Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Latihan

Pagi ni tak bangun sahur sebab malas. Haaa... sangat selamba alasan dia sebab malas. Sebab sebelum tidur dah makan mee goreng mamak cik abang tapau masa dia keluar ngeteh dengan kawan dia. Lepas tu nyesal sebab baru teringat, beza puasa orang Islam dengan puasa Yahudi dan Nasrani adalah bersahur. Takpe.. Esok, mesti bangun sahur walaupun dengan seteguk air sejuk.

Adik dan sepupu saya bangun kot. Oh, adik saya duduk dengan saya sampai bulan 9 sebab dia praktikal kat sini. Jauh beno. Nak buat camne sebab company tu je yang reply surat dia. Yang lain senyap je tak panggil.


Company  yang dia praktikal ni pun cik abang yang tolong sikit-sikit. Susah betul nak dapat tempat praktikal. Saya dulu praktikal kat tuuuuttt... Masa tu, ayah ada lagi. Ayah yang tolonglah dapatkan tempat. masa tu ada 5 ke 6 orang dari fakulti saya praktikal situ. Tapi, lain-lain course lah. Ada kawan nak pi lunch bagai. Selalu tapaukan nasi untuk ayah. Hari-hari kari daging dengan sayur kubis. 

Lepas 2 minggu, bos hantar saya praktikal kat Port Klang. Gila jauh. Ulang alik. Tapi, sebab jauh benooo sewa rumah sekali dengan kakak yang kerja situ. Tumpang dia pi kerja. Tapi, dek kerana tak berapa selesa dan ada beberapa isu berbangkit, saya rayu cik abang (masa tu boyfriend) untuk hantar ambil saya. ahahahha. Ayah ok aje asalkan saya tak minta duit tambahan untuk isi minyak dan tol. Nasib baiklah masa tu ada duit JPA. Jimat-jimat belanja sebab masa tu cik abang pun tak de duit sangat. Dia hantar ambil saya pakai kereta proton otai ayah. hahahah.

Dah macam takde keje dia mengambik nganto aku. Hahahah.. Nyesal je nyusahkan dia. Tapi, dia tak rasa susah (masa tu). Kalau sekarang, mahunya kena marah. Minta tolong hantar pi kerja (kalau dia cuti) pun dia malas sebab nak sambung tidur. Biasalah. Dah dapat. Dulu sebab belum dapat. haha... Semalam (sejak dua menjak) saya selalu melawan cakap dia. Dia marahlah kan sebab kedegilan saya yang melampau ni. Sedih lah asyik kena marah. Tapi, yeeee tau salah saya sebab mengada sangat. Saya pun nepek lah kat dia semalam. Dia cakap, "Ni dah kenapa ni?" Saya pun cakaplah, "Abang selalu je marah orang.." Dia pun kata, "Dah tu.. Sayang buat sakit hati abang. Memang lah abang marah.." Ehehehe (Masalahnya sekarang, perlu ke cerita kat sini?) hahahahah.. Matilah kang ada orang meluat. Maaflah.... =)

Ok, sambung.... Semua yang belajar kat IPT akan menghadapi latihan praktikal. Seronok ke tak seronok ke memang kena hadap ajelah... Jangan banyak bunyi. Saya dulu buat BBA Operations Management yang sangat universal sampai kena panjat lori tangki diesel sebab nak make sure takde diesel balance dalam lori. Apa kejadah? Entah.... hadap ajelah. Memang kerja lasak sampai kurus sekejap masa tu. Sekarang, suruh jalan kaki sikit... aku dah mengamuk sakan! 

Pengalaman ini semua mematangkan kita hari demi hari. Lama kelamaan kita akan pandang sesuatu itu lebih positif dan semuanya akan jadi lebih baik. InsyaAllah.

Sunday, February 17, 2013

Semangat Gebu




Saya ada masalah sikit dengan study saya.

Bila tengok video ni, semangat naik menggebu-gebu!

BESTNYA GRAD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, November 27, 2012

Lambatnya Nak Konvo!



Tak sabar!!!
Ain, kalau nak grad cepat, kena usaha lebih kuat!
Baiklah..



(Gambar: Tahun 2006 konvo UiTM) ~BBA (hons))


Konvo Master nanti, ayah takkan ada dalam gambar..
Sedih. 


Rindu ayah..

Monday, November 26, 2012

Modul yang Santai



Modul OPM770 adalah modul kedua untuk semester kedua.
Sudah tamat pengajian untuk modul ini Sabtu yang lalu.
Modul yang sangat santai tapi, paling banyak case study dan assignment kena buat. 
Tapi, memandangkan saya mengajar subject ni untuk budak Diploma, maka takdelah asing sangat.


