Pembaca Blog Ini...

Saturday, February 13, 2010

Kalau Bukan Kita yang Sokong Produk Kita, Siapa Lagi? Haaaaaaaaaaa... jawab! Jawab!

Sekarang pukul 5.32pagi. Apo kono si Ain ni tak tidur lagi?

Entah.. Ini semua gara-gara dah tidur petang tadi sikit punya lama.
Lepas tu pulak, nak 'mengerjakan' Maria Al-Qibthiyah (tajuk novel baru). Ye, diam tak diam sudah hampir 3 buah novel siap awal tahun 2010 ini. (Walaupun bukan 100% hasil kerja saya, tapi oklah kan... 20% +50% =70% kan? Lepas ni tambah 80% lagi.) Haaaa... banyak kan? Alaaaa, saya bukan penulis novel sepenuh masa. Sambil-sambil je. Isi masa lapang, tambah ilmu dan kemahiran. Apa salahnya kan kan kan?

Saya baru lepas jalan-jalan ke forum yang membicarakan hal kereta. (kalau cik abang tahu, mesti dia kagum sebab saya mengikut jejak langkah dia~ambil tahu pasal kereta)

Bukan apa. Saja menambah pengetahuan tentang isu-isu semasa. Nanti bila cik abang cakap pasal kereta, idak le saya termangu-mangu keseorangan dan kekeliruan kan? =) Cik abang pun macam sedikit anti dengan Proton. Ek eleh......

Saya nak cakap ni. Lebih kepada luahan perasaan dan pendapat peribadi laaaaa... AMARAN: Jangan gunakan pendapat saya ini untuk membuat keputusan membeli kereta tau!

Pasal orang kita duk kutuk-kutuk kereta nasional. Persona bontot tonggek la. Waja kereta orang kampung laaaa.. Proton BML huduh macam orang tua bongkok la. Savvy buruk macam telur dibelah dua la.

Hello? Bagi saya, sesiapa yang berkata begitu ibarat macam kutuk anak sendiri jek. Proton itu kan syarikat Malaysia. Kita orang Malaysia, beb! Sampai hati korang kutuk anak sendiri? Korang sampai hati ke nak cakap anak korang huduh? Korang rasa korang suka ke orang cakap anak korang huduh? Hahahah.. Fikir dan jawab dengan ikhlas.........

Hehehhe.. Emosi ok i pepagi buta ni.

Idak lah.. Saya berpandangan begini BUKAN SEKALI-KALI sebab mak pak saya ada kerete Proton. Mak saya ada Toyota. Ayah saya yang pakai Proton. Comel dan jimat minyak ok Proton ayah saya. Hehehe.....Tapi, sebab saya rasa adalah tidak patriotik sungguh anda-anda yang mengutuk secara berlebih-lebihan. Kutuk sikit-sikit dah lah. Sebab kutuk sikit-sikit tu perlu jugak kadang-kadang. Kang kalau tak kutuk kang perasan baguih pulak.. (Perlukah bercakap pasal semangat patriotik pepagi hening ini?)


Saya tidak menafikan Proton memang perlukan kemajuan dari segi kualiti. Tapi, ok lah kan. Berbaloi laaaaaa dengan harga. Takkan hangpa beli kereta Proton hangpa nak kualiti macam Honda ke Merc ke Lancer ke.. Mana nak cari, beb! Idak lah dapat den nak nolong nye (Ape kes cakap campur-campur? Kejap utara timur barat semua loghat keluar ni? Layan saja laaaa Ni gara-gara duk tengok Raja Lawak (Idlan Abang Kassim lah ni..)~takpe... kita 1 Malaysia kan?


Lagi satu hal, idak lah semua pasal Proton ni teruk. Ada juga yang elok kan? Ada yang kata Perodua bagus dari Proton. Tapi, pada saya Savvy tetap best berbanding ViVa.. (Ini bukan ayat bodek ayah ye!)
Setiap apa yang ada kat dunia ni kan ada baik buruknya. Jadi, janganlah terlalu amat mengutuk, mengata bila kita tak suka. Kang tetiba jadi suka kang.. Haaaaaaaa.. kan terpaksa jilat ludah sendiri kang.. Sape nak jawab? =)

Pada sesiapa yang mampu boleh lah beli kereta luar. Toyota Honda Merce Beemer Mitsubishi Nissan dan segala sewaktu dengannya. Tapi, kalau yang tidak mampu tu... Haaaaa.. kan kan kan? Fikirlah .. Lagipun, kengkadang ada juga kereta mahal ni buat hal kan? Walaupun memang sangat jarang, tapi bukan tak ada kes pengeluar kereta mewah buat product recall.

Ada pulak yang suh Proton tutup kilang lah apa laaaa.. Dah tu anak bini mereka nak makan apa oiiiiii?? Itulah masalah orang kita (saya tidak berkecuali). Main cakap je. Kebanyakan yang kerja dengan Proton tu orang Melayu laaa.. Eh, lawak ok! Emosional terlebih. Tak pasal-pasal saya terjebak sama ter emo macam diorang.

