Pembaca Blog Ini...

Sunday, December 13, 2009

Mengapa sebenarnya?

Saya sibuk dengan aktiviti bersama keluarga.

Hari Rabu petang, saya telah bertolak ke KL, sebab abah minta tolong daftarkan adik ipar belajar di Shah Alam. Sampai KL jam 10 malam. Duduk rumah kakak ipar kejap, lepas tu terus broooooommm balik Serdang. Mak dan adik-adik tak de kat rumah sebab mereka semua balik kampung. Aim kan sunat. Dia 'berpantang' di kampung. Ayah, Icah dan Imah (kombinasi yang hebat) saja yang ada kat Serdang.

Hari Khamis... saya ke Gombak (rumah kakak ipar) ambil abah dan adik ipar. Kemudian, ke Shah Alam untuk daftar adik ipar belajar. Semua urusan settle dalam pukul 2 petang. Selepas settle semuanya, kena balik ke Serdang sebab nak masak untuk ayah. Mak kan balik kampung, jadinya tidak ada orang yang masakkan untuk ayah. Icah dah malas putus asa nak masak untuk ayah. (Macam mana ko nak kawin cah. Masak pun boleh putus asa. Nanti pak mertua dan ipar duai ko mengutuk tau. Ko kena kawin dengan anak raja laaaaaaa). Icah dan Imah ikut sekali balik kampung. Ayah pun balik juga tapi, esoknya pukul 11 pagi ayah dah pergi kerja.

Hari Khamis juga, (malam)... Saya ajak abah dan ipar duai ke kampung mak saya di Melaka. Saja ajak tengok-tengok laut. Abah pun tak pernah sampai Melaka (kot). Jadi, seronok juga abah dan ipar duai dapat makan angin di Melaka. Saya nak update blog malam tu, tapi dek kerana Icah nak pinjam broadband nak tengok result dia (dapat AD lagi sem ni) Itu yang terjadinya entri di atas kertas tu!

Hari Jumaat (pagi)... Awal gilo bangun. Maklumlah, abah kan ada. Nak kena pi buat air laaaaa.. apa laaaa.. Sebab abah kan nak makan ubat. Hmm.. lepas tu, pi cari remis (nanti saya cerita ek). Lepas tu, sibuk masak untuk makan tengahari.. Abang bawak abah dan ipar duai pi round bandar Melaka. (nanti saya buat entri) Adui.. sakit kepala tauu sebab sepanjang kami di kampung, cuaca sangat panas sampai saya rasa macam nek meletup je kepala. Banyak sangat terhidrat sampaikan saya terpaksa minum 100 plus. Lepas Asar, balik Serdang semula.. Icah dan Imah kena ikut sebab mak suruh diorang jaga ayah. Abah ajak singgah di Port Dickson sebab tak pernah sampai lagi. Ok, no problem...(akan ada entri mengenainya nanti)

Hari Jumaat juga.. sampai ke Serdang dalam pukul 8. Kepala sangat panas dan sangat banyak terhidrat. Kaki pula cramp kat betis. Uiiiiii.. gila banyak berjalan sampai cramp. Lepas tu telan panadol sebab kena gigih nak pi Jusco. Heheheh.. Pi Jusco Equine kejap je. Beli laaaa 2-3 barang sebab sekarang YES kan. Berpada-pada cik abang cakap. Sebab 'bulan' jauh lagi.. hahahha..

Balik terus buka laptop ingat nak update blog. Tapi sangat letih dan tak boleh blah dah nak menaip. Lepas tu, upload gambar-gambar je sebab kat rumah saya di Setiu, broadband macam tuuuuuuuuuuuuut.. Kat rumah ayah ni ada streamyx.. heheh..

Hari Sabtu.. Pergi kenduri kahwin sepupu cik abang di Rawang. Huhuh (entri nanti ek)

Hari Ahad.. Rehat di rumah sahaja. Cik abang nak siapkan kerja dia. Boss sudah bising. hahahah.. Malam tu, naik bas. Jom balik ke tempat mencari rezeki!

Haaaaaaaaaaa... itu lah sebab kenapa tiada entri baru ye Ayu..
Entri2 selepas ini adalah entri autopublish ye...........

3 comments:

zh-ena said...

dasyatnya jadual ain..penuh dan padat..klu ajak jumpa confirm tak berkesempatan kan

Anonymous said...

hjg thn mmg ada mcm² plan..full gitu

Sidratul Muntaha said...

ain-ain..
sengal sungguh..
hmm..naper ler gi PD ari jumaat..
klu ahad..boleh ler kta dating berdua..
bebelog berdating..
mahunyer sentap laki ain nnti!!
ahahaha..