Pembaca Blog Ini...

Friday, February 12, 2010

Umpama Tikus Membaiki Labu

Hmm.. macam mana nak mula ni ye.
Ok.. Saya cerita sikit sahaja ye..

Situasi pertama
Ketika mesin basuh baru sampai. Beliau menggunakan kreativiti menyambung mak nenek paip, memotong paip sana sini.. Akhirnya, dengan tidak semena-mena paip tersebut patah dan seterusnya menjadi bocor! Adui....



Situasi kedua
Ketika rumah berselerak dengan wayar itu dan ini, beliau sangat ringan tulang mengemas. Sambung wayar A ke B, wayar B ke A.. Akhirnya, connection streamyx failed. Kami ni sama-sama buta kayu bab-bab teknikal ni. Terus tak boleh nak connect. Bila saya tegur dia, dia merepek. Dia kata lebih kurang macam bukan salah dia laaaa.. Dia marah sebab saya macam nak salahkan dia. Ok, saya senyap je lah.. Malas nak bising....

Lepas tu, saya call 100. Pompuan operator tu suh call agen yang pasang. Call lah agen.... Baru lah tahu yang wayar salah sambung.. Gila punya lawak ok. Apa yang lawaknya ialah riak wajahnya yang adui...... tak tau lah macam mana nak cakap. Muka macam dah bersalah lepas tu macam malu... Hahahahha

Tapi, tetap comel..

At least, he's tried!

I love you soooooooooooo much!

4 comments:

zh-ena said...

hehhhehehehehe tak tahu la nak ckp apa ain

~ain said...

ena.. gitu laaa ena.. macam2 hal kadang2 tu. dia rajin mengemas, tapi kdang2 bukan2 je yang dibuat.. ada ke dia masukkan tudung owning i dalam mesin.. hadui...

sabar je la... bersyukur la sebab dapat suami yang rajin -p

Sidratul Muntaha said...

lebih kurang cam cik sam ler..
takleh tegur - tegur
diamkan jer
nti abis caca marba baru ler rasa bersalah!
ekekeke.

~ain said...

ayu.. memang betui.. kalau kita cakap kang tersalah cakap dia merajuk.. biar dia sedar sendiri adalah lebih baik.. heheh