa dia dengan MakLong. Nampak Maklong aje lapoooo, dahaga.... Ish..ish... MakLong menumpang kasih ajela.. Hehehe

Tahun dpn nak masuk darjah satu. Semua teruja. Kalau MakLong ada anak, agaknya anak MakLong pun dah nak masuk darjah satu. Tapi, ada banyam hikmah MakLong takde anak. Antaranya, MakLong duk melayan ko ajelaaa. Kalau MakLong ada anak, macamana? Memang takde sape nak layan ko kang.. Hahahah statement MakLong!

Belikan dia baju sekolah dan lain2 peralatan sbb papa dia bz tak sempat nak layan. Suka lah dia keluar dengan MakLong nak amik apa pun boleh. Tunjuk ni MakLong angguk. Tunjuk tu MakLong kata ok. Takpelah, Hafiz.. Selagi mana MakLong angguk tu baik ko amik. Kang MakLong geleng, pepandailah ko pikir kenapa.. Wahahahah

Seronok dia sampai rumah terus nak try baju semua. Siap posing depan bilik nenek. Tulis nama pada alat tulis. Buku je blom amik. Cikgu suruh dtg amik masa hari ujian saringan nak masuk kelas mana. Dia dah cuak..

"MakLong, apa Hafiz nak jawab nanti masa ujian?"

Hahahahaha....

"Jawab je lah apa apa, Pis! MakLong ajar baca, ko memain! Asyiklah buku 7 dah nak sebulan dah tak gerak."

Ujian hidup manusia ni macam-macam. Ada yg dari kecil diuji dengan kehilangan mawaddah sekeluarga. Ibu bapa tak sehaluan. Apalah sgt yg budak enam tahun faham kan..Tapi, dia matang melebihi usia dia. InsyaAllah.. Satu hari nanti dia akan faham. Redho dan tak salahkan siapa-siapa atas apa yg dia kena lalui.

Takpe, Pis.. Belajar pandai-pandai! Nanti dah besar jadi pilot.

Hewhewhew... (Kenapa perlu pilot? Pengaruh drama tempatan sangat!)

Tak. Jadilah apa-apapun. Asalkan jadi anak yang soleh untuk papa mama tau.

Monday, September 14, 2015

Si Kembar

Tiga minggu dah si kembar duduk dekat sini... Walaupun tak duduk kat rumah ni tp dekat lah. Meriah sikitlah rumah ni bising2 jerit hiruk pikuk. Hahaha

Balik sekolah diorang dtg sini. Makan. Lepas tu buat Math. Selang seli dengan berlatih Bacalah Anakku.
Malam pukul 8 mengajilah.

Semoga jadi anak soleh buat mama papa.

MakLong mohon menumpang kasih....

Athirah Humairah

Tomei tomei adik mekyah....

Wednesday, July 22, 2015

Raya Kedua

Bersama keluarga mertua.... Meriah dan semakin meriah hari demi hari...

Sunday, July 19, 2015

Raya 2015

Tahun ni giliran belah aku. Raya kedua awal pagi dlm kol 9 gerak balik Terengganu. Dulu masa baru kawin, rasa janggal tp dah 7 tahun takkan nak mengada lagi kan janggal balik rumah mertua. Even skrg, rumah mertua pun best juga. Yang tak best tu kita lupakan saja dan anggap sahaja semua org mmg tak sempurna...

Ok.. Raya tahun ni adalah tahun ketiga tanpa ayah. Bila teringat hati meruntun sedih medih. Terasa pedih kehilangan wpun masa ayah ada asik nak bergaduh manja ngan dia. Aku dapat rasakan ayah bangga dgn kitorang sbb mampu jaga keakraban keluarga setakat ini. Dan kalau kita boleh terus jaga mak dengan baik, ayah tentu gembira kalau dia tau lah kan...

Tahun ni semua adik beradik balik. Ada tambah sorang adik ipar lelaki dan anak buah gadis. Alhamdulillah. Tahun depan tambah lagi dan lagi dan lagi.. Kita memang suka ramai-ramai. Baru laaaa meriah...

