Pembaca Blog Ini...

Tuesday, June 8, 2010

Adik-beradik lelaki yang selalunya tak ada di rumah, tiba-tiba melakukan anjakan paradigma!


Gambar berikut adalah fenomena yang jarang-jarang berlaku, atau rasanya telah lama tidak berlaku. Di mana abang abang dan adik adik lelakiku sedang menghadap sesuatu dengan fokus dan khusyuknya bersama sama.

Aku yang tengah online kat ruang tamu pun menjadi mamarazi snap fenomena ni untuk dijadikan bahan bukti kepada mak ayah. Untuk apa, aku pun tak pasti.

Sejak masing masing dah sibuk dengan hal masing masing ni, memang jarang bersua muka, apa lagi abangku yang berbaju kuning itu sedang sibuk dengan kerjaya. Di sebelahnya adik lelaki istimewaku yang sibuk menjadi pengawas sekolah, di sebelahnya lagi adik kesayanganku Aim yang selalu khusyuk menjalankan ujikaji sainsnya**, dan di sebelahnya pula abangku teman sepergaduhan semasa kecil yang sedang bersemangat untuk sambung belajar tidak lama lagi.

Nampak kan? Sungguh ketat aktiviti seharian mereka. Maka, jaranglah anak-anak lelaki Encik Ammran ingin melakukan sesuatu bersama, dan bila fenomena di atas berlaku di depan bijik mata aku sendiri dah macam... wah! betul ke apa aku nampak ni.

Yang peliknya, tv sederhana besar kat belakang tu tak nak pulak diorang mengadap. Skrin laptop yang kecik tu jugak yang khusyuk diorang lapah. huhuhu... Tengok movie apa tu? KL Drift 2 kalau tak silap.

Apa-apa sajalah korang berempat ni. Semoga nanti bila masing-masing dah besar dan berkeluarga jangan berbalah dan bermasam muka. Sentiasalah berbagi antara satu sama lain tak kira miskin kaya. Apapun, air dicincang takkan putus.

** antara ujikaji sains Aim ialah ujikaji mengenakan orang, dimana dia dah isi 3 bekas ubat gigi yang dah habis dengan air paip, maka ubat-ubat gigi itu sudah kelihatan seperti baru dan berisi penuh. Ayah yang masuk mandi, dah bising-bising kenapa bubuh tiga sekali ubat gigi, kenapa tak guna satu satu. Bila ayah picit ubat gigi yang pertama, sreeetttt~~ air sahaja! Dan berlarutan sehingga yang ketiga. Apalah nasib seorang bapa yang kena gotcha dengan anak bongsunya yang nakal. Apa nak dikata!

Seronoknya copy paste!
Icah.. jangan mengada nak minta royalti
!
Sentiasalah berbagi antara satu sama lain tak kira miskin kaya.
Apapun, air dicincang takkan putus.
.


4 comments:

Sidratul Muntaha said...

kalau kat umah aku,bapak aku,adik lelaki aku yg 2 org tu,adik pmpaun bongsu plus lagi ygb no 5 tu termasuk aku siap menonong depan lappy tgk youtube.
wakaka..
hamek kau!
skrin tu kecik jer tpi yg nengok sume bdn beso2 belaka!

hAnIsAh_aMmRaN said...

menci i.
ahaha

~ain said...

ayu.. haha.. mahunya terseksa si laptop tu mencurah bakti, ayu!

~ain said...

icah.. tak banyak entri ko aku copy.. aku pilih yang bagus2 je.. yang setaraf dengan level penulis novel macam aku (gedebom! gedebom! petir memancar menembak aku kerana riak)