Text book pun guna yang saya guna untuk  mengajar student saya. 
Boleh bayangkanlah betapa santai subject ini buat saya.
Alhamdulillah.
Cuma, banyak saya belajar dan dapat contoh2 dari Prof.
Boleh saya gunakan untuk lecture saya nanti. 
Upgrade ... Upgrade the knowledge!


Prof pun best. Tak men stress kan kepala otak.
Bijak gunakan approach yang buatkan kita seronok!
Saya rasa semua classmate pun rasa santai macam saya.
Kalau semua modul macam ni kan seronok!


Lepas ni, modul Managerial Decision Analysis MGT780.
Makin tinggi code dia, makin aku takut hoi hoi... =)


Harap semester ini berakhir dengan jayanya!\
~Amin~


Saturday, November 24, 2012

Lunch di Rumbia Resort, Paka


Dari kiri: 
Prof. TY, Ikhwan, Syukri, Farriz, Joe, Sham, 
Afzan, Nina, Saya, Arni (Baby Ezzaraa), Emiey (Yaya), Kak Khairul dan Ramlah




Seminar

Sabtu (24/11/12)


Prof ajak pi seminar.
Rindu sangat nak pi seminar macam ni.
Teringat zaman muda-muda dulu. 
Sekarang dah berbeza, kita yang bercakap.. orang yang dengar..


Hari ni speaker yang best...
Nampak tak siapa?



Dato' Sri Syed Zainal Abidin.
Mantan CEO Proton Holding!



Banyak sangat input berguna kitorang dapat hari ni. 
Best gila!


Sekejap sekejap nampak kacak laaaaaaaaaa Dato' Sri ni!


hehe

Friday, November 23, 2012

Hi-Tea



Tadi (Jumaat 23/11/12), pi Hi-Tea dengan Datuk Abdul Rahin
di RiYaz Heritage Resort & Spa Pulau Duyung. 
Alaahai... tempat orang buat Monsun Cup tu...


Discuss fasal
 "Perancangan Pembangunan Industri Pelancongan
 di bawah ECER dan Kerajaan Terengganu" 
untuk class project EMBA.


Makanan sangat banyak. Buffet, kan..
Ada kebab, aneka mee, kuih, nasi beriani, kek, puding, buah.. 
bla bla bla bla


Tapi saya tak de selera 
sebab baru selesai teman cik abang makan tengahari pukul 2.30 petang. 
Discussion start pukul 3.30 petang. 
Perut ketat gila...
Tapi, saya makan jugak sebab perut saya kan anjal. 
kahkah


Saya amik beberapa jenis (potongan kecik je) kek,
puding mangga dan puding honeydew dan puding roti,
kuih koci, kuih ketayap, fruit tart 2 keping, buah-buah campur banyak jugaklah...
Air sejuk dua gelas (memang tak leh tengok air sejuk)
Eh.. macam banyak je. Kata tadi takdak selera? kahkah
Saya amik jus barli. Tetiba rasa macam 'bau lipas' pulak.
Potong selera.
heheh


Input: 
Banyak betul perancangan untuk Negeri Terengganu. 
Semoga ianya bukan 'umpan' pilihanraya semata-mata. 


Tuesday, October 9, 2012

Nasihat Prof. ECO720 saya....




Minggu peperiksaan MESTI

Jasmani:
Tidur awal
Senaman: futsal badminton blablabla
Minum air suam
Kurangkan air karbonat


Emosi:
Bersyukur kalau boleh jawab.
Jangan terlalu stress.
Jangan banyak jiwang-jiwang.
Jangan putus cinta pada minggu peperiksaan. hehehe
Zikir kepada Allah.
Amalan lain, solat wajib 5 waktu dan solat sunat hajat.
Pupuk kekuatan dalam dan luar.


BERSEDIA!
Persediaan mantap, bertenaga akan membuahkan hasil!


Terima kasih, Prof!
[Tolonglah kasi lulus ECO720 saya!]

Saturday, October 6, 2012

Finish

Wah.. tajuk omputih! hehe

Baru sampai dari Dungun. Tengok luruskan kaki ni haaaaaaa... Huhuuuuuuuuuuuuu sedapnya lah baring-baring!


Hari ni ada presentation dan final exam untuk modul Economic Analysis. Soalan dia ok aje. Saya tak salahkan soalan. Saya yang salah .. Sebab tak fokus. Takpelah.. Saya harap saya lepas lah subjek ini. Kalau tidak, hahahahahhahah sudah! Mentally traumatic.... =)


Tengok! Gigih lah kawan saya ni menjawab exam. Kagum! Saya tak berapa nak fokus. Tah apapalah 'orang tua' ini, kan?



