Pembaca Blog Ini...

Friday, February 26, 2010

Kopitiam Serai Madu

Lepas pi pesta buku, pi solat maghrib kat masjid...
Hmmm masjid ape ek?
Cik abang selalu sebut masjid tu masjid ladang.


Lepas tu, perut dah lapar beno...
Singgah makan kat sini. Kopitiam Serai Madu.
Kat area Hotel Grand Continental!


Nak makan western food sekali sekala kan.
Kat Setiu mana laaaaa nak jumpa western food ni kan.
Ye laaaaa.. kita kena faham lah kan..
Kita tak boleh nak expect yang bukan-bukan kan?
Kang kecik hati orang Setiu..
Hahahhahahahahha



Kami order teh 3 layer.
Bawah sekali tu, air gula merah.
Tengahnya susu.
Atas sekali teh.
Boleh tahan laaaaa sedap nya.
Tapi, tak boleh selalu-selalu laaa.
Tak bagus untuk kesihatan!


Makan chicken chop je pun.
Tak best laaa ayam dia macam rasa ayam tak mandi.
Macam mana rasa ayam tak mandi..
Tak reti nak cakap, tapi macam tu laaa...


Bila dah licin lecut pinggan chicken chop yang sebesar alas pasu bunga tu,
baru lah saya ternampak orang cina keluar dari dalam dapur dia.


Cik abang pun tanya saya,
"Aik? ini kedai cina ke kedai Melayu?"


Tak perasan pula hal ni masa masuk makan sini.
Sebab pelayan dia orang Melayu.
Interior kopitiam pun macam kedai Melayu.
Maksud saya kat sini, tak de pun tulisan cina ke..
Susunatur pun macam kedai makan Melayu yang lain.
Macam memang berniat nak kaburkan mata pelanggan.
Ambil pelanggan Melayu, nama kopitiam pun nama Melayu...


Masa kami makan tu,
siap ada pak haji pakai kupiah putih lagi duk makan minum kat situ.


Sekali bila terpandang cina pek tu,
terus rasa macam was-was.
Atau cina tu dah masuk Islam ke?
Tapi, kalau pi makan kedai orang yang
tak menutup aurat pun
rasa macam dah tak berapa sedap hati kan?


Aduiii..... apa mau bikin?
Chicken chop dah habis sepinggan!


Balik rumah terus godek google!
Baru je baca entri dalam blog OneYani...
Rupa-rupanya dia pun confuse dengan kopitiam ni.
Lain kali, kalau nak makan kat mana-mana kena tengok kiri kanan dulu kan.


Zaman sekarang ni macam-macam hal ada
yang tak diduga langsung!

Makan kat rumah lagi selamat!

4 comments:

ise said...

alhamdulillah kenyang makan cina masak bruuupp

zh-ena said...

teringin nak rasa air teh yg mcm tu

~ain said...

abang.. abang kenyang ke? apesal balik je pi terjah roti ngan kaya kat dapur nun?

~ain said...

ena.. kat KL banyak dah yang duk jual air ni..