salam bertaut dianjung hari
madah dan pantun ada meneman
malam disambut merenung diri
langkah tersusun buat pedoman
walau di mana bumi kan dipijak
tetap disitu langit kan dijunjung
secangkir susu belum dipinta
sudah sedia diatas dulang
fikir dahulu sebelum kata
lidah berbisa bukan kepalang
walau di mana bumi kan dipijak
tetap disitu langit kan dijunjung
perawan kampung petik cempaka
dipetang redup lalu berseri
jangan dicanggung adat pusaka
sepanjang hidup malu sendiri
walau di mana bumi kan dipijak
tetap disitu langit kan dijunjung
mana kemudi patah dikerat
berapa luas biduk kelana
binasa budi padah melarat
kerana emas sanggup dihina
walau di mana bumi kan dipijak
tetap disitu langit kan dijunjung
2 comments:
minat lagu zapin jgak ke ain...tp kekdg dgr lagu cenggini bleh release tensen jgak kan...
minat juga... kalau dgr lagu zaman laaa ni pening sikit.. tah laaa tak tahu kenapa..
Post a Comment