Pembaca Blog Ini...

Sunday, June 20, 2010

Ewah... FATHER FIGURE CONTEST BY ICEBOXRIVET 2010


Kalau diterjemahkan Father Figure tu
dalam Google Translate, dia kata Sosok Ayah.
Hahahah
Apa ini?
Pertandingan Sosok Ayah?

Ish.. ish...

Ok.. Saya cerita laaa sikit-sikit.
Tak boleh banyak-banyak.
Sebab kang ada yang meraung nak balik jumpa ayah kang.


1. Saya anak ayah. (Memang laaa kan).
Nama saya ayah yang berikan.
Ayah mengarang nama saya dengan begitu sedap sekali.


2. Masa darjah 1-2-3 (sekejap), kalau nak pi sekolah naik bas, ayah mesti hantar naik kereta kat hujung lorong rumah saya. Bas tak muat nak masuk sampai depan rumah. Ayah tunggu sampai bas datang. Sambil-sambil tunggu, ayah suruh baca doa iftitah, doa qunut dan bacaan-bacaan lain dalam solat. Selalu naik bas lambat sebab ayah suruh habiskan baca doa baru boleh pergi naik bas. (Saya pula asyik gagap2 je baca doa.. Mana nak cepat)


3. Saya banyak mengikut perangai ayah. Kalau fizikal, banyak ikut mak. Takpe.. Adil kan kan kan? Tapi, sejak dua menjak ni saya rasa saya semakin menjadi seperti ayah. Semakin lama saya hidup, semakin ayah mempengaruhi saya. Hahahah.. Sedikit demi sedikit ciri-ciri ayah kelihatan dalam diri saya. (Eh.. bukan saya nak jadi lelaki laaa....!!) ah.. tak payah lah faham. Cukup sudah saya katakan, saya memang anak ayah.


4. Macam-macam kenangan pahit tawar masin semua semasa ketiadaan ayah di sisi kami. Tapi, takpe.. Semua itu jadikan pedoman di masa hadapan.
5. Apa ye.. Haaaaaaaaa... saya sekarang pakai laptop yang ayah silap beli. Lepas tu, ayah jual kat saya. Haaaa.. sampai laaaa ni tak abis bayar lagi kat ayah. Hampeh tak? Takpe.. saya janji! Saya akan berusaha menyelesaikan hutang laptop ini dengan ayah. Hutang budi saya dekat ayah, sampai mati hidup semula pun saya tak mampu bayar. Saya sedar itu. Tengok!! Dua tahun lepas, saya dapat duit raya lagi dari ayah. Malu betul!! (tapi, amik je.. ahahha)
6. Haaa!! Saya juga menumpang populariti ayah dalam bidang penulisan. Mana ada orang baru menulis sebuah novel dijemput menjayakan riang ria bersama penulis. Mana ada? Saya tak malu menumpang populariti ayah sebab dah memang ayah saya. Mana-mana saya pergi pun ada nama ayah di belakang nama saya. Kalau orang sebut Noraini, memang ramai nama Noraini. Tapi, kalau Noraini Ammran (double M) mana orang nak cari. Tak de......


Cukuplaaaa 6 Father Figure. Tak tahu laaa menepati syarat ke tidak. Hentam sahaja.


Kepada ayah (saya tahu dia memang akan baca), terima kasih atas apa yang ayah berikan kepada kami. Walaupun kadang-kadang kami tak tunjuk, tapi kami memang sayang ayah..


(Ayu, aku nyesal laaa join contest ni, sebab aku nangis tak leh nak berhenti...)

4 comments:

Sidratul Muntaha said...

aku dah check.
lulus..

~ain said...

bereh...

alinalan said...

Sronok baca citer ayah nih. Good luck!

BUNGA said...

salam ziarah dr UK..
seronoknya masih ada ayah lagi..sy dh x der ayah.. :(
buatla baik pada ibu dan ayah selagi mereka masih ada yer :)