Pembaca Blog Ini...

Monday, January 25, 2010

Multicrops Central Market

Hmm.. masih di Cameron Highland.
Kami kemudiannya ke Multicrops Central Market.
Uihh.. mentang-mentang lah kat tanah tinggi sekarang ni,
semua tempat nama orang putih ye!
Layankanlah saja ye..



Suka sangat tengok strawberri.
Buah ini semacam sudah menjadi 'duta' untuk Cameron Highland.

Warnanya yang merah menyala, buat saya teruja!

Warna merah juga membuatkan rasa cinta menyala-nyala.
Kah kah kah..


Calculator strawberri merah ini adalah sangat hebat sekali!
Comel tau!
Murah je satu RM5.90
Kalau warna hijau (putik) tentu saya dah beli.


Walaupun dikelilingi dengan objek berwarna merah,
menjenguk warna kegemaran saya adalah perkara WAJIB!

Di Multicrops Central Market ini macam-maca ada tau.
Bukan strawberri sahaja.
Kapal pun ada.

Bunga pun ada.
Alaaa.. selain strawberri, bunga-bungaan segar juga
merupakan 'duta' tanah tinggi.
(Mungkin juga mereka berkongsi royalti ~tak de kena mengena)

Saya tak tahu nak beli apa.
Akhirnya, terbeli juga selipar ni.
Heheheh..

Kaki dah macam kaki gajah kena untut dah!
Hua hua hua...

2 comments:

zh-ena said...

tgk percutian ain nie lagi membuatkan ena tak sbr2 nak pergi cameron hari sabtu nie

~ain said...

selamat bercuti na.. seronok tau!!!