Saya mengeliat dengan bersungguh-sungguh, "Hmm......"
Kemudian, terus teringat sesuatu lalu bangun dengan begitu mengejut sekali, "Alamak!!! Hadiah tak balut lagi! Pembalut hadiah pun tak beli lagi. Alamak aiii.. Sempat ke tak ni?"
Terus bangun, gosok baju dan mandi....
Singgah di kedai menjual cenderahati dan cepat-cepat masuk dalam kereta.
Tadi, keluar rumah dengan gunting sekali.
Nak balut hadiah dalam kereta cadangnya.
Masa snap gambar ni, tengah dok fikir.
Macamana nak balut dalam kereta ni.
Boleh ke tak ni.
Nak tak nak kena boleh juga laaaaa...
Masa cik abang berhenti isi minyak dan pam tayar,
terus je mulakan operasi.
Akhirnya, selesai juga!
Boleh juga membalut hadiah di dalam kereta.
Masa beli pembalut tu, ada gak beli paper bag sekali.
Malangnya, hadiah besar dan tak muat paper bag.
Pikul gitu je laaa masuk rumah pengantin.
2 comments:
wooooo ena pun pernah sekali balut hadiah dlm kereta..mmgg payag gila ialah sambil hubby drive kita kat belakang balut hadiah..seksa sggh la
ena.. seksa kan.. sabar jelaaaa sebab dah tak ada masa lain dah. kena gak laaaa tahan badan kat belakang tu.
Post a Comment