Setiap kali habis satu modul, mesti rasa macam ni. Rasa apa? Rasa ringan kepala. Beban dalam kepala semakin berkurangan. Rasa melayang-layang di udara....Over, kan? Kalau tidak, tengah makan, minum, nak tidur asyik teringat ke assignment, presentation ...... blablabla.. Adoi! Terseksa! Tapi, itulah harga yang kita perlu bayar untuk sebuah kejayaan! Wah, semangat! =)


Minggu depan break. Minggu satu lagi mula modul Pengurusan Operasi. Nak score A. Tapi, kena tengok jugak keadaan sebenar. hehehe 


Ya Allah, tolonglah aku....

Wednesday, September 19, 2012

EMBA lagi...

Sekarang dah masuk sem dua belajar. Ada lagi 2 sem lagi. InsyaAllah. Mohon doakan saya berjaya habiskan belajar. Kalau tidak, matilaaaaa kena bayar balik biasiswa KPT tu.. heheh


Sekarang, tengah belajar modul Economic Analysis denga Rektor UiTM Dungun. Orangnya sangat bersemangat semasa mengajar. Kagum! Kita pelajar pun rasa macam nak sedut semangat dia sikit buh dalam badan kita. Dia ajar senang nak faham. Kalau dia tanya soalan, saya selalau jawab yang bukan-bukan. Dia bantai gelak aje... Aduhlah.. malu!


Cuma, itulaaaa masalah EMBA kelas hujung minggu ni. Kelas straight sehari suntuk. Jadi, penumpuan makin kurang ditambah faktor masing-masing ada komitmen tersendiri selain study. Otak beku. Tapi, saya perhatikan classmate saya walaupun muka dah macam cuka getah dah bila kelas, diorang still diam dan layankan aje Prof. cakap apapun. Dengar ajelah. Kepala masing masing menerawang ke mana-mana.


Last week saya tak pi kelas sebab ayah meninggal dunia. Tak gamak nak tinggalkan emak yang tengah bersedih. Semalam, jumpa groupmate kat Kuala Terengganu. Discuss sket dan dia bagi buku teks. Alahai... Sekali tinggal kelas, memang blur laaaaa. Saya tanya, "Macamana kelas?" Dia boleh jawab, "Alaaaaa, kak! Boring as asual!" Cuba bayangkan student saya cakap gitu belakang saya. Hancur luluh laaaaa hati saya.. hehehe.. emosional! tetiba..


Saya rasa bukanlah boring sangat. Cuma, masa yang lama tu buat pelajar makin lama makin layu tu... Tapi, nak buat camno.. Nak cepat habis kan? Nak grad kan? Nak tak nak kenalah lebihkan usaha masing-masing. Lagipun belum ada orang mati sebab kena kasi tumpuan maksima. heh heh heh.. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..



Oleh sebab luar kelas banyak komitmen nak kena fikir, kena tumpuan yang maksima masa dalam kelas yang lama tu.. hahaha.. Masalah saya, saya mengantuk! Ada tak ubat hilangkan ngantuk? Bila dah kuar kelas je, tumpuan dan komitmen lain dah tunggu.. This week, exam.. Nak jawab ni pun tak tahu? Malam ni baru nak fikir.



Hari tu masa minggu pertama kelas, kitorang but barbeque kat tepi pantai Dungun tu. Seronoklah makan ramai-ramai. Borak-borak. Kerjasama.. Tapi, saya tak bakar pun ayam. Duduk sahaja. Biar gentlemans yang fikir. Saya bawa pinggan mangkuk cawan pakai buang aje. =) Lepas kelas Jumaat laa..


Oh, teringat kata-kata arwah ayah (macam tak percaya dah kena guna perkataan 'arwah' tu untuk ayah).. "Ayah dah sakit ni. Ayah harap ayah dapat tengok Along habis Master. Anep habis Sijil Tahap 4. Nak pergi konvo Icah. Imah habis SPM. Hmm.. Nak tunggu Naim habis belajar memanglah tak sempat." Kasihan, ayah! Tak sempat semuanya. Tapi apakan daya. Kita manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Emak kata, "Ayah kau kata dia puas hati sebab dapat tengok anak-anak semua sebelum dia pergi." Sekali lagi, kita hanya merancang, Allah jualah penentu segalanya. Ayah bukan bernasib malang. Ayah pergi kerna Allah lebih sayangkan dia.  Saya redho..


Thursday, June 28, 2012

Semester 1 = Selesai


Alhamdulillah...


Monday, June 18, 2012

Semalam

Assalamualaikum!


Hai..


