Pembaca Blog Ini...

Saturday, March 27, 2010

Tag Lagi!

Hmm.. sebelum cerita pasal balik kampung mak semalam, saya nak jawab tag dulu.
Banyak kali jugak kena tag. Kadang-kadang tag yang sama tu, sampai kena tag berkali-kali.
Kak Tihara,
Ena,
Zura,
Has
dan semua yang tag saya kalau saya terlepas pandang, buzzz je saya ni. Maklumlah busy kan? hehehhe

So, saya rangkumkan sekali laaa ye semua tag tu.
Dengan ucapan; Terima kasih kerana men tag saya!

TAG PERTAMA!


7 perkara tentang pemilik blog ~Hakikat Kehidupan~
  1. Saya adalah penulis PTS!
  2. Saya isteri kepada Ise.
  3. Saya mengaku yang saya adalah blogger tegar tapi tak reti-reti nak ubah layout jadi 3 columns.
  4. Suka kan hijau. Sebab tu background blog asyik hijau je.
  5. Ada adik 6 orang.
  6. Ayah saya berasal dari Kelantan. Mak saya pula orang Melaka. Manakala, saya lahir di Kuala Lumpur. Saya tak tahu saya ni anak jati negeri mana? hehehhe
  7. Suami saya anak jati Terengganu tapi masih tak muak-muak makan keropok lekor!

Saya nak tag;
  1. Icah
  2. Imah
  3. Ayu
  4. Has
  5. Ena
  6. Kak Tihara
  7. Zura



TAG KEDUA!



i) Siapakah kawan baik anda
  • Ramai kawan baik. tapi tak ramai kawan rapat. Yang rapat sangat sejak dulu, eikin.. Tapi, sekarang dia syik busy je. Tak sempat nak dating, di samping bila dah ada suami ni, nak tinggal suami pun rasa sayang.. hah hah haha (Sila lempang diri sendiri!)


ii) Berikan 3 kenangan paling manis dan 3 kenangan paling pahit dalam persahabatan korang

  • Kenangan manis.... saya ada kawan macam eikin, sudah cukup manis bagi saya. Tak perlu apa-apa kemanisan lagi. Persahabatan ini akan saya kenang sampai mati!
  • Kenagan pahit.... eikin adalah satu-satunya kawan saya yang saya tak pernah berkecil hati dengan dia. Tak ada sebarang kenangan pahit ketika bersama. Semua gila-gila havoc. Kalau jumpa sekarang ni pun, habis kedai makan tu macam kitorang punya.


iii) Kalau anda hanya di beri masa 1 minit bersama sahabat anda apakah yang anda inginkan katakan padanya

  • Eikin, jom dating jom! Kalau kau tak sibuk laa... Aku ada kat sini sampai tengahari Selasa. Lepas kerja kat UTM tu selesai aku kembali ke Terengganu dah....


iv) Lastly tag kepada 3 orang yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger.....

  • Has
  • Zura
  • Ayu
  • Ena
  • Kak Eila
  • Sha
  • Kak Tihara
  • dan semua yang saling bersahabat dengan saya di alam blogger ini!


TAG KETIGA; KASUT KEGEMARAN ANDA!
Dari Has....

Brand :
Crocodile

Harga :
RM69.90
(Kalau tak silap laaa.
Masa sale di Jusco awal tahun 2010.)

Tahun beli :
Jan 2010
(Tak berapa ingat laaa. Tapi ye laaa 2010!)

Reason beli :
Suka sebab putih.
Saya memang suka kan kasut putih.
Orang kata, "Kalau kau pakai kasut putih, nanti kaki ko nampak besar.."
Saya jawab dengan bangga, "Kaki aku dah memang besar pun!"
HAHAHAH..


Lagi satu sebab, saya tak mau pakai high heel selalu.
Tak baik untuk kesihatan kaki saya.
Maklumlah kan....
hehehehe


Lagi satu sebab (banyak nya sebab),
selesa tau.
Naik tangga boleh laju-laju.
Turun tangga boleh kasi lompat dua anak tangga sekaligus.
Cepat sikit sampai ke kelas!
hehehhe



Saya sengaja tag orang yang tag saya! Hahahahahahahahha

2 comments:

Tie HT said...

hah dah wat keje sekolah..pastu pass kat org pulak yer..

pastu ain tolong buat ye tag beg tangan tu..nanti akak masuk kan nama ain lagi..jgn marah eks..

~ain said...

kak tihara.. semua dah settle.. nnti ada masa, tag laa lagi...