Wpun masih blom dikurniakan anak utk jadi wakil refund duit raya (hahahahaha), tapi takde rasa kurang apa. As long as hati ko redho dan terima kasih pada Allah atas semua yang dikurnia. Duit raya kena tulis kat sampul nama anak sedara. Kang tertukar dengan budak-budak lain. Emak pun dpt sampul tulis nama emak. Haha...

Aktiviti raya mcm biasa.. Makan, salam, makan, salam, buat air, minum air, angkat dulang, salam, bg angpau pastu budak2 buka angpau depan kita pastu duit.masuk poket, sampul baling depan pintu rumah kita... Aku terhibur..... Keseronokan bagi angpau tu terasa, wpun takde dah terima angpau. Suami ada bg, tp pastu kita refund balik kat dia buat isi minyak balik kampung. Maklum... Minyak mahal sekarang ni! Hmmmm...

Ok, salam syawal. Maaf zahir batin. Moga Allah merahmati dan mengampunkan dosa kita!

Tuesday, May 26, 2015

Coway Abah

Setelah berbincang, kami suami isteri sudah mencapai kata sepakat membawa berkat. Haha.. (moga berkat sungguh. Amin!) Kita nak belikan mesin penapis air Coway untuk abah (bapa mertuaku).

Dah lama dah berniat nak pasang kat rumah dia. Dah lama fikir. Kualiti air pun penting utk kesihatan yang baik. Sebelum ni keadaan belum mengizinkan. Macam-macamlah kan. Sekarang, Alhamdulillah rezeki yang sedikit ini boleh dikongsi bersama. Nak beri benda mahal, belum mampu lagi setakat ni. Mana yang mampulah kita senangkan orang tua kita. 

Demi kesihatan dan kemudahan abah ni. Susah dan leceh nak masak air pastu kena sejukkan. Lagi pulak, ada isu pasal bekalan air minum blablabla.. Maka, ok... Coway mmg perlu. Setakat ni, jenama ni paling munasabah lah. Rumah sini pun pakai Coway. Ada variasi nak air suhu bilik, panas, sejuk..

Cik abang minta adiknya yg duk Tganu uruskan pemasangan semua. Lagi mudah sebab kalau apa apa senang dia tau lah apa nak buat kan. Misal kata rosak ke, problem apa ke kan. Untuk model terbaru Villaem ni, cik abang bayar sewa bulan-bulan RM125 kalau tak silap. Termasuk servis 2 bln sekali.

Siapa berminat, boleh contact lah mana agent Coway... Saya takde jual! Hahahah

Latest Anak Sedara

Bulan lepas, 24/4/15 dapat anak buah baru. Ayah dia bg nama Nur Aathirah Humairah.

Nur- cahaya
Aathirah- yang wangi
Humairah- putih kemerahan

Semoga jadi anak yang berbakti kepada ibu bapa!

MakLong loves you....


Sunday, May 24, 2015

Berjimba dengan Imah

Semalam (23/5/15).

Ahli rumah semua g kenduri kahwin sepupu kat Serdang. Saya tak pergi sebab cik abang kerja. Ajak Imah berjimba sebab imah pun tak pergi kenduri. Tak muat kete. Gemok sgt imah ni sampai tak muat kete.

Sabtu cik abg keje bebas. Nak masuk lewat pun takpe. Saya ngan imah ikut cik abang g keje. Dia drop kitorang depan Jusco. Kitorang pun jalan masuk Jusco. Pintu Jusco baru buka! Hahaha semangatlah sgt ni.

Mula2 pi survey hadiah utk gathering. Pastu naik pi beli tiket wayang. Imah kan kaki wayang. Dia belanja kaki tidur (saya) tgk wayang. Hahaha.. Imah pesan, "Jangan tido tau, Along!" sambil membelek voucher popcorn dan air. Kenapa org tgk wayang kena makan popcorn? Tak boleh ke makan kerepek ubi ke, kerepek pisang atau kuih karipap mini? Wallahualam..