Dah lama jugak tak merepek kat blog ni sorang-sorang. Eh, tak sorang-sorang lah.. Ada je orang nak baca kemerepekkan aku di sini, kan? Kalau nak baca, baca saja lah. Jangan nak merepek yang bukan-bukan pulak kat blog saya ni. Kalau nak merepek, sila balik blog sendiri dan anda bebas merepek sebanyak mana yang anda suka.


Semalam (17hb) saya pi settlekan dokumen untuk MyBrain15 tu. Tarikh surat tawaran ialah 6 Jun dan saya ada 14 hari je untuk settlekan semua. Maksudnya, dokumen perjanjian kena pi matikan setem hasil, kena buat medical check up dan macam-macam lagi la. Saya ingatkan tempoh dia lama lagi, sekali cik abang bebel. Dia cakap, "Kena siapkan hari ini jugak!!!" So, saya menurut perintah.


Cik abang bawa saya ke Pejabat Pesuruh Jaya Sumpah untuk matikan setem hasil. Sekali, bukan kat situ. Kena pi pejabat daerah, Tingkat 3. Ngek.. Pi lah pejabat daerah, mendaki tangga. Sekali nak balik tu, baru nampak lif. Kurang asem.. hahaha.. Kena bersenaman di pagi hari secara tidak langsung. Selesai urusan matikan setem, pi klinik nak buat medical check up. Punyalah laaaaaaaaaaaaaaamaaaaaaa tunggu, doktor tu kat takleh buat pulak sebab tak de mesin x-ray. Nak marah jugak, tapi bukan salah doktor tu. Salah kita jugak... Doktor hanya menjalankan tugas dia.


So, doktor kasitau klinik mana yang ada x-ray. Jom ..jom... bang! Jangan berlengah lagi. Terpaksalah mengishtiharkan cuti satu hari sebab tak dan langsung nak pi opis.. Sampai klinik, kena tunggu lagi sampai 2.30pm. Takpe, pi minum dulu. Lepas tu, nama kena panggil buat x-tray. Kena pi belakang klinik yang scary bagai. Ramai-ramai... Hahaha lucu pun ada. Budak lelaki muda-muda pi buat x-ray sebab nak masuk belajar maktab lah, politeknik lah, universiti lah... Lelaki senang. Masuk bilik x-ray, buka baju ikut suka baling je baju kat mana-mana. Then boleh buat dah procedur. Kita pompuan ni, dengan nak lucut itu ini, lepas tu nak pakai balik.. Kan lotih tu sebab nak cepat, ramai lagi tunggu giliran.


Lepas x-ray, pi buat urine test. Bawa bekas tu jumpa doktor. Hahaha.. Aku ni fobia dengan urine test ni. Kot kot kang termengandung ka apa ka.. Haru weh... Nasib baik tak ... Sebab dah mengamalkan konsep 'cuti belajar'.. wakakkaka.. Scary lah doktor klinik tu. Rupa macam bomoh dalam drama seram setiap malam Jumaat tu. Maaf! Lepas tu. tarik tangan nak check blood pressure macam nak tercabut tangan ahkak. Scary gila.. Dalam hati, Ya Allah.. harap-harap cepatlah abis semua ni.. Doktor tanya lebih kurang je, pasal power spek mata, pasal anggota badan lain ada ok ke tidak... Lepas tu, dia cakap.... "Ok, report siap pukul 4.30pm"


Masa tu baru pukul 3. Cik abang pun pi opis dia. Saya pun ikut ake lah.. Sejam jugak menepek dekat opis dia sementara dia siapkan kerja sikit-sikit. 4.30pm tepat, cik abang ajak pi klinik tu amik laporan medical checkup plus x-ray film tu semua. Lepas tu, straight pi pejabat pos. Pos ke KPT. Harap-harap selamat sampai lah semua dokumen.


Hari ni... lega! Walaupun group assignment belum taip lagi. Tapi, dah study untuk final exam Sabtu nanti. Hahah.. Matilah groupmate marah. Ye ye.. lepas ni saya buat dengan serius!


Oklah... Hmm... Sebenarnya, walaupun ada bunga kegembiraan dan kelapangan dalam hidup saya sekarang ni, tapi ada juga beberapa kesedihan dan kerisauan yang amat sangat sedang bersarang dalam hati. Tiap-tiap malam, bila terfikir tentangnya hati menangis. Kadang-kadang teresak-esak.. Tapi, takpelah. Rasanya sini bukan tempat sesuai untuk menceritakan segalanya. Takut nanti disalah erti pulak, kan.. Makanya, biarlah...


Cuma, saya mohon kawan-kawan yang setia membaca tulisan saya di sini saban hari. Mohon doakan kami sekeluarga tabah hadapi apa juga dugaan dan ujian-Nya masa akan datang. Apalah sangat yang kami boleh lakukan kalau Allah dah takdirkannya sebegitu. Mohon doakan kami kuat menghadapinya.


