Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label musim panas. Show all posts
Showing posts with label musim panas. Show all posts

Sunday, November 17, 2013

Coconut Shake Pantai Penarik




Khamis petang. 

Ajak cik abang minum kat Pantai Penarik sebab cuaca panas gila tak hujan hujan. Tunggu monsun tak kunjung tiba. hahaha

Hajat di hati nak ABC tapi, mengenangkan tragedi (sangat) cirit-birit last time masa saya pi minum kat kedai biasa tu, maka tak jadilah. Kita ke kedai lain. Kedai ni kawan abang punya lah. Tapi, makan tak de dapat free lah. heh

Saya order keropok 2 hengget, dan bihun goreng. Keropok sedaplah. Tapi, bihun... Oh no! Oklah... sebab bukan nak makan sangat. Lebih kepada nak minum air sedap. 

Cik abang order air kelapa takde ais sebab dia demam. Hahah.. Saya kalau demam, takde mana nya nak pantang ais bagai. Semua ku tala! Ikut badan masing-masinglah kot. 

Saya order, coconut shake big size. Hahahahhahahahahahhahaha (gelak puas hati). Bayangkan besar nya cawan tu, kalau dibandingkan dengan cawan biasa yang biru tuh.


Kalau kat Klebang, coconut shake blend sekali dengan aiskrim dan ais kan?
Kalau kat sini, blend isi kelapa dengan air kelapa. 
Ais dan aiskrim dibubuh kemudian.
Pun sedap!


Balik je rumah, "Bang... nak air kosong buh air batu! Tak cukup air lah tadi.."


Cik abangku itu pun menggaru kepala...
=)

Wednesday, March 27, 2013

Baiki Econ

Ada satu hari tu, econ rosak. Angin je keluar. Sejuk nya idok! Telinga dah kuar asap ni. Maklumlah... Panas, kan? hahaha


Cik abang col orang yang jual econ tu. Hari Khamis baru nak datang. Cit poraaaaa! Masa nak beli, cepat je ko datang. Masa nak baiki, macam-macam alasan! Panas ni... Panas... Luar dalam dah panas ni. Tidur malam, air peluh sama banyak dengan air liur basi ni.. (Ops... too much explaination! haha)


Musim panas berdengkung sekarang ni. Sampai saya jadi demam. Batuk, selsema, hidung berdarah.. Dapat MC 1 hari. Doktor tanya, "Nak 2 hari?" Boleh plak aku geleng kepala! Hahahha.. Rugi!! (tarik rambut)






Cik abang pulak takleh panas. Kulit dia kan sensitif ala-ala kulit bayi. Maka, kalau panas sikit akan tumbuh ruam. Ceh, duk site office macamlah sejuk! Nade nade dia tu... hahaha Dia col kawan dia yang dia rasa pandai baiki econ..


Fuh kanan.. fuh kiri... 


Malam tadi, sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!




Tuesday, April 24, 2012

Sirap


Pagi tadi, masa sarapan kat kedai kegemaran.. cik abang order air batu.


"Aik???? Air batu?"
 Saya tegur dia. Sebab selalu dia minum air suam je pagi. 
Takpun, teh o atau Nescafe o.
Ratu air batu tu saya....


Dia cakap panas.
Memang panas laaaa hari ni. 
Saya order Milo Ais dengan Ais Kosong.
Nampak?
Panas benooo....



Sekarang ni, teringat air sirap orang kahwin.
Yang tak manis sangat, yang tak tawar sangat. 
Tapi, yang sejuuuuuuuuuuuuukkk boleh tambah banyak kali.....
Tawar pun tak pe sebenarnya.
Janji sejuk!


 

Kalau bulan puasa, mak masak sirap dengan daun pandan. 
Uiiiiii, kemain wangi lagi sirap mak.
Tapi, ada jugak manusia pelik tak minum sirap.
Dia cakap sirap tak sedap. tak ada rasa..
Oi... sirap rasa sirap laaaa cik kak! 
Cerdik sungguh!



[Dulu suka sirap selasih. Lepas mimpi selasih virus tu, terus tak lalu minum selasih]


Lambatnya tengahari!
Nak beli sirap dua bungkus!


