Dalam hidup kita, kita memerlukan pelbagai informasi
untuk diaplikasi sehari-hari.
Informasi ada macam-macam jenis.
Namun, saya ada sesuatu yang menarik nak dikongsi bersama mengenai ......
untuk diaplikasi sehari-hari.
Informasi ada macam-macam jenis.
Namun, saya ada sesuatu yang menarik nak dikongsi bersama mengenai ......
Majalah yang ada di pasaran pada ketikan ini banyak yang mendorong kita supaya berbelanja lebih banyak duit dari yang sepatutnya. Ianya menarik kita supaya sentiasa berbelanja.
Majalah berkaitan wanita menjadi antara penyebab utama kenapa individu yang bergelar ‘perempuan dan wanita’ suka shopping. Kajian yang dibuat oleh kami mendapati, individu yang suka membaca majalah lebih banyak yang berbelanja di luar kemampuan. Individu yang hanya membaca majalah yang berkualiti tidak mudah dipengaruhi dengan dorongan untuk berbelanja melebihi had garisan normal manusia.
Antara perbelanjaan yang menyebabkan kita melampau batasan berbelanja adalah entri dalam majalah berkenaan adalah ;
- Hiasan dalam yang ‘tidak berpijak di bumi nyata’, semua hiasan itu hanya mengalakkan kita menukarkan perabot dan aksesori dalam rumah kita.
- Set alat mekap yang mahal dan mewah yang selepas digunakan muka kita sudah menjadi seperti bintang superstar, tetapi apabila lapisan mekap itu tertanggal, rupa kita yang sebenar tetap kelihatan.
- Pakaian yang menampilkan kejelitaan ketrampilan sahaja, tetapi tidak untuk kejelitaan sosial. Mengalakkan kita menambahkan koleksi baju yang mahal dan mewah. Supaya kita dilihat eklusif.
Bagi lelaki, majalah berkaitan kereta dan aksesori menjadi punca utama kenapa sebahagian dari kereta yang berada di atas jalan raya dihiasi dengan pelbagai rupa. Dari Stereng kereta sehinggalah ekzos kereta. Jika kita lihat, banyak duit yang dibelanjakan apabila kita mendekati majalah seperti ini.
Yang paling menakutkan sekarang, apabila timbulnya individu dan kumpulan yang menawarkan peluang membuat duit yang diiklankan di dalam akhbar, tv dan majalah. Berhati-hati supaya kita tidak tertukar yang mana satu permata dan yang mana kaca. Luahan klien yang sudah kerugian ratusan dan jutaan ringgit apabila menjadikan informasi ‘tidak berkualiti’ sebagai teman hidup.
Tepuk dada tanya iman.
No comments:
Post a Comment