Terima kasih.


Saturday, June 9, 2012

Syukur! Alhamdulillah....

 

Sebelum ni saya ada membebel takut tak cukup duit nak bayar yuran, kan?
Beberapa orang suggest kan saya cuba apply biasiswa MyBrain.
Saya ingatkan untuk thesis, sekali tu tengok ada untuk coursework  juga.
Saya pun apply laa. Online je.


Alhamdulillah, masa kat rumah mak, 
saya ternampak notification email dari MOHE dari hTC. 
Saya berjaya ditawarkan biasiswa itu 
dengan syarat selesaikan semua urusan dalam masa 14 hari.


RM10,000 je pun. 
 Total yuran semua RM18,000 tapi dh bayar 4850 
so, yang kurang kena bayar sendiri. hehehe
Ayah kata siapa nak kasi 10k sesajaaaaa tanpa bayar balik?
Betullah tu. Kalau tak cukup, emak macam biasa dah offer gelang dia.. kuikui
Lepas habis belajar bolehlah kita berjimba ramba, 
beli kereta baru (matila kena marah ngan cik abang),
 tak yah bayar hutang PTPTN.
Tidur pun nyenyakkkkkkkkkkkkkkkk...


So, cancel lah PTPTN lagipun mcam dah sampai tarikh last je.
Dengan isu PTPTN yang pelbagai sekarang ni, risau jugak.
Cik abang suka sebab dia tak perlu fikir fasal yuran saya.


Allah selalu berikan hadiah untuk saya.
Sudi makbulkan doa saya.
Terima kasih, Allah!

Sunday, May 20, 2012

Belajar Akaun

Baru balik dari Dungun. Hahah.. Jangan boring, ye...  Sepanjang 2 tahun ni, ini jelah cerita utama dalam blog ni. Yelah, nak cerita pi jalan-jalan tak ke mana. Nak cerita makan-makan kat sini sana, mcm bosan je. Blog orang lain pun ada cerita fasal makan-makan kan... Takpelah, saya cerita fasal ni. Mana tahu, tetiba terbuka hati sesapa nak sambung belajar, kan? 


Minggu ni kelas modul ACC720. Managerial Accounting. Nampak macam senang sebab dah pernah belajar dulu. Penyata asas je macam Balance Sheet, Income Statement dan  Cash Flow. Basic je kan. Cuma, managerial acc ni banyak kepada prediction, suggestion, recommendation blablabla untuk penyata-penyata asas tu.  




Mengantuk gila dalam kelas (MCM BIASA PENYAKIT AKU SEJAK MASUK KELAS PERTAMA EMBA)  Tapi, saya beli coklat makan bila rasa mengantuk. Lepas tu pi minum air kat luar, lepas tu lompat-lompat sampai berpeluh, baru masuk kelas. Seksakan nak hilangkan mengantuk.. ahahahah..


Assignment dah diberi. Next week rest. Lepas tu, Test 1 dan hantar assignment individual. Esok nak start dah sebab taknak gila last minit. Modul ini tamat 23 Jun 2012. Lepas tu, merdeka! Lepas raya (kot) baru pk fasal belajar. hahahahaha


Sampai je rumah tadi, terus solat Zuhur. Lepas tu, tidoooooooooo sampai pak mertua datang bertandang bersama ipar duai. Hahaha.. Terganggu tidurku seketika. Takkan ko nak teruskan perjuangan di atas katil kan? Silalah bangun dah melayan tetamu. Lagipun, belum solat Asar.. Arghh.. ngantuk ditahan lagi.


Lepas, ipar duai balik semua.. Takleh sambung tidur, sebab dah Maghrib. Lepas solat Maghrib, tak tahan mata. Terus tidooo walaupun perut lapar. Saya buat keputusan untuk mengutamakan mata daripada perut. Cik abang dah makan nasi lebihan adik dia pi berkelah dan datang bertandang kat rumah saya tu.. hehehe..


Saya tidur sampai termimpi-mimpi benda mengarut. Saya jadi anak sedara arwah Bob Kuman laaaa. Siap tolong jaga arwah lagi. Adoi... Lepas tu, mimpi ada rombongan datang rumah emak, masuk meminang saya laaa... Lepas tu, boleh pulak aku terima.. Apa daaa punya mimpi.. Serabut aku! Tapi, cik abang kata, kalau saya letih sangat saya akan tidur mengigau sambil bercakap-cakap. Ye ke? Tah laaa.. dah tido mana nak sedar, kan..


Perut macam lapar. Sempat lagi cakap kat cik abang yang sibuk tengok bola Piala FA (Kelantan vs KL Sim Darby), "Abang, orang laparlah" ~ lepas tu, sambung tidur.