Tiket kol 12.30. Kita jalan pi Daiso dulu. Ish.... Leka duduk dlm Daiso ti. Belek-belek barang mcm mcm. Cute semua nya. Satu brg rm5.30. Tiga posen tu GST lah. Tak beli apa.apa.sbb malas nak.pikul.masuk panggung.

Dari jam 12.30-2.30, duduk layan Perfect Pitch 2. Tak tau lah filem kebenda. Ikut je lah kaki wayang. Mula-mula dah nak tertidur. Tp tahan aje mata sambil gigit popcorn guna gigi depan sebab nak avoid rasa mengantuk. Hahaha.. Best juga sekali sekala layan cerita orang muda.

Lepas makan (imah belanja), teman imah pi shopping barang gedik. Lepas tu, kol 3.30 cik abang jemput kat tmpt dia turunkan kitorang.

Esok, kaki lenguh...

Oh, dah tua sgt ke aku ni?

Monday, March 9, 2015

Nakal

Sunday, January 18, 2015

Icah + Afiq

 14/11/2014  Kitorang dapat ahli famili baru. Icah kawin dengan Afiq. Alhamdulillah. Nikah kat masjid. Majlis ringkas hanya keluarga terdekat sahaja dijemput hadir. Pertama kali Anep jadi wali dan nikahkan sekali adik dia. 




Lepas majlis nikah, ada kenduri kecil kat rumah. Semua buat sendiri. Kita ramai-ramai buat semua sama-sama. Menjadi juga. Semua nya persiapan dalam 2 minggu. Budak2 ni dah dapat kerja dekat dekat. Senanglah disatukan. Hati orang tua pun tak susah. heeeeeeeeeee... 



17/01/2015
Kenduri belah lelaki pulak. Majlis sambut menantu. Kali ni meriah sikit atas permintaan ibu pengantin lelaki. Kita hantar Icah ke rumah mak mertua dia jam 1.00 petang. 


Sedang molek perut tengah lapar dapat makan kat meja beradab plak.. Tah kenapa orang tua tua lain tak mau duk situ. Siap mention nama aku dengan cik abang kekuat suh duk meja beradab. Terpaksalah kan apa lagi. Udang panjat nenas... Tapi, tak suka udang sgt. Kita pass kat cik abang.



Kemain meriah adik aku kena andam. 
Hahaha Macam PashaSanda.. =)
Diorang duk sakat Afiq macam muka Taufiq Batisah katako!
Hahahahahaha...


Icah kawin org dekat aje. 10 minit je jarak rumah dua dua. Tapi, kalau traffic light merah lama sikit, drag lah waktu nya.. hahahahah.. Serius dekat. Apa nak dikatakan. Dah jodoh. Kemain kacak adik ipar baru aku. Yang menyebabkan aku kena pakai tudung bila dia balik rumah mak. hehehehe.. Sebelum ni adik ipar perempuan aje.



Selamat pengantin baru.  
Semoga selalu berpegangan tangan sehaluan sampai akhir hayat. 



Ini pertandingan tunjuk gigi ke?
Annisa bengang sebab blom bleh join. Gigi blom ada! 
HAHAHAHAHAH

Friday, October 31, 2014

Hakikat

Comel sangat gambar ni..

Hakikatnya, anak adalah untuk disayangi. Dibelai. Dimanja. Sebab anak adalah permata hati. Pengikat kasih suami dan isteri. Kalau yang takde anak tu, cara lainlah nak.ikat suami isteri kan.. Hehehe

Sangat sedih dan terhiris hati kita bila terbaca berita org buang anak kat tandas, kat tong sampah, sungai...belakang rumah... Mana lah hilang nilai kemanusiaan? Sekurang-kurangnya berilah peluang anak itu hidup.



Wallahualam..