Tuesday, March 22, 2011

Mandi Songsang

Ini nak kongsi tips ni....


Baru tahu pagi tadi.
Ni tengahari ni baru ada masa nak menaip pepanjang..



Mandi songsang..



Kalau sebut perkataan 'songsang' ni,
perkara pertama terbayang kat kepala otak saya..
Baby songsang laaaaa...
Amalan se*s songsang laaa... wakakaka ..
Maaf, selekeh sikit hari ni.. hahaha




Banyak kelebihan mandi songsang ni tau..



Dulu, saya selalu sakit kepala.
Panas kot.. Migraine pun ye jugak.
Pak mertua saya cakap, cuba mandi basahkan kaki dulu.
Bila dah rasa sejuk kaki, baru laaaa naik ke badan lepas tu kepala..
Then, seperti biasa... pak mertua saya akan bercerita lengkap
dengan pengalaman dahulu kalanya sekali.. hehehe



Emak saya pun beritahu perkara yang sama..
"Boleh sejukkan badan," kata emak.



Saya pun mandilaaaa macam emak dan abah bagitau tu.
Hasilnya, sekarang!
Alhamdulillah, dengan izin Allah saya jarang dah sakit kepala.
Bukan tak pernah langsung laaa..
Ada jugak kadang-kadang..
Tapi, tak sekerap dulu..



Haaaaaaaaaa..
Inilah mandi songsang...
Saya pun baru je tahu,
orang panggil amalan ni sebagai mandi songsang.


Rupa-rupanya, bukan itu sahaja kebaikan
mandi songsang ni ye! Banyak lagi..



Antara yang saya dapat hasil peng 'google' lan ni....


  1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan segar
  2. Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
  3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum..
  4. Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
  5. Melancarkan perjalanan darah.
  6. Menjadikan pengamal semakin pintar
  7. Meninggikan daya ingatan
  8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
  9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
  11. Memiliki daya ketahanan mental
  12. Menambahkan semangat berani
  13. Menguatkan gusi dan gigi



Apa lagi?
Mulai hari ini, meh kita sama-sama amalkan amalan mandi songsang.



Mandi songsang je ye..
Benda-benda lain yang songsang tu, jangan diamalkan!
Minta dijauhkan....

Monday, May 24, 2010

Panas

Cuaca memang tidak menentu sekarang ni. Yang paling ketara, kepanasan yang melampau. (panas di akhirat tak yang kiralah kan. Yang itu, faham-faham sendiri lah).


Malam-malam kami suami isteri dah tidur gaya 'bebas' dah (ikut suka korang nak tafsirkan macamana). Cik abang tu pulak jenis kuat berpeluh. Tahap kecekapan sistem perpeluhan dia tu tah level berapa tah, saya pun tak tahu. Buat kerja sikit, peluh... Nak kata berat badan, tidaklah.. Sebab menurut beliau, memang masa kurus pun dia kuat berpeluh.


Kasihan juga melihat dia setiap malam. Jenis yang memang panas sokmo kan. Kalau cuaca panas ni lagi laaaaa kuat kilang peluh dia bekerja. Kejap-kejap tukar baju, tukar kain sebab rimas. Mandi tak usah kira laaaaa..

Kadang-kadang lepas mandi, dia pi solat Isyak ke apa kan. Eh. lepas tu berpeluh balik dah. Nasib baik jenis yang tak berbau. Kalau tidak, hadap je laaa kan.. hehehhe Suami suami.... Sangat kuat berpeluh. Rasa macam kena pasang econ ke apa ni ek?


Friday, April 16, 2010

B.E.R.K.E.L.A.H........

Pergi berkelah untuk hilangkan tekanan
yang dialami setiap hari bekerja. [tak da lah tekanan sangat]


Berkelah di sini....
Cantik tak tempat ni?
Airnya jernih sangat.
Hari minggu macam ni, ramai laaaa orang.


Sebelum ni, kami pergi berkali-kali tak de pun kena bayar.
Sekarang dah kena bayar parking...
Entah sape yang buat halangan tengah jalan nak masuk tu,
suruh bayar parking..
Hampeh..
Entah mat dadah mana tah kan..

