Pembaca Blog Ini...

Saturday, April 10, 2010

Luka pedih!

Tengahari tadi, cik abang membawa pulang
seekor ayam selepas selesai solat Jumaat.

Selalunya dia yang akan membersihkan ayam
atau apa-apa sahaja lauk basah yang dibeli.
Tugas saya hanyalah memasak.
Pinggan mangkuk semua dia yang cuci.
Mudah bukan?
Itulah bertuahnya menjadi isteri kepada Encik Ise ini.
Syukur Alhamdulillah....
{Siapa mahu, boleh bermadu! Ada 3 lagi kekosongan}



Tapi, tadi tetiba saya macam rajin
nak cuci-cuci ayam,
buang-buang kulitnya bla bla bla..



Sekali, saya terkena tulang tajam ayam tu.
Belah mana tak tahu lah..
Sedar-sedar dah berdarah...


Cik abang gelakkan
sebab dalam berdarah-darah pun
sempat lagi duk cari kamera.
Nak ambil gambar masuk dalam blog.
Blogger tegar kan?



Lepas snap sekeping dua,
baru cari minyak gamat...


Petang tadi, cik abang nak minum sirap limau.
Saya pun, selamba je pi perah limau
lepas tu jari yang luka tu pegang limau...
{Lupa pula yang jari luka}



Haaaaaaaaaaa...
pedihnya jawablah sendiri!



Tapi, lepas tu cik abang siap doakan saya..
"Ya Allah, Kau berikanlah pahala yang banyak untuk isteriku"



{Terus tak rasa pedih dah!}

=)


4 comments:

honeylanz said...

hahaha..xpe ain, cik ise dah doakan tu...pahala yg byk ;)

~ain said...

amin.............!

ise said...

isteri solehah

~ain said...

abang... amin ya rabbal alamin..