Wednesday, October 8, 2014

Hari Raya Haji




Monday, September 29, 2014

Bella Azzahra

Anak sepupu terbaru.
Bella Azzahrah
Comel.
Berkulit putih dan bermata sepet.
Semoga jadi anak solehah buat ibu dan ayah.

Monday, September 15, 2014

Sesat Barat

Dah 2 minggu duduk Melaka. IC pun dah tukar alamat Melaka oi.. Tak sabar-sabar. Tak de laaa, Icah adik perempuan saya akan bernikah. InsyaAllah jika diizinkan Allah. Jadi, urusan nikah ni mcm borang ke apa ke senang lah kalau guna alamat terkini kan. Kitorg adik beradik IC semua alamat Serdang. Saya yang duk Terengganu 7 tahun pun alamat Serdang lagi.. Hahah.. Saya meneman Icah ajelah. Sambil-sambil berangan nak mengundi kat Melaka untuk PRU akan dtg. Kalau dipanjangkan usia...
Urusan dah bertangguh dua hari. Isnin sebab mengantuk. Selasa sebab malas. Hujan lebat. Mengantuk. Hari Rabu kalau kau bagi alasan mengantuk lagi memang kena libas dengan emak. Hahaha. Kitorang memang dah malas, tp emak dah keluarkan mukaddimah ilmu rimau. Hahaha baiklah, emak.. Kami pergi...
Sebab anak dara bersiap lambat, kol 8 lebih baru keluar dari rumah. Icah drive. Berpandukan Waze. Hahaha.. Sesat ke barat timur utara selatan. Tapi, alhamdulillah.. Sampai juga. Urusan sekejap sangat masa kat JPN tu. Tak sempat duduk, nombor dah kena panggil. Icah sampai tak sempat pi berak. Hahaha tak senonoh. Icah kaunter 5, saya kaunter 9.Tak sampai 10 minit. Siaplah... Lepas sejam pi kutip kat kaunter 3.
Kitorang g LHDN dulu. Buat urusan duti setem perjanjian sewa rumah. Bertangguh juga sampai dah ketengah bulan. Cik abang dah membebel dah sebab lama sgt tangguh. Sabarlah, abang. Masanya akan tiba juga. Nak cari bangunan LHDN sesat plak. Padahal sebelum jumpa JPN tu dah jumpa LHDN dah. Adoi... Pastu salahkan Waze.. "Waze ni tak update kot!" wakakakaka.. Icah susah ingat jalan. Yang aku ni, lagilah teruk kronik bebal taktau jalan.
Lepas uturn berkali-kali, pusing roundaboard dua tiga kali, sampai juga lah ke LHDN. Urusan LHDN pun sekejap. Tak sampai 10 minit. Awal pagi dan orang pun tak ramai.
Pastu, nak ke JPN semula plak nak collect IC. Hahahah sesat lagi tak jumpa JPN plak. Mak Andih betul lah kitorang dua beradik. Tapi, usahakan juga laaaa sampai jumpa. Jumpa laaa juga lepas pening dua tiga minit.
Sampai JPN, IC kita dah siap. Wo wo wo... Inilah muka sebenar. Yang alamat Serdang tu dah guna lebih 7 tahun. Dah terlalu berbeza. Gambar terkini lebih jelita hahahahahha.. Lantaklah nak perasan!
Haaaa! Lepas ke JPN nak ke Mydin MITC plak. Dekat dengan LHDN tadi tu. Hahaha... Nak cari motor Maman. Alaaaaa, mainan apa budak2 tu naik tu macam motor tayar empat tu. Tah kereta ke motor, tak taulah.. Sekali lagi, pening.... Lupa jalan! Hahahaha.. Kalau waze tu ada tangan memang ktorang dah kena tumbuk! Tapi, jumpa juga laaaa... Beli motor Maman, baju Annisa dan lunch sekali. Icah beli kasut kawin ke apa tak tau.
Rupa2nya, LHDN dgn JPN tu dekat aje. Kitorang dah sesat sampai ke Melaka Mall. Adoi!
Urusan rasmi sekejap aje. Yang lamanya adalah kesesatan yang dialami. Berhenti tepi jalan sebab nak reset waze, konon waze tu tak update. Padahal kita yang ngok! Pastu, isi petrol kasi banyak sebab kang sesat jauh takde hal nak patah balik. Hahaha
Lepas tu, singgah pejabat pos untuk pos perjanjian sewa rumah kepada penyewa. Pejabat pos kat pekan dekat nak sampai rumah. So, tak sesatlah. Kalau nak cari pjbt pos kat air keroh tu, memang sahlah akan sesat lagi dua tiga kali.
Huh...selesai jugalah urusan untuk hari itu. Boleh balik dengan senang hati. Emak pun tak marah dan boleh berlagak kat suami kita dah sampai air keroh sendiri tau.
Walaupun sesat..... Hahaha








