Pembaca Blog Ini...

Friday, March 26, 2010

Tak de idea laaa..


Apa nak cerita ye hari ni?

Nak balik kampung kejap lagi. Tunggu semua balik dari masjid, solat Jumaat dulu. Buat apa kat kampung?

Mak ayah nak tengok progress rumah mereka tu laaa.. Oh ya.. mak ayah akan pencen (ayah je sebenarnya) 2013 kalau tak silap. Jadi, mak ayah ambil keputusan nak pindah duduk di Melaka. Dah bosan duduk di bandar berpuluh tahun kan?

Rumah yang bakal dibina itu bukanlah besar dan gah. Cuma banglo kecil comel, buat tempat berteduh je. Pelan rumahnya dibikin oleh cik abang saya.

Alang-alang dah bercuti lama ni kan, elok juga kalau cik abang pi jenguk sikit-sikit apa yang patut.Cik abang tu, kalau dia yang buat pelan... dia memang akan pastikan rumah tu kalau boleh mengikut pelan sepenuhnya. Detail orangnya. Dari hal rekabentuk, cat, ID semua dia nak ambil tahu.

Tapi, rumah mak ayah tu memang ada budget limitation laaa kan. Kalau nak ikut cik abang, semua dia nak kasi perfect. Kalau jenis rumah perfect macam tu, tak dapek laaaa kan sebab kos nya tak seberapa. Lagipun, rumah mak ayah kan.. Kalau satu hari nanti, bila dah sampai rezeki kami, tentu cik abang akan buat sebaiknya untuk rumah kami sendiri nanti.~depend on budget jugak laaaa.. Sekarang berlatih-latih dulu laaa.. hahahhaa.... (Dah banyak sangat cik abang berlatih buat bangunan, buat rumah untuk orang. Sebab kerja dia memang buat bangunan pun)

Lagipun, tak baik buat rumah mewah-mewah sangat kalau rumah orang di sekeliling kita pun biasa-biasa je kan? Tak elok kan?

Ayah kata, buat apa kita hidup bermewah-mewah nanti lupa mati. Kemewahan dunia ni sementara je kata ayah..

Ok tata..

Esok lusa sambung lagi ye!

~tak de idea pun, boleh gak update berjela-jela!

4 comments:

honeylanz said...

has nk bg idea..jom wat tag. ambik kt blog has tau ;)

zh-ena said...

ikut pada keselesaan kita sebenarnya
buat umah besar2 pun nnti duduk berdua jugak

~ain said...

has.. nanti jap lagi ain terjah blog has ye...

~ain said...

ena.. betui ena.. nanti penat lah nak mengemasnya!