Lepas tu, cik abang kejut banyak kali. Saya sedar dia kejut. Tapi, tak larat nak bangun. Lemah gilaaaaa...... Tapi, kena bangun juga sebab belum solat Isyak. Cik abang siap masak lagi. Pukul 12 lebih, makan nasi + telur dadar + kicap... 


Esok kerja pulak!!! Uwaaaaaa... markah tak hantar pada Penyelaras lagi. Esok last.......


Ok.. tata!

Tuesday, May 15, 2012

Misteri

Hai... tengah buat apa tu? 


Saya tengah boring ni. Kerja banyak pun sempat boring kan? Betapa hebatnya kan? hahahaha.. Sekarang, musim key in markah, tapi saya baru je siap tanda paper final exam. Rakan setugas dah siap-siap pack in semua paper dan result nak hantar kat tempat sepatutnya... Saya? Masih duk tersengguk-sengguk kira markah nak masuk dalam excel. hahahaha... Time constraint. Saya sengaja tangguh sampai selesai modul MKT750 tu. Rasa tak tenteram nak tanda paper student kalau assignment sendiri tak siap. Kang tanda paper student lebih kurang, kesian laaa diorang kan.


Oklah. Sebenarnya nak cerita. Cerita ni macam misteri sikit. Ish... nak menaip pun meremang bulu roma ni.. Saya cerita kat emak. Emak pun meremang bulu roma juga.. hahahaha..


Last weekend (Jumaat malam Sabtu) saya kan tidur hotel tut tut tut.. Malam tu walaupun esoknya nak final exam, tapi saya tidur agak awal. Jam 12 malam dah tidur sebab mata tak boleh tahan dah. Pukul 11 pun mata dah macam ada magnet. Malam sebelum tu tak tidur langsung siapkan kerja, so balas dendam laaaaaa kan nak tidur malam.


Kebetulan, bilik kami tu katil double. Selalu kitorang minta katil queen. Tapi, bilik superior takde laaa nak queen bagai. Belasah je laa.. Katil cik abang dekat ngan dinding toilet, katil saya dekat dengan pintu balkoni. Saya bangun buang air sekejap... Tak tahu pukul berapa. Lepas tu, saya balik semula ke katil saya. Katil abang kat belah kiri katil saya. Saya tergerak hati nak pandang ke kiri. Tapi, tetiba hati macam berdebar. Saya nampak 'entiti paranormal' (wah! ayat....) dari ekor mata.. Saya pandang dua kali.. Ia  masih di situ. Takleh nak gambar macamana dengan kata-kata. Bukanlah macam yang kita selalu nampak dalam drama ke filem ke.. Bukan macam tu. Tapi, kita tahu itu memang ia.. Ia memang ada kat situ.. Tengah duduk hujung katil abang. 


Ish.. meremang bulu roma! Terbayang-bayang sampai laaaaaaaaaa ni.. Saya pun, tak berani nak pandang lagi. Nak kejut abang pun tak berani sebab kalau kejut abang, saya kena pi dekat katil abang. Lagi dekat dengan ia kankankan...


Saya terus baring, tutup muka dengan bantal. Sambil mulut baca segala surah ayat Quran yang terlintas di kepala masa tu. Ya Allah! Memang seram! Sekarang pun masih terseram-seram lagi.. Tapi, saya fikir kalau saya jerit memang kecoh laaaa nanti. Lagilah semua orang (cik abang) pun jadi takut. Memang malam tu jugak kitorang akan blah dari situ.. hahahahha. Lagipun, bijik mata dah mengantuk, kan? Malas jugak aku nak layan ko, wahai Syaiton.. Saya pun terus baca-baca ayat Quran sampai saya tak sedar bila saya tertidur semula. Muka masih tutup ngan bantal sampai pagi.


Sedar sedar jam 6 lebih. Abang bangun pi berak kot. Lepas tu, saya nampak dia solat subuh hujung katil saya. Huh......... dah siang! Suspen je...


Saya pun bangun, pi mandi, solat... Turun sarapan... Lepas tu, pi kelas.. Jawab exam laa. Cik abang balik hotel dan check out dari hotel jam 12 tengahari. Ambil saya kat kelas.


On the way balik tu, baru saya cerita kat cik abang. Cik abang dah cuak sebab dia kata mesti ia tu nak kacau abang. Tapi, saya rasa ia nak kacau saya. Sebab kalau nak kacau abang, mesti abang yang nampak, kan?


Abah (pak mertua) kata, semua tu kat mana-mana pun ada. Buat tak tahu aje. Kalau kita  takut, lagi kuat dia mengacau......


