Pembaca Blog Ini...

Monday, March 22, 2010

Riang Ria PTS One (PBAKL 2010)

Hari ini pergi PBAKL 2010 di PWTC lagi.
Ada undangan untuk memeriahkan (meriah ke?) booth PTS hari ini.
Jam 11 pagi-12 tengahari.
Kira macam sesi bertemu peminat laaa... (ada ke peminat?)

Tak ramai sangat budak-budak yang ada.
Sebab cuti sekolah dah tamat.
Semua budak pi sekolah.
Imah je yang diberi pelepasan oleh ayah.

Ada dua beradik yang sangat menarik perhatian saya.
Diorang beli novel Ikan Tawar untuk Lego.
Siap minta sain lagi...


Ini abangnya, Munir!


Ini adik dia. Nama Aisyah.
Bijak sangat nampaknya budak ni.
Jalan-jalan bawa bakul dengan abang dia.
Pilih-pilih buku sendiri.
Mak ayah dia cakap,
"Adik dengan abang pilih je apa-apa.
Tapi, jangan keluar dari gerai ni."


Kemudian, nak ambil gambar.
Adiknya tah mana pergi tah.
Tinggal abang nya saja.


Kemudian, tetiba je kena naik pentas aktiviti.
Siap kena tanya soal lagi.
Bak kata imah, "Menggeletaq menggelegaq"
Adui.. Nasib baik ada ayah tolong cover....


Ini antara yang hadir ber Riang Ria bersama kami bertiga!
(sangat riang dan gembira)

Sesi menandatangani buku........
Imah ni menang senyum aje laaaaa.....
Bila tanya, dia terus jawab "Menggeletaq Menggelegaq"

Ini pun bersama pengunjung PBAKL 2010
yang membeli novel kami.
Kalai diperhatikan betul-betul wanita yang pakai tudung hitam tu,
pakai wayar oksigen ke mana-mana.
Kesian kan?
Dia ada sakit ...........
Tak berapa tahu laaa.
Tapi, ke mana-mana memang dia bawa tabung oksigen.


Saya dengan Imah memang nerbes duk atas tu.
Tapi, cover je..
Gelak-gelak.. hahahah

Gelak-gelak lagi..........

Saya jarang nak posing buat peace ni...
Hari ni semua keluar, sebab teruja + gementar...
=)

Lega!
Selepas program.............

Imah bersama editor Ikan Tawar untuk Lego,
Cik Puan Natasah Effyzal yang juga merupakan
penulis beberapa buah novel kanak-kanak di PTS One.

Akhir sekali..
Ini adalah hasil rembatan pada hari ini.
Gile punya banyak.
(Bantal strawberry tu, pak mertua saya
beli untuk saya di Cameron Highland! Cantik tak? )

Untuk pengetahuan,
PTS menawarkan diskaun sebanyak 35%kepada penulis.
Kalau berkunjung ke booth PTS di PBAKL 2010 ini,
kebetulan ternampak saya
atau kenal penulis-penulis PTS yang lain,
boleh lah bodek suruh teman korang pi bayar.
Nanti boleh dapat 35% diskaun.


Kalau tidak pun, korang boleh jadi fan kepada Facebook PTS.
Nanti korang dapat kupon 25% off.
Kalau tidak pun, korang pi je laaaa PBAKL 2010.
Korang pi booth PTS,
automatik korang akan dapat 15% diskaun dari harga biasa.


Berbaloi-baloi..


Bila lagi nak beli buku dengan % less ni semua kan?


Ada yang tanya saya,
"Ain, PTS tu terbitkan novel budak-budak je ke?"


PTS ni bukan hanya menerbitkan novel-novel kanak-kanak.
Ada macam-macam lagi seperti
novel remaja,
novel islami,
motivasi,
resepi
dan pelbagai lagi.


Maklumat lanjut,
korang bolehlah ke laman web universitipts
atau laman web rasmi PTS.


Saya sudah di PTS kan?
Anda bila lagi?


(Eceh.. tetiba jadi entri mempromosi PTS pulak dah)


~Ok ..
Nak pi solat maghrib jap. Sat lagi sambung ye!!!

1 comment:

zh-ena said...

tak berkesempatan nak tgk ain atas pentas
tgk gambar pun jd la :D