Bila tanya, "Sejak bila kena bayar ni?"
Dia jawab, "Lama dah.."
Ceh.. padahal kami selalu pi situ tak de kena bayar pun.


Bayar je laaa..
RM1 je pun.
hahahah
Sedekah je laaa kat mat dadah tu..


Inilah antara peralatan yang kami bawa.
Air teh o ais tu..
uiii.. sedap betul bila minum tengah2 bakar ikan..

Sebelum membakar ayam dan ikan,
saya makan sandwich dulu.
Uhhh...

Lepas tu kena gigit dengan kerengga.
Ngek betul, kerengga tu masuk dalam badan saya.
Kebas kejap belakang badanku.
Sekali saya penyek ia,
haaaaaaaaaa.. kan dah terputus dua.


Ini ikan kembung.
Saya perap dengan rempah-rempah yang sepatutnya.


Cik abang mengidupkan api.
Dia kata dia tak pandai nak hidupkan api.
Gamble2 je..
Nasib baik hidup api tu.
Ok laaa tu, kalau nak harapkan saya..
Dua tahun lagi pun belum tentu api tu hidup.
Tahun ketiga baru boleh makan ikan bakar..
hahahahha


Tukang bakar ikan ayam...
Sila abaikan seluar merah bintik-bintik putih itu.
hahaahahahahah


Ini ayam bakar..
Perap dengan
bawang merah,
bawang putih,
serai,
lada hitam,
dan rempah...
hmmmm.. rempah apa ek?
Yang macam beras tu bentuk dia.
Jintan kasar ke halus ke koooot..
[hahahahha...
kantoi tak tahu nama rempah.
Belasah je laaa]


Ayam.. sudah siap dibakar..
Tak tahu laa apa rasanya.
Sebab saya tak makan ayam..
[Tetiba jadi macam pelik. Tak makan ayam]


Tapi, cik abang kata sedap.
Dia makan sampai habis semua..
Sampai ke tulang.. hahahah
Dia cakap macam rasa satay.
Ye laaaa, dah itu memang perap dengan rempah nak buat satay.


Lepas makan, pi mandi sungai laaaa.
Tapi tak ambil boleh ambil gambar
sebab kamera habis bateri.
Tak ber charge..


Seronok betul..
Tapi, kalau mak ayah adik2 semua ada lagi best kot..


Korang, bila nak datang sini lagi.
Meh laaa, kita pi berkelah...
Hari tu korang pi mandi sungai makan twistise je..
heheheh


Tuesday, March 9, 2010

Rindu.......... Oh! ABC (Air Batu Campur) di Shah Alam!

Kat tempat saya ni, dah dekat sebulan tak hujan.
Cuaca sangat panas.
Kami pakai kipas sampai 2 sekaligus.
Air bioaura (perlukah bagitau jenama?) sekejap je duk dalam jug.
Cepat je habis se jug.
Memang terasa kehangatannya!
Lebih hangat dari biasa.. (dah macam radio lak kan?)


Tapi ye laaa.. nak bagitau sikit punya panas sekarang ni.
Kami mandi kadang-kadang 6-7 kali sehari.
Mandi siang hari 2-3 kali.
Malam pun sama jugak..
Sebelum tidur kena mandi dulu.
Kalau tidak, memang tak bleh tidur...
Bila selalu mandi, baju pun asyik bertukar je laaaa..
Cik abang dia ada sikit pantang.
Pantang tengok baju kotor penuh bakul sikit, dia nak basuh..
Haaa... itu lah sebabnya.
Bil air pun naik RM1.
Biasanya RM4 je.
Sekarang sudah RM5.....
Hahahha.. sikit je pun kan? Kecoh je lebih!


Ini baru panas dunia kan?
Belum lagi kat padang Masyhar nanti..


Oklaaa..
sekarang kita bercakap tentang tajuk entri ini pula.
Sikit punya panjang mukaddimah..
Heheheh


Musim-musim panas ni...
Kalau pekena ABC kan best..
Sikit punya sedap kan...