Walau bagaimana pun, saya tetap mendoakan produk kita akan berjaya satu hari nanti (ayat macam dah putus harapan). Biar nanti orang-orang berlagak kaya, berlagak bagus kat Malaysia semua melutut nak beli produk negara sendiri. Lepas tu, pi pindah jauh-jauh tak yah duk Malaysia dah. Semua barang nak beli yang import export... Kalau nak beli, hang beli laaaa. Jangan nak kutuk yang Malaysia buat. Tak baik! (Lihat! Saya hari ini ter sangat patriotik) ~tetiba dapat idea. Lepas cuti CNY ni, nak suruh student buat assignment tentang Barangan Kita vs Barangan Import.

Apa-apapun memang ada prons dan cons dalam hal ni.
Kadang-kadang memang iye kita mestilah sedih kan..
Beli kereta pastu tetiba baru je lagi dah rosak sana sini.
Kereta bukannya macam coklat Cadbury boleh berhenti kat
Petronas Mesra je untuk nak beli kan....

(~eh, Ain! Ko kutuk ke apa ni? Entah.. aku sendiri pun tak faham)

Dah tu, Ain!
Sembahyang Subuh. Lepas tu masuk tidur!!

OK!

8 comments:

Anonymous said...

hehhee cayala ain pas subuh br nk tido ;)

* setuju. beli ikut kemampuan la kan. tp jgn la duk kutuk2 kete nasional... x patut sungguh rsnye..


p/s: ex-driver kancil & wira ;)~ kedua² ni besh..berjasa ;)

Zura Tahir said...

apaaaaa.....savvy mcm telur terbelah dua.....gggggggrrrrrrr...

tp savvy mmg best bawak ain...xberat n xringan sgt..sedap2...

tp spare part dia...mak aiii punyelah mahal nk mampos...

zh-ena said...

emmmm betul tu jgn mengutuk levih2 nnti terjatuh cinta susah plak

ise said...

Ala cakap jelah nak beli Persona,tak yah gi melalut pagi2 buta ni

~ain said...

has.. that's the holiday for.. hehehe. betui kan has.. nak kutuk pun, agak2 laaa bebb.. hehehe

zura.. ayah ain pun kata sparepart savvy mahal. hmm... tapi mmg best bawa savvy berbanding Viva.. Minyak pun jimat.

ena.. ye laa.. kita tak tahu masa2 akan datang kan?

abang.. ek eleh.. apehal? =p

Sidratul Muntaha said...

sebenarnya..
ikut cik sam (yg keje dgn service n maintenance keta korea :ssang yong)
mana - mana keta ni sama je ain
kurang lebih aderlah system
tak sume system keta tu boleh matching dgn design n segala tok nenek r&d nyer
tpi senang citer..
klu takde improvement..mmg ler kat market keta tu tak laku.
otehr thing..
klu berduit mmg tak kisah pakai keta mahal tpi kita idup ikut keperluankan?
other aspect,betul jugak klu proton tutup,abislah periuk nasi depa.
sebenarnya,pokok pangkalnya adelah management issu.
tu kena tnyer pihak yg berkenaan.
takleh blame gov 100% tpi as user still kena kiritk jugak supaya depa tingkatkan kualiti.
klu sume kata proton buruk..klu kata produa cela..
camner ler automobile industri kat negara kita ni nak menigkat.
dahlah rata - rata sumenyer hangat - hangat taik ayam...
makanya..sana sikit n sini sikit,.
dptlah naik industri negara.
takde yg kecil menyumbang ni..
belum tentu kita yg lenlain dapat beli keta yg beso - beso.
(timbal balik dari segi perdagangan ekonomi: aku ltk brg aku kat negara ko..ko ltk brg ko kat negara aku plak)

kdg2 org bercakap tu..sumber dan knowledge takde
main ckp..main terjah..
takde fakta..
takde alasan dan penyebab yg kukuh..
senang citer..org tak mengaji ler..
ade ker kutuk lebih - lebih.
org tua selalu ckp..jgn kutuk lebih - lebih.
nnti,yg ko kutuk - kutuk tu ler yg ko gunakan esok bila susah.

Sidratul Muntaha said...

opps luper...
kami pakai proton basic jer..
org kata keta kebal.
ok jer...
klu dikutkna hati nak pakai rexton ker..storm ker..
\tpi bile pikir maitenance,nak - nak ayu pernh keja kapal terbang n sam keje tuk keta2 gitu..
main pasir ler tiap2 bulan even gaji 10k pun sbb minyak itam jer dah dekat 1k lebih..
'TAK LEH TAHE!!'

~ain said...

ayu.. mak aiiii.. panjang nya komen..

memang betul kata ayu tu.. ukur baju di badan sendiri.. barulah kita akan hidup tenang, aman dan damai...