Pembaca Blog Ini...

Friday, January 22, 2010

Daging Lada Hitam, Entri Live, UPM, 'Nebes', Laju....

Hari ini semasa menaip entri ini, saya berada di Serdang. Saya baru lepas sarapan nasi dengan daging masak lada hitam masakan emak yang lazat dan tiada taranya di dunia yang fana ini. Rasa nak menambah, tapi...... hahahaha.. sudah kenyang! Alhamdulillah.......

Ok.. ok... bukan itu yang saya nak cerita sebenarnya. Sebenarnya, saya tak tahu nak cerita apa pun pagi ni. Tapi, sebab dah lama tak menaip entri secara live kan.. Asyik autopublish sahaja. Kadang-kadang entri taip siap-siap untuk dua minggu. Bz oooo sejak dua menjak ni. Itulah pasalnya, ada banyak blog yang saya tak sempat nak komen kebelakangan ini. Saya cuma tak komen je, tapi... saya memang baca.. Jadi, rasa bagaikan rindu pulak! =p

Pagi ni, kira-kira jam 8.30 kejap lagi, saya dijadualkan menghadiri meeting penyelarasan di UPM. Tapi, sekarang ni jam 7.30 pagi, masih belum mandi lagi. Tak pe, UPM tu bukan jauh mana pun. Rumah mak saya ni pun dah kat tepi pagar UPM je ni haaa.. Kalau nak lompat masuk pagar pun boleh. Tapi, kang pak guard sentap lak kan.. kah kah kah

Tetiba rasa macam nervous pulak dah kali ni. Sebelum Jumaat harap boleh settle semuanya. Harap sangat penyelaras UPM tak banyak hal sangat kali ini. Bukan apa, kali ni jumpa penyelaras UPM yang saya tak pernah jumpa. Selama ni, duk harap officemate je pi jumpa sebab saya ada dua subjek nak kena pi meeting. Kali ini, satu subjek je, jadi nak tak nak kena pi jugak laaaa.. Itu lah yang nebes tu, ditambah dengan cakap-cakap orang tentang Dr. yang ini macam 'menakutkan' kan kan kan... Tak pe laaaa, terjah je laaa.. Apa nak jadi, jadi laaa kan...

Hmm.. kat sebelah saya sekarang ni, cik abang tengah duk kroh...kroih... lepas solat Subuh tadi terus dia bum bum semula. Kesian dia.. Keletihan.. Malam tadi sampai Gombak pukul 9 malam. Laju nak mampus bawa kereta. Dari Setiu pukul 4 petang, pukul 9 dah terpacak kat Gombak. Saya pulak, mengantuk nak mampus. Asyik laaaa tidur je. Tak boleh harap betul co-pilot. Berbulu je cik abang tengok!



Terima kasih lah abang sayang sebab sudi meneman owang kali ini!
Nanti owang buatkan Nasi Goreng Marah Sedap untuk abang ye..
(Nasi Goreng Marah Sedap, ialah sejenis nasi goreng yang dimasak
dalam keadaan marah dan tidak ikhlas, tetapi tetap sedap....
~Jangan amalkan, nanti tak dapat pahala)


~nak pi mandi dah......
Lepas-lepas ni layan entri autopublish laaa ye.
Entah berapa minggu punya entri saya pun tak ingat.
Kalau makanan, dah basi tak boleh dimakan dah.. hehehhe


5 comments:

Zura Tahir said...

zura pun klau masuk je kete sure nk tido...sbb kena air-cond kan...hehehe..

~ain said...

ye... ain mmg itu aktiviti wajib. sejak berlaki ni kurang sikit laa sebab kena meneman suami memandu. tp kadang2 gagal juga sebab tertidur jugak.. kahkahkah

zh-ena said...

hehehhehehe mmg sma la kita ain..duk sebelah confirm tido punya

Anonymous said...

ohh... has ada nasik goreng malas sedap ;)

~ain said...

ena.. itulah.. cik abang hangin je.. kadang-kadang dia dengki, siap dia tepuk peha kuat-kuat.. terkejut diriku ini.

has.. nasi goreng malas sedap lebih baik dari nasi goreng marah sedap. nasi goreng marah sedap, siap ada ulaman jelingan lagi tau.. hehhe