Pembaca Blog Ini...

Friday, February 12, 2010

Belajar Memaafkan Orang Lain

Dalam hidup kita ini, sudah pasti pernah berlaku satu dua perkara yang membuatkan kita marah. Perkara yang membuatkan kita rasa dianiaya, dipinggirkan dan diabaikan. Perkara yang menampakkan seolah-olah kita di pihak yang benar atau mungkin insiden yang melukakan hati.

Kadang-kadang kita tersepit di celah-celah keinginan kita dan kehendak orang lain. Kadang-kadang kita rasa mengapa perlu kita abaikan diri sendiri semata-mata untuk kepentingan orang lain. Kenapa kita perlu memikirkan apa orang lain akan cakap kalau kita buat begini.. begitu..

Kadang-kadang kita tidak rela untuk buat begitu. Tapi, kadang-kadang kita terpaksa. Kadang-kadang kita rasa disusahkan. Kadang-kadang kita rasa benci. Kadang-kadang kita rasa menyampah. Kadang-kadang kita rasa mengapa orang buat begitu terhadap kita. Kadang-kadang kita fikir mengapa orang terlalu mengharapkan kita untuk itu dan ini.

Mengapa? Kenapa? Kadang-kadang semua ini tak dapat diterima akal!

Tapi, ketahuilah...........


Apabila kita mula belajar memaafkan orang lain, segalanya akan ok!

Smile!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

5 comments:

zh-ena said...

tapi kdg2 org lain mudah amik kesempatan pd diri kita

Nurhayati said...

setuju ngan kata2 tu..
cam yati tgk kes yg dialami..
kalau tak teruk maybe sekejap je maaf.. kalau teruk amik masa gak le. huhu

~ain said...

ena.. itulah pasal. kadang2 serba salah..

yati.. memang.. nak maaf senang, tapi nak lupa... uii.. bertahun2 kan..

Zura said...

yup...memaafkan itu yg terbaik...

~ain said...

zura.. nak maaf senang. nak lupa payah. lebih2 lagi kalau orang yang buat tu kita percaya..