HAHAHAHHAHHAHAHHA ~ tetiba

Sunday, May 13, 2012

Berkat Selamat

Hari ini lega. Ambil cuti sempena kelegaan. hah hah hah.. Tindakan melampau. Tapi, takpe.. Hidup biar sedap. Kena sentiasa beri ruang pada diri sendiri untuk menikmati hidup ini secara positif biarpun kadang-kadang keserabutan itu datang bertalu-talu. Adatlah kan semua tu... Saya belajar perlahan menerima semua hakikat itu sedikit demi sedikit... 


Semalam (Sabtu 12/5), final exam untuk MKT750. Secara rasminya, tamatlah kelas untuk modul tersebut. Final exam boleh jawab walaupun tak tahu betul ke idak jawapan dia. hahaha. Takpelah, itu sehabis baik dah buat tu walaupun (banyak betul walaupun) mengantuk setengah jam pertama. Macam-macam buat untuk tidak mengantuk. Makan kopiko, minum air suam, air sejuk 1liter sepanjang 3 jam exam berjalan. Usaha tanggan kejayaan, kan? 


Selepas itu, datang satu perasaan bercampur baur. Rasa sayang pada Prof. tu membuak-buak sampai  bergenang ayo mata masa dia say, "Sorry for everything and kalau saya marah jerit jerit tu maknanya saya sayang. Sikit pun saya tak de rasa benci. Saya sayang semua.."

Semoga Prof. halalkan semuanya untuk saya....


Wednesday, May 2, 2012

Dinner Tema Perkahwinan

Hai..


Saya baru balik dari Majlis Makan Malam untuk student sem akhir. Kali ni dorang buat kat Felda Residence, KTganu. Bangunan antara yang tertinggi kat Kuala Terengganu. 19 tingkat je pun.. Syedih! heheh

Makanan boleh tahan laaa.. Nasi laaa apa lagi? Ada rojak mamak, cendol... Tapi, tah kenapa saya rasa macam tak cukup makan. Padahal sebelum tu dah makan Horlick Crush Mc Flurry... Nyum.. Nyum.. Sedapnya! Rasa nak makan lagi.. Pastu kena kencing manis, padan muka! hehehe... Konon alas perut laa kan.


Majlis start 8.30malam. Kitorang gerak awal ke KT sebab nak pi kedai buku cari majalah apa tah. Tapi, tak jumpa. Tak pelaaaa.. So, awal sangat pulak sampai kat Felda Residence tu. Pukul 8 dah ada kat bawah. Macam awal sangat nak naik. Cik abang ajak jenjalan dulu. Termasuk dalam Al-Ikhsan.. Terbeli dua helai baju dia... lalalalalala.. Lepas tu, pukul 9  baru sampai kat Felda Residence semula. Tau tau je lah kalau dah memilih baju, kan? 


Masuk dewan je. VIP tengah kasi speech. Hahahahha.. Malus akus.. Kalus akus tahus VIP ades takkans akus datangs lambats.. Adoi! Selamba je.. Nasib baik, student dah siap-siap kosongkan meja untuk kitorang berdua mengalahkan VIP ini.. Hehehe 


Tema: Perkahwinan... Saya macam.. Apa ni? Tak seswai.. Tidak sabar mahu berkahwin ke apa budak-budak ni? Sangat membimbangkan baru je abis diploma. Lepas tu, depan VIP (baca: orang tua-tua) boleh pulak bertanya fasal "Cik, cik kan ada kata kalau lepas belajar ni kena sambung. Tapi, ada yang nak kawin cik.. Macamana?" Eeeeee... malu mak, nak! Depan orang tua ko tanya macam tu. Elok-elok dia dah aim nak jadikan calon menantu, boleh tak jadi tau! 




Lepas tu, si MC sibuk duk tanya pensyarah macamana jumpa pasangan masing-masing.. Aku macam...... mak aiiiiiiii! Apa ni? Nasib baik dia tak tanya aku soalan tu. Kalau tidak..... memang saya tak jawab laaaa. Kalau majlis unformal, ok.. Ni kan depan VIP a.k.a bos kita kan.. Takkan senteng sangat akal nak jawab. Tapi, takpelaaaa.. Budak-budak, kan.... 


Budak zaman sekarang..... Advance kemain, kan.. Dunia tanpa sempadan. Saya dulu, nak bgtau emak yang cik abang nak masuk meminang pun macam erk... erk... erk.. tergagap-gagap.


Oklah, saya nak sambung buat assignment pulak. Heheh.. 


