Pembaca Blog Ini...

Monday, March 1, 2010

Kipas Angin Naik Harga

Cik abang bertanya kepada abahnya,
"Abah, abah beli berapa riya kipas besi tu?"

Abah menjawab,
"RM80 sajo di Batu Enam."



Kami berangan-angan untuk membeli kipas seperti abah.
Di rumah kami sudah ada kipas syiling
di ruang tamu dan kipas meja di dalam bilik.
Namun, cuaca sekarang ni membuatkan kipas-kipas tersebut
seakan-akan tidak releven lagi untuk kegunaan kami.

Selepas pasang cermin baru untuk Si Comel saya,
terus je pi kedai yang jual kipas besi ni.


Kedai Pertama
Cik abang membelek-belek kipas besi
dan bertanya kepada tuan kedai,
"Mokcik, kipah hok ni berapo ni?


Makcik bertudung litup itu menjawab,
"RM240. Hok kecik ni, RM180."


Cik abang terkedu seketika.
Dia budget dalam RM80++ je.
Ye lah, mengikut kata abah kan?
"Tak pe, mokcik.. Kito tengok-tengok je dulu."



Kedai Kedua
Cik abang memanggil kakak
yang menjaga kedai itu,
"Berapa kipah hok ni, kak?"


Kakak itu menjawab,
"RM195. Boleh kurang RM150 je."



Cik abang memandang saya.
Dalam poketnya ada RM90++ sahaja.

Saya membalas pandangan cik abang,
sambil mengangkat bahu.
Saya pun tak de cash sebab
memang kalau keluar dengan cik abang,
jarang sangat ada duit dalam purse.
Paling banyak pun RM10
(baki duit belanja minggu lepas)

Haaaaaaaaaaaaaiiiiii...
MUSIM PANAS, peniaga pun naikkan harga kipas.

Kemudian, kami berjalan keluar
dari kedai tersebut tanpa membeli kipas.
Kami bercadang hendak ke ATM machine
untuk keluarkan duit untuk beli kipas.
Tapi, masa tu dah pukul 3 lebih.
Kami tak solat Zuhur lagi.
Singgah masjid dulu.

Lepas keluar dari masjid, terus balik je.
Kipas?
'Lupa' nak beli!

~Bestnya rumah orang kat Serdang
yang ada dua biji (biji ke) aircond..............
Satu dalam bilik, satu kat ruang tamu.................
Bestnyaaaaaaaaaaaa...............

6 comments:

Anonymous said...

agak2 harga aircond naik x ;)

zh-ena said...

ena pun baru jea beli utk opis punya harga RM145 utuk yg besar

~ain said...

has.. harga econ? mungkin jugak kot. kalau tak naik harga econ nya, peniaga akan memikirkan cara lain untuk mendapat keuntungan lebih. (untuk mencapai KPI mereka)~ tak habis-habis dengan KPI.

~ain said...

ena.. haaaaaaaaaa... nanti ain nak tawar menawar kat makcik tu sampai dapat harga RM140..

ise said...

takyah beli pakai jek yang abah punya

~ain said...

abang.. kan best kalau boleh pakai econ yang ayah punya tuuuuuuuu.. hahahhahaha