Pembaca Blog Ini...

Sunday, March 14, 2010

Pengorbanan Demi Sebuah Kesejukan

~autopublish

Eceh laaaa.. tajuk!
Ala-ala gempak begitu...


Tak de apa pun sebenarnya..


Saya kan selalu berungut pasal opis saya ni aircond
selalu rosak laaaa,
panas laaaaaa,
membahang laaaaa,
hot laaaa...
Aircond zaman tok Adam kan, biasa laaa..
(Tak nak ambil gambar tunjukkat korang,
sebab nanti korang gelakkan aircond tu)


Hari tu, ada sorang lecturer (Puan NS~bukan Negeri Sembilan ye)
kat sebelah bilik saya ni,
dia dah tak tahan sangat dah sebab
dia punya termometer dah naik
sampai 31 darjah celcius dah.
Kadang-kadang 32...


Cuba bayangkan setiap minggu mesti ada
dua tiga hari yang meluap-luap suhu badan
akibat kerosakan aircond tu...
Dia kata otak dia boleh menggelegak
kalau terus macam ni. (sangat hiperbola)


Terus dia jumpa CEO..
Terus jumpa, ok! Bukan melalui PA ke apa ke..
Terus gamble masuk bilik CEO
untuk buat aduan yang lama dah dibuat,
tapi duk pending atas tray in si PA.


Ok.. ok.. sambung cerita..
Puan S kata, time tu jugak CEO bagi borang kat dia suruh isi.
Time tu jugak CEO cop approve kan pembelian aircond baru.
Lengkap dengan cop TINDAKAN SEGERA lagi.
Puan S terus hantar kat orang finance.


Puan S sangat berpuas hati dan berkata,
"Kalau aku tahu senang je lulus macam ni,
dah lama aku pi jumpa CEO terus.
Tak yah guna PA dia.."


Saya dan rakan-rakan lain juga sangat puas hati
sebab akan dapat aircond baru.
Baru laaaa kami akan 'available' kat opis sentiasa.
Lepas ni, boleh lah saya pakai baju ala-ala Dato' Siti Nurhaliza
yang ada inner2 kat dalam macam ni...


Alaaaa.. setakat aircond empat lima bijik tu kan..
Apa laaa sangat kalau nak bandingkan dengan.....................
(malas nak sambung ayat)


Oh, Puan S.. andalah wirawati kami!
(dah macam peserta PLKN lak panggil wirawati)


Hari ini, sekarang ini...
budak aircond sedang menebuk lubang,
memasang aircond baru dan menggantikan aircond lama....
Suasana agak bising sedikit.


Tapi, tak pe..
Pengorbanan Demi Sebuah Kesejukan.

4 comments:

Tie HT said...

eh eh ..lawo laa baju tok ti tu..tp dia dah semakin tak cun..hehe :)

zaza said...

hahaha... pengorbanan demi kesejukan ye?
opis kak pula, sejuk manjang.. Baju dh berinner pun.. still tak tahan! heheh

~ain said...

kak tihara.. lawa... kalau ain langsing, dah lama suh tukang jahit buat gitu..

~ain said...

kak zaza tak de lemak kot.. sebab tu laaa sejuk.. hehehe meh... meh.. amik lemak ain sikit.. ain bagi free je.. hahhaha