Oh ya...Ayu, aku bukan amik Master Marketing. Aku amik MBA so, dalam tu ada semua paper Business & Management. Strategic Marketing salah satunya. Sebenarnya, tak susah mana kot kalau orang lain. Mungkin aku dah lama tinggal belajar, so otak sengal & karat tebal sikit. Lagipun, aku kan propa je.. Sebenarnya, takde susah sampai takleh nak settle langsung. Cumanya, mungkin ada cara lain yang aku masih belum jumpa.. Selagi kita ada keazaman dan kecekalan semua boleh kita capai, kan? Dengan izin Allah..... InsyaAllah! 


Ok, tata!

Tuesday, May 1, 2012

Akan Siap

Tengah gigih buat assignment Strategic Marketing Management. Ada 3 assignment. 1 grouping, 2 individual.i Yang grouping tu masih blur blur. Matilaaaa kalau salah kena marah dengan groupmate. 


2 yang individual tu, 1 marketing plan dan 1 lagi article review.. Tengah buat marketing plan. Dah 60% siap la. Masalah lagi 40% bahagian projection budget dengan implementatin and control. Tengah duk study, analyze dan tengah duk pk macamana nak goreng. Semua sekali kena 3000 words. Sekarang, baru 1000 words. Takpe.... Noraini pasti boleh. Lepas siap, kena buat slide pulak, Jumaat ni kena present. Mautlaaaaa kalau kena tanya soalan pelik-pelik... hehehe


1 lagi article review. Macam nak cari online. Tapi, rasa macam gatal nak pi kedai buku cari The Harvard ke apa-apa majalah gitu-gitu.. hehe.. Tengoklah macamana. Sesungguhnya otak memang terbahagi lapan sekarang. heheh.. Mujur student kolej dah start cuti. Kelas dah takde tapi, ada 12 orang student tengah duk siapkan projek akhir dan saya sebagai penyelia kena seliakan pembentangan projek akhir mereka. Tah bila nak siap. Tak tahulaaa awak-awak tu. Tapi, takpe... Saya kasi masa sampai 7hb. 8hb ni dah siap ke tidak ke, kena present jugak. 


Diam tak diam, ada lagi 2 minggu model dengan Dr. Anizah. Sekejap je rasa sebab ada seminggu tu tak gi kelas. Sorry, bob.. Memang tak dapat dielakkan. So, jadi rasa laju je dah siap modul ni walaupun tak faham apa satu. Kena belek slide, kene buka buku basic intro to marketing jugak laaa gamak eh... Takpe, namapun belajar kan? Mana boleh malas-malas.. Tension tak tension, kena teruskan juga sampai berjaya...


40% - assignment group
40% - assignment individu
20% - final exam (case study)


Nampak macam senang sebab takde test. Tapi, assignment 80% je dah cukup hazab. hahaha.. Satu kelas termenung, senyap sunyi baca case study punya bahana.. Case study tu, saya duk baca sampai nak tembus kertas. Saya faham apa yang diceritakan dan case. Tapi, bila nak apply dalam tools jadi macam confuse. Terbelit otak. Saya baca guideline yang  Dr.Anizah bagi, tapi otak main terbelit. hahahah.. Kesimpulannya, memang kena baca lagi dan nanti nak try google apa yang patut. Apa cara sekalipun, kena selesaikan jugak. Kena fahamkan juga, kalau tidak macamana nak final 20% tu?


Masa emak datang, emak tanya saya tak buat assignment ke? 
Saya jawab, "Nanti mak balik orang buatlaaaa.. 
Susah sikit. Tapi, orang tahu.. Allah akan membantu orang.."


Emak gelak. Emak kata, "Kepala hatok hang! Nak harap Allah bantu je.. Kita tu kena usaha jugak.."


Hehehe.. Saya rilek walaupun saya tahu sekarang ni waktu memang dah kritikal.... Takpe, buat slow-slow.. Nanti siaplaaaaaa.. (Ayat penyedap)





Sunday, April 22, 2012

Simpulan





Semoga segala keserabutan dan simpulan-simpulan tersebut 
dapat dileraikan kelak!

Sunday, April 8, 2012

Bowling Mesra

Lepas final OB dan presentation project paper hari Jumaat, 
classmate gerak pi main bowling kat Mesra Mall. 

Prof. pun sporting. 
Dah lah menang! Hehehe. 
Tapi, awal-awal dia dah cakap,
"No extra marks  for the game, ya.." hahahaha..
Sebenarnya saja nak legakan tekanan lepas 5 minggu yang kritikal...
 



Tengah kira point ke apa tu? 

Ahaaaa... Modul OB selesai dengan jayanya. 
Test 2 markah lebih baik dari Test 1.
Syukurlah.
 Soalan final pun boleh jawab dengan bergaya.
Semoga lulus pun dengan bergaya lah, kan!


Next week, 2nd modul.  
Marketing Management.
Semoga semuanya berjalan lancar.