Sunday, September 14, 2014

Pindah

Malam ni update blog dari Melaka. 1/9/14 kitorang gerak dari Setiu ke Melaka. Bertolak tengahari. Sampai tengah malam. Jalan jem kat merata tempat. Cuti merdeka dah macam cuti raya. Kesian driver lenguh kaki. Saya offer diri nak drive. Memang tak lah dia nak bagi. Manja sangat kan bini dia kan? Hehehe

Sampai je tengah malam. Terus tido lepas borak sepatah dua dengan mak. Takpe, mak! Kita ada dua tahun untuk bersama. Hehehe.. Entah-entah lebih kot.

Rasa happy dapat pindah Melaka. Lepas 28/8/14 last day keje kat Setiu, hati rasa lapang. Semua kerja yang boleh dibereskan, saya dah siapkan sebelum resign. Huhhhh...lega! Entah mengapa, udara yang disedut rasa segar aje lepas last day tu. Hahaha.. Macam teruk sgt je keje kan? Padahal.....

Hampir 7 tahun kerja tmpt sama. Macam dah tak de cabaran sangat kerjanya. Bosan. Boring. Huh..  Tapi, sedih juga nak tinggalkan. Banyak pengalaman. Terlalu banyak saya belajar kat situ. Takkanlah tak sedih. Masa last thumbprint out tu, masuk kereta ada nangis sikitlah. Saya pi round kampus sampai blok asrama lelaki semua. Hehehe takde keje.... Taklah.. Mungkin saya akan rindu juga beberapa perkara kat situ nanti. Setakat hari ni, blom rindu lagilaaa.. Heheh

Takpelah.. Kita duk sini pun dengan mak. Dapat belajar lagi masak-masak dengan mak. Jadi bibik mak sementara mula kerja baru dan start belajar. Untung2 dapat Dr. depan nama. Alhamdulillah lah, kan?

Tengah nak familiarkan jalan Melaka plak. Rasanya, Melaka ni senang je jalan. Cumanya, jalam kecik. Kereta banyak. Kena plak pemandu depan drive syiok sendiri.. Hahaha lepu.lah duk belakang..

Ok, dah malam. Jom tido! Oh ya.... Cik abang handle projek baru kat Putrajaya. Kerja dengan syarikat baru dengan gaji baru. Alhamdulillah... Rezeki Allah. Tapi, bila dah lama kerja... Kita akan faham, kadangkala duit tu bukan faktor utama. Bukan semua boleh beli dengan duit walaupun duit tu memang penting.

Kalau nak buat malas, saya boleh berhenti keje terus.. Dasar pemalas. Hahahaha.. Tapi, sebab dah terlanjur pi belajar tinggi, kenalah kerja juga. Tak nak membazir duit kerajaan bagi biasiswa. Wakakaka... Pulak tu anak pun takde. Kalau ada anak dua tiga, malas lah nak kerja. Hehehe.. Apa salahnya jadi surirumah ada Dr. depan nama? Surirumah pun kerja juga, kan?

Sudah, banyak plak membebel. Nanti bila saya rajin, saya membebel lagi..

Tata....