Pembaca Blog Ini...

Sunday, March 14, 2010

2nd Anniversary Celebration! (lalalalala)



Sebelum keluar rumah, ambil gambar dulu.


Aik?
Sebenarnya nak kasi nampak
gambar kat belakang tu...
(gambar memang di edit sikit.
sebenarnya saya idak laaa secerah itu)



Haa... nampak pun.
Tapi dagu saya pula tak nampak,
walaupun dah ada dua tiga dah dagu tu kat situ.
Hah hah hah


Ambil gambar depan rumah dulu.
Suka sangat tudung tu!
Sekarang baru ada 2 helai je.
Rasa nak beli 20 je tudung macam tu..
(cakap pasal tudung pulak dah!!!)



Kami ke mana?
Dekat-dekat sahaja.
Pergi Bandar Jerteh (tersangaaaat lah bandar!)


Hajat hati nak makan
cha kue tiaw (eh, macam mana nak eja ek?)
Tapi, malang sekali sudah sold out.


Habis!


Maklumlah cuti sekolah kan?
Ramai orang balik cuti ke kampung.
Jadi permintaan untuk cha kue tiaw melonjak.
Membuatkan penawaran tidak dapat
menampung permintaan yang berlebihan.
(cakap pasal ekonomi pulak dah!)


Jadi, kami beli kuih....
Kuih pulut pedas dengan ketayap.
Semua saya yang makan.
Cik abang tak berapa suka.
Hari ni baru saya tahu,
yang cik abang kurang suka kuih ketayap dan pulut-pulut..
Hmm.. banyak lagi saya kena belajar pasal cik abang.
Bukan belajar cari pasal.
Yang itu, saya expert dah.
Hahahhaha



Lepas tu, saya order bihun sup.


Cik abang nak makan nasi goreng ikan masin.
Kalau ku tahu cha kue tiaw dah habis, tak yah pi Jerteh.
Kat Setiu ni pun ada nasi goreng ikan masin dan bihun sup.
Kena minta contact number penjual cha kuew tiaw tu laaaa.
Bila-bila nak datang, kena call dulu.
Reserve kan.. hahahahha


Lepas makan, terus je balik.


Eh.. tak ... tak...
Tak balik terus.
Buat apa balik awal.
Bendera merah juga pun...


Singgah beli pau dulu.
Cik abang panggil pau ni 'roti pau'.
eh.. Kalau pau, pau laaa..
Kalau roti, roti laaa..
Apa pulak roti pau? =p


Ini pau nya...
Kenyang betul! Alhamdulillah...


Walaupun sambutan tahun ni, kecil-kecilan sahaja,
tapi ia tetap bermakna buat kami berdua!


Abang, terima kasih atas hadiah
yang abang berikan untuk owang!


Owang sangat bahagia!


Semoga kasih sayang kita semakin erat!

=)

10 comments:

Tie HT said...

celebrate ek..akak rase cam penah singgah makan kat jerteh..dekat2 situ ade supermarket tak?..akak tk igt dah supermarket ape tah..kat situ mcm byk geria2 makanan..eh, betul ke..ke aku makan kat tpt lain..tp area Jerteh laa. sebelum tu gi bukit kelaung dulu..gi pantai..

Anonymous said...

macam sedap je pau itu.. apa dlm tu?XD

Sidratul Muntaha said...

clebrate time bendera merah..
ape barang?!
ekekeke..(cabut!!!!!!!!!!!)

~ain said...

kak tihara.. bukit keluang tu tmpt ck abang kerja dulu.. supermarket econsave kot kak.. kat depan tu mmg ada warung2 dulu.. tapi sekarang dah alih kat tempat lain.. lain kali akak jalan2 jerteh ke setiu ke.. meh laaa singgah rumah ain.. heheh

~ain said...

pauline.. sedap dan murah.. satu rm.070 je.. inti ayam..

~ain said...

ayu.. hahaha.. takkan lari gunung dikejar..

gunung masih ada di sini.. harus sabar dan berdoa sahaja.. hahaha

zh-ena said...

selamat ulang tahun perkahwinan ain
semoga terus bahagia
dan dimurahkan rezeki selalu
dan semoga mendapat anak :D

cha yok cha yok

Nurhayati said...

hepi anibeseri ain dan suami.
semoga berkekalan dan berbahgia hingga akhir ayat!

~ain said...

ena.. terima kasih atas doa itu. u r soooo sweet, my friend!

~ain said...

yati.. terima kasih.. doakan kami bahagia hingga hujung nyawa.. ~amin.