Cuak kiri kanan atas bawah.. uii semua membuat saya gemuruh.
Saya bangun awal.. Padahal tidur tidur ayam je pun.
Lepas tu, pukul 7.30 dah sampai depan bangunan Intelek UiTM Dungun.
Terpacak saya di situ. Masuk bangunan tu, tak de orang wei...
Apa kebendanya ni. Dah pukul 8.15 dah.
Saya dah lah gemuruh ni.
Pastu, tanya makcik cleaner tu. Nasib baik dia tahu.. hehehe
Duduk melangok kat depan bilik mesyuarat tu lama.
Mujur ada calon lain. Jadi tak de laaa kekok mana.
Pukul 9 baru masuk bilik mesyuarat.
Untuk jawab English Proficiency Test.
Sikit punya macam hape je soalan.
Sikit je pun soalannya. Bulat bulat je..
Ada sebuah passage yang saya tak berapa faham.
Kali kelima baca baru boleh faham. Sedikit teruk laaa di situ.
Tapi, sedikit je laaa teruknya.
Sebab Bahagian A tu boleh jawab dengan jayanya..
(Berlagak tak baik tau)
Kemudian... dia tanya. Ada apa-apa soalan tak?
Saya tetiba je tanya,
"Pukul berapa agaknya habis ye? Sebab saya kena balik Kuala Terengganu segera hari ni."
~Ye laaa, laki aku keja maaa..
Takkan nak suruh dia cuti.
Kang orang cari, payah lak kan...
Nasib baik, dia cakap..
"Ok.. awak masuk group pertama.." ~Alhamdulillah....
Masa interview, kami masuk bertiga.
Seorang tu fresh graduate...
Seorang lagi tu, engineer TNB...
Seorang lagi tu saya laaaa...
- Disuruh kenalkan diri..
- Ditanya pasal kerja sekarang..
- Lagi, pasal yuran
- Kenapa pilih UiTM
- Expectation for this program?
- Segala macam mak nenek soalan termasuk Dasar Ekonomi Baru.
Lama juga. Saya macam dah loss attention dah. "Bila nak berhenti ni?"
Saya terberangan sekejap. Tah apa aku buat tah...
Lepas tu, tetiba panel tanya saya..
"What is your opinion?" ~Refer to Cik Fadila (fresh graduate tu) just said.."
Saya dah macam.. HAHAHAHAHAHAH..
Bayangkan betapa blur nya saya di saat-saat akhir itu.
Saya nak jawap apa pun tak tahu, sebab saya tak tahu apa yang budak tu cakap sebelum ni..
HAHAHAHHAHAA.. Tapi, saya belasah je laaa.. hahahahha...
(Tak ingat pulak ayat bodoh saya masa tu. Bodoh sangat sampai tak boleh ingat dah..)
Itu lah adegan paling bangang saya pernah buat dalam interview seumur hidup saya.
Haaaaaaaa (balasan cakap budak motor bangang semalam)
Tapi, takpe laaaaa...
Semua tu saya anggap sebagai pengalaman je.
Kalau ada rezeki saya, satu hari nanti...
Saya PASTI berjaya juga!
No comments:
Post a Comment