Pembaca Blog Ini...

Friday, April 16, 2010

B.E.R.K.E.L.A.H........

Pergi berkelah untuk hilangkan tekanan
yang dialami setiap hari bekerja. [tak da lah tekanan sangat]


Berkelah di sini....
Cantik tak tempat ni?
Airnya jernih sangat.
Hari minggu macam ni, ramai laaaa orang.


Sebelum ni, kami pergi berkali-kali tak de pun kena bayar.
Sekarang dah kena bayar parking...
Entah sape yang buat halangan tengah jalan nak masuk tu,
suruh bayar parking..
Hampeh..
Entah mat dadah mana tah kan..

Bila tanya, "Sejak bila kena bayar ni?"
Dia jawab, "Lama dah.."
Ceh.. padahal kami selalu pi situ tak de kena bayar pun.


Bayar je laaa..
RM1 je pun.
hahahah
Sedekah je laaa kat mat dadah tu..


Inilah antara peralatan yang kami bawa.
Air teh o ais tu..
uiii.. sedap betul bila minum tengah2 bakar ikan..

Sebelum membakar ayam dan ikan,
saya makan sandwich dulu.
Uhhh...

Lepas tu kena gigit dengan kerengga.
Ngek betul, kerengga tu masuk dalam badan saya.
Kebas kejap belakang badanku.
Sekali saya penyek ia,
haaaaaaaaaa.. kan dah terputus dua.


Ini ikan kembung.
Saya perap dengan rempah-rempah yang sepatutnya.


Cik abang mengidupkan api.
Dia kata dia tak pandai nak hidupkan api.
Gamble2 je..
Nasib baik hidup api tu.
Ok laaa tu, kalau nak harapkan saya..
Dua tahun lagi pun belum tentu api tu hidup.
Tahun ketiga baru boleh makan ikan bakar..
hahahahha


Tukang bakar ikan ayam...
Sila abaikan seluar merah bintik-bintik putih itu.
hahaahahahahah


Ini ayam bakar..
Perap dengan
bawang merah,
bawang putih,
serai,
lada hitam,
dan rempah...
hmmmm.. rempah apa ek?
Yang macam beras tu bentuk dia.
Jintan kasar ke halus ke koooot..
[hahahahha...
kantoi tak tahu nama rempah.
Belasah je laaa]


Ayam.. sudah siap dibakar..
Tak tahu laa apa rasanya.
Sebab saya tak makan ayam..
[Tetiba jadi macam pelik. Tak makan ayam]


Tapi, cik abang kata sedap.
Dia makan sampai habis semua..
Sampai ke tulang.. hahahah
Dia cakap macam rasa satay.
Ye laaaa, dah itu memang perap dengan rempah nak buat satay.


Lepas makan, pi mandi sungai laaaa.
Tapi tak ambil boleh ambil gambar
sebab kamera habis bateri.
Tak ber charge..


Seronok betul..
Tapi, kalau mak ayah adik2 semua ada lagi best kot..


Korang, bila nak datang sini lagi.
Meh laaa, kita pi berkelah...
Hari tu korang pi mandi sungai makan twistise je..
heheheh


2 comments:

zaza said...

Kat ner ni? cam best je..

Ain, bila nk blanja ikan bakar?

CkDs AhRa said...

bestnya lah...dah lama tak bbq nie...