Tadi balik dari kerja, cik abang jemput kat opis?
Kenapa?
Eh... sesaja je nak memanja..
Tiba-tiba terasa hilang ingatan tentang
bagaimana nak memandu Si Comel.
Hehehhe..


Kemudian, ajak cik abang makan ABC..
Malang sekali, ABC kat kedai tu tak berapa sedap..
Nak ambil gambar pun tak de mood...
Itu lah sebabnya, ambil gambar dari en Google!



ABC tadi, tak macam ABC kat
Food Court Giant Shah Alam kat stadium tu..
Uii... teringat masa dolu-dolu..
ABC nya siap aiskrim sedap nak mati!!!


Kat Seksyen 2 Shah Alam pun,
ada ABC special yang sedap tahap dewa dewi ..
Argh... rindunya nak pi Shah Alam.
Tempat jatuh lagikan dikenang,
inikan pula tempat berdating bermain......

Eh.. ini entri rindukan ABC Shah Alam ke
atau rindukan Shah Alam?

Entah laaa....

Saturday, March 6, 2010

Potong! Zassssssssssssss.....

Saya dah lama tak potong rambut.
Rambut dah makin lama makin panjang.
Jenis rambut saya ni, kalau panjang nanti banyak yang gugur.
Habis berterabur sana sini rambut.

Kemudiannya,
nak kena basuh rambut hari-hari kan, sebab panas.
Nak tunggu rambut kering baru boleh pakai tudung..
Leceh kan?

Jadi, saya potong je rambut kasi pendek.
Bukan saya yang potong sendiri.
Cik abang menjadi tukang gunting.
Dia kata,
"Eh.. membazir je gunting rambut kat kedai
kalau nak potong lurus je.
Meh abang potong kan!"

Haaaaaaaaaa.. puas hati bila rambut dah pendek.
Tak banyak rambut gugur lagi.
Kepala pun jadi ringan.
Cik abang kata,
"Satu pembaharuan. Nampak muda!"
Hahahahhahahha

Selama ini, saya nampak tua kot.. hehehe


Thursday, March 4, 2010

Mandi Sungai .....

Seperti yang dijanjikan, kami pergi mandi sungai!


Air sungai pun macam sikit je tinggal.
Sebelum ni, air penuh dan sangat sejuk.
Kali ni pergi mandi, air tak sejuk mana dah..

Tapi, airnya tetap jernih dan menyegarkan.


Ini adalah cik abang (perlu ke ayat ni?)

Masing-masing balik pakai kain je.
Cik abang lupa nak masukkan baju saya dalam beg.
Saya pun naik kereta basah-basah..
Lapik kusyen dengan tuala.
Sabar je laaa..
Selalu bini dia yang comel ni je duk kemas baju, kan!
Tu yang terlupa tu, kan? Abang kan?

Nasib baik dia belanja
makan pisang goreng dan aiskrim tadi...

Monday, March 1, 2010

Le Tour De Langkawi 2010 (Dengan Tidak Semena-mena Saya Telah Terlibat)

The route of 2010 Le Tour de Langkawi will feature 13 stage towns, including a venue new to the Tour de Langkawi at Parit Sulong in the state of Johor.

The seven stages will be:

Stage 1 - Kota Bharu - Kuala Berang (174.5km) Stage 2 - Kuala Terengganu - Chukai (182.9km)
Stage 3 - Pekan, Pahang - Mersing, Johor (144km)
Stage 4 - Mersing, Johor - Parit Sulong, Johor (163.5km)
Stage 5 - Muar, Johor - Port Dickson, Negeri Sembilan (140.3km)
Stage 6 - Putrajaya, WP - Genting Highlands (103.9km)
Stage 7 - Kuala Kubu Baru - Dataran Merdeka (loop x6) (92.8km)
Dengan tidak pasal-pasal saya stuck
kat pekan Kampung Buluh selama hampir sejam.
Perjalanan dari pekan itu
ke rumah saya (balik mandi di tengahari)
yang sepatutnya hanyalah 5 minit,
telah mengambil masa selama sejam.
Pula tu, waktu-waktu tengahari ni kat pekan ni sibuk sikit
sebab orang pi amik anak sekolah, pi lunch, bank dll.

Gila! Dah lah Si Comel tu manual.
Lenguh sampai ke lutut,
ok .. Ye laaaa orang tak biasa redah jem kan?

Encik-encik polis pun berkata, "Kepada semua pengguna jalan raya, terima kasih kerana bersabar dan memberi kerjasama." "Yelah, sama-sama.." ~tak ikhlas pun sebenarnya!

Kesudahnya, tak sempat mandi tengahari pun.
Sampai rumah duduk 5 minit,
terus pi kerja balik sebab ada kelas pukul 2.


Saya cerita kat cik abang. Dia kata,
"Buat gapo laaaa nate mak salleh ni.
Sibuk nok ngayuh kat Malaysia pepanas ni..." ~mat salleh je ke?

"Sabar je laaaaaaaaaaaa.....
Program macam ni kan 'sangat' menjana ekonomi negara!" ~statement tak ikhlas juga.

Panas Mandi Panas Mandi . Air Air Air

Cuaca panas sekarang, membuatkan kami selalu je mandi malam.
Boleh kata, malam-malam dua tiga kali mandi.
Siang pula, tengahari mesti balik rumah mandi.
Bahang nya sungguh terasa.

Masa musim panas macam ni,
ais kat peti ais rumah saya
asyik habis je.
Saya ni pulak, jenis suka ambil ais tak buat semula.
Membebel lah cik abang tuuuuu..
Comel je kalau cik abang membebel (apa mengarut ni).

Semoga cuaca panas ini akan segera reda.

Mungkin Allah nak beri ujian dengan caraNya sendiri kan?
Ini baru panas dunia, kan!

Kipas Angin Naik Harga

Cik abang bertanya kepada abahnya,
"Abah, abah beli berapa riya kipas besi tu?"

Abah menjawab,
"RM80 sajo di Batu Enam."



Kami berangan-angan untuk membeli kipas seperti abah.
Di rumah kami sudah ada kipas syiling
di ruang tamu dan kipas meja di dalam bilik.
Namun, cuaca sekarang ni membuatkan kipas-kipas tersebut
seakan-akan tidak releven lagi untuk kegunaan kami.

Selepas pasang cermin baru untuk Si Comel saya,
terus je pi kedai yang jual kipas besi ni.


Kedai Pertama
Cik abang membelek-belek kipas besi
dan bertanya kepada tuan kedai,
"Mokcik, kipah hok ni berapo ni?


Makcik bertudung litup itu menjawab,
"RM240. Hok kecik ni, RM180."


Cik abang terkedu seketika.
Dia budget dalam RM80++ je.
Ye lah, mengikut kata abah kan?
"Tak pe, mokcik.. Kito tengok-tengok je dulu."



Kedai Kedua
Cik abang memanggil kakak
yang menjaga kedai itu,
"Berapa kipah hok ni, kak?"


Kakak itu menjawab,
"RM195. Boleh kurang RM150 je."



Cik abang memandang saya.
Dalam poketnya ada RM90++ sahaja.

Saya membalas pandangan cik abang,
sambil mengangkat bahu.
Saya pun tak de cash sebab
memang kalau keluar dengan cik abang,
jarang sangat ada duit dalam purse.
Paling banyak pun RM10
(baki duit belanja minggu lepas)

Haaaaaaaaaaaaaiiiiii...
MUSIM PANAS, peniaga pun naikkan harga kipas.

Kemudian, kami berjalan keluar
dari kedai tersebut tanpa membeli kipas.
Kami bercadang hendak ke ATM machine
untuk keluarkan duit untuk beli kipas.
Tapi, masa tu dah pukul 3 lebih.
Kami tak solat Zuhur lagi.
Singgah masjid dulu.

Lepas keluar dari masjid, terus balik je.
Kipas?
'Lupa' nak beli!

~Bestnya rumah orang kat Serdang
yang ada dua biji (biji ke) aircond..............
Satu dalam bilik, satu kat ruang tamu.................
Bestnyaaaaaaaaaaaa...............