Pernah dengar tak tentang orang
pi makan kenduri tapi tak dapat makan?
Pernah mengalaminya tak?
Seumur hidup saya, saya pernah dua kali mengalami situasi
yang orang gelarkan Lebai Malang.
Di kenduri siapa?
Tak pelaaaaa... biarlah saya simpan ianya menjadi rahsia.
Jadi, saya tak nak lah pisang berbuah untuk kali ketiga.
Saya minta cik abang belikan sedikit alas perut
semasa dalam perjalanan ke kenduri kahwin Wana.
Manalah tau kan...
Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan...
Cik abang yang sedang menjinjit beg plastik
berisi makanan alas perut!
(Suka sangat dia pakai baju purple tu!
Tak tahu lah kenapa?
Macam rimas pulak tengok.)
Pisang goreng yang sedap.
Cik abang kata, rugi beli sikit.
Heheheh
Makanan macam otak-otak tapi bukan macam otak-otak.
Makanan ni biasa jual di pantai timur ni.
Makanan ni biasa jual di pantai timur ni.
4 comments:
satar rasanya
ena pernah mkn dulu tapi tekak tak blh nak teriam la
Mungkin Aziz Satar suka makan sata/satar ni... hehehehe
ena.. ye ke? maxim yang pemain piano antarabangsa suka satar ni. dulu ain tengok dalam rancangan jalan-jalan kat TV9
Ayah.. Mungkin juga! (hah hah hah)
Post a Comment