Pembaca Blog Ini...

Monday, February 15, 2010

Sehari Ada Dua Kenduri

Hari ini adalah penat tetapi seronok.
Keseronokan tergambar di wajah saya ini.


Menghadiri rombongan pertunangan
sepupu cik abang di Pasir Mas, Kelantan. (kelantan again)
Sepupu cik abang tu lelaki.
Jadi kami ini mengikut rombongan laaaa...
Rombongan bapak laaaaa ramai.
Kira-kira dalam 40 orang semua.
Penuh rumah bakal pengantin perempuan.

Barang hantaran.
Dari lelaki yang warna kuning tu.
Dari pihak perempuan, gubahannya warna merah.

Inilah tunang kepada sepupu cik abang itu.
Amy Natasha.. Uiiiiiiiiii.. macam actress. =)

Cik abang sedang makan bersama kawan baiknya.
Cik abang kata, ini kawan zaman kanak-kanaknya.
Kalau beratur kat sekolah, kawan dia ni belakang sekali.
Cik abang kedua last..
Dua-dua tinggi dan BESAR!

Ini pelamin untuk sarung cincin tu..
Tak de gambar masa sarung cincin sebab
saya dah tersalah pilih port.
Dah susah nak ke depan, sebab rumah dah penuh...

Selamat bertunang untuk Farid dan Amy.
Semoga cepat-cepat ke jinjang pelamin.

Dalam perjalanan balik, singgah pula di majlis perkahwinan
kawan sekerja saya di Besut.
Apa daaa nama kampung dia, tak ingat pulak saya.
Ini kira bestfriend masa kat opis laaa..
(boleh pulak bestfriend tak ingat nama kampung? ahhhh.. belasah je laaaa)

Zie ni tengah tension sebab kena mekap
dengan mak andam dan berjam-jam lamanya.

Pulak tu, Zie tak biasa bermekap.
Bila mak andam tu sentuh je celak kat mata dia,
dan dan tuuu bijik mata dia berair.
Merah gilooo mata cik akak tu.
(dulu, saya pun macam tu.. Mekap tang mata je dah berjam-jam)

Sabar je, Zie.....
Sekali seumur hidup...!

Saya tak sempat nak tunggu dia pakai veil2 tu semua.
Nak ambil gambar ngan pengantin pun tak sempat.
Ye lah, saya datang dengan pak mertua sekali.
Takkan nak biar abah duk luar lelama pulak kan..
Kalau saya berdua je ngan cik abang, tak pelaaa..
Sebab cik abang willing to wait ...
hahahhhaha..

Untuk Zie dan Saipuddin. Selamat pengantin baru.
Semoga bahagia hingga hujung nyawa!


psstt.....
Syok-syok je pi jenjalan, bila balik nampak laptop,
terus teringat manuskrip Maria Al-Qibthiyah tak siap lagi..
Adoiiiii!

Esok dah kena kerja!!!
Waaaaaaaa... malasnya!

5 comments:

Tie HT said...

comel lotte org pasir mas..saya penah pegi kenduri kat sane di kg. Pohon Buluh

Imran Yusuf said...

Kerja, jangan malas-malas.

Manuskrip ayah ada berbaki 13 muka surat sahaja lagi -- jom lomba tenguk siapa yag siap dahulu.

~ain said...

kak tihara... orang pasir mas mmg come2..

ayah.. tak malas dah. sudah rajin.. mesti ayah yang menang..

AJIB said...

Kelantan is the great....

~ain said...

mohd razzid.. Ye ke